Carian  
13 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kesenian Turut Jamin Hubungan Erat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 15 Jun 2009

zul wisma.jpg

Zul Wisma

PARLIMEN JELI 15 JUN 2009 - Persahabatan yang terjalin di antara Malaysia-Thailand bukan lagi  sekadar dari aspek ekonomi mahupun keamanan kedua-dua buah negara sahaja tetapi aspek kesenian turut berperanan dalam menjalin perhubungan lebih erat.

 Usaha mengukuhkan hubungan kedua–dua buah negara terus di canang apabila Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad (KDKB) menerima jemputan Jabatan Kebudayaan Selatan Thai mengadakan persembahan di Buketa baru-baru ini.

 Pengerusinya, Zulkepli Mohamad berkata, walaupun dikir barat berasal daripada negara Thai namun keasliannya telah berubah dan turut dicampur-adukkan dengan unsur-unsur moden. 

”Apa yang saya perhatikan, pendikir-pendikir dari negara jiran juga tidak mampu mengekalkan keaslian dikir barat yang sebenar.

 Katanya, banyak unsur-unsur moden mempengaruhi persembahan mereka dan anasir-anasir ini juga turut dihadapi oleh pendikir-pendikir negara kita.

 Beliau berkata, tujuan majlis diadakan adalah untuk berkongsi dan bekerjasama di dalam memelihari keaslian seni dikir barat selain mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kedua buah negara.

 Katanya, seni dan budaya turut memainkan peranannya yang tersendiri bukan hanya ekonomi mahupun politik sahaja bahkan ia satu lambang seni kebudayaan yang bakal diwarisi oleh generasi yang akan datang.

 Pada majlis berkenaan kira-kira 4,000 orang pengunjung hadir dan turut di sertai Ketua Angkatan Tentera Selatan Thai,Tan Akarat, Pengerusi Kesenian dan Sukan Wilayah Narathiwat,Hambali Wan Teh, Timbalan Pengerusi Kesenian dan Sukan Wilayah Narathiwat, Samat Walung, dan Datuk Bandar Buketa, Thailand. 

 Lagu keramat Wau Bulan turut bergema di sampaikan Zul Wisma sendiri sebagai penamat kepada persembahan pada malam tersebut bersama pasukan dikir barat Melor.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement