
YB. Datuk Rosnah Ab Rashid Shirlin (kiri) Ketika Melawat Salah Seorang Warga Emas di DUN Manik Urai
BUKIT NANGKA 14 JUN 2009 – “kita telah pun melancar jentera pergerakan puteri UMNO untuk menggempur bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Manek Urai” kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kelantan, Norwahida Patuan merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Jeli sewaktu ditemui dekat sini, hari ini.
Majlis perlancaran yang dilancarkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB.Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada jumaat lalu diiringi dengan lawatan prihatin dari rumah ke rumah terutama rumah pesakit-pesakit kronik di Dun Manek Urai.
Menurutnya, pergerakan puteri telah siap sedia menggempur Manek Urai sekali gus memberi sokongan yang padu kepada calon Barisan Nasional dan akan memastikan Barisan Nasional mendapat tempat di hati setiap pengundi Manek Urai.
Katanya, seramai 20 orang puteri dari Parlimen Jeli telah ditugaskan di kawasan berkenaan bagi membantu dalam menghadap pilihanraya yang akan datang.