Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Program YB.Dato' Mustapa Mohamed Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 16 Jun 2009

YB.Dato' Mustapa Mohamed Bergambar Beberapa Masyarakat Sekitar dan Pemimpin Masyarakat

PARLIMEN JELI 16 JUN 2009 – YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli sempat menziarah beberapa kawasan sempena kepulangan beliau di Parlimen Jeli, ahad lalu.

Kira-kira jam 7.30 pagi, YB.Dato’ Mustapa Mohamed melawat ke rumah Abe Nor di Kampung Batu Sebelas sempena majlis kesyukuran menyambut menantu.Selepas pada itu, beliau meneruskan lagi sesi lawatan kerumah Ketua Cawangan Air Ralek, Abd.Rahman Muda, dan kira-kira jam 8.00 pagi, YB.Dato’ Mustapa Mohamed singgah pula di rumah Shafiee Samad, Ketua Cawangan Kg.Chedok sempena majlis kesyukuran anak beliau.

Lawatan di teruskan lagi kerumah Abd,Rahman Jusoh sempena perkahwinan anak beliau dan YB.Dato’ Mustapa Mohamed sempat singgah di Kedai Kopi Bandar jeli untuk beramah mesra dengan masyarakat sekitar.

Selesai sahaja ramah mesra di Bandar Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed ke rumah Abe Noor Gambar, Ketua Cawangan Jeli bagi melihat keadaan isteri beliau yang sakit. Di kawasan yang sama, YB.Dato’ Mustapa Mohamed turut berkesempatan memantau projek menaiktaraf dewan Bandar Jeli yang menelan kos hampir RM 500,000.

Sebelum bertolak ke Manek Urai, YB.Dato’ Mustapa Mohamed sempat singgah di R&R Kuala Balah dan beramah mesra bersama masyarakat serta pemimpin masyarakat kampung berkenaan.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement