Carian  
11 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Taklimat Anugerah Desa Cemerlang 2009 Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 16 Jun 2009

IMG_0572.JPG

Taklimat Yang Berlangsung Semalam

BUKIT NANGKA 16 JUN 2009 – “ bagi kampung yang berminat untuk menyertai pertandingan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) atau Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) masing-masing” kata Che Mokhtar Mustafa, Setiausaha pertandingan Anugerah Desa Cemerlang semasa menyampaikan taklimat tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pembangunan Persekutuan Jajahan Jeli dekat sini, semalam.

Menurutnya, kira-kira 60 buah kampung seluruh Negeri Kelantan telah terlibat dengan pertandingan yang bakal diadakan pada oktober pada tahun ini yang melibatkan Komuniti Bestari, Gerakan Desa Wawasan.

Bagi Jajahan Jeli, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2009 dan penilaian akan dibuat pada 11,12 dan 13  Ogos 2009 kelak .

Katanya, antara aspek yang akan di nilai melalui pertandingan tersebut adalah aspek kepimpinan dan institusi, pendidikan, ekonomi, kebersihan dan kesihatan, keceriaan dan keindahan, kerohanian dan sivik, serta teknologi maklumat dan komunikasi.

“ saya selaku setiausaha pertandingan menyeru agar lebih banyak penyertaan memandangkan ia memberi kesan yang positif hasil dari pertandingan ini” tambah beliau ditaklimat berkenaan dan Jajahan Jeli merupakan jajahan yang terakhir taklimat pertandingan tersebut sebelum pengadilan diadakan.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement