
Suasana Gerai 12 Bukit Bunga
BUKIT BUNGA 15 JUN 2009 – Musim cuti sekolah baru-baru ini yang baru sahaja tamat minggu ini merancakkan lagi kegiatan perniagaan di Gerai 12 Bukit Bunga, sewaktu membuat tinjauan dekat sini, baru-baru ini.
Gerai yang terletak di laluan lebuhraya Timur-Barat tersebut menjadi tumpuan setiap pengguna lebuhraya yang melewati kawasan berkenaan.
Hampir ratusan kereta yang singgah di gerai berkenaan untuk membeli pelbagai barangan keperluan antaranya makanan dan buah-buahan, pakaian, peralatan dapur dan sebagainya yang amat murah dan berpatutan.
Gerai Bukit Bunga yang mana lokasinya amat berdekatan dengan sempadan Thailand membuatkan ramai pengguna menggemarinya untuk singgah membeli-belah.
Selah seorang pengunjung dari Kedah yang ditemui berkata, beliau cukup selesa membeli-belah di samping terdapat banyak pilihan barangan dengan harga yang amat berpatutan.
“ setiap kali cuti sekolah, saya dan keluarga pulang ke kampung halaman di Kota Bharu dan antara lokasi perhentian saya ialah di gerai 12 ini untuk membeli-belah.
“ kini kawasan ini semakin maju berkembang dengan aktiviti perniagaan dan saya yakin satu hari nanti dibawah pimpinan YB.Dato’ Mustapa Mohamed selaku Ahli Parlimen Jeli, kawasan ini akan bertambah maju dan tidak mustahil akan menjadi kawasan perniagaan yang terbesar di Negeri Kelantan” katanya.

Sesak Dengan Kenderaan Yang Singgah Untuk Membeli-Belah