Carian  
13 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Projek Membatu Jalan Pertanian Beri Manfaat Kepada Penduduk Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 15 Jun 2009

IMG_5745.JPG

Lima Dari Kiri: YB.Datuk Abdul Aziz Derasyid Meninjau Projek Pembangunan Di DUN Kuala Balah

CHEGAR BEDIL 15 JUN 2009 – Projek membatu jalan pertanian menerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dekat sini, cukup bermanfaat kepada penduduk-penduduk dekat sini.

Penduduk, Shafie Abdul Ghani, 44, berkata, projek pembangunan yang dilaksanakan begitu berharga kepada penduduk-penduduk terutama bagi pekebun-pekebun.

Menurutnya, sejak kemudahan jalan berkenaan di bangunkan ianya memberi keselesaan kepada penduduk untuk melakukan aktiviti harian.

“Kemudahan ini cukup membantu sekaligus memendekkan masa perjalanan yang sebelum ini agak sukar.

Katanya, projek yang di laksanakan juga secara tidak langsung akan membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk di sini.

“Selaku penduduk saya cukup berterima kasih diatas projek pembangunan yang diberikan untuk kehidupa penduduk yang lebih selesa,”katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, YB.Datuk Ab.Aziz Derashid  berkata, pembangunan di Parlimen Jeli sentiasa menjadi keutamaan ke arah kehidupan rakyat lebih selesa.

“Jeli kini cukup berkembang baik dan banyak jalan-jalan telah di bina dan dibangunkan untuk kemudahan penduduk dan Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed turut sentiasa cakna tentang kemudahan yang di perlukan penduduk,”katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement