
Antara Jemaah Yang Hadir Untuk Menunaikan Solat Hajat Madrasah Bendang Kuala.
BENDANG KUALA 14 JUN 2009 – Kira-kira 30 masyarakat sekitar keluar untuk solat hajat sempena siapnya madrasah kampung berkenaan, dekat sini, semalam.
Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) DUN Bukit Bunga, En.Adnan Hamid sewaktu ditemui berkata masyarakat seharusnya melihat pembangunan ini serta memikirkan secara waras tentang kesan pembangunan yang telah dilaksanakan dibawah kepimpinan YB.Dato’ Mustapa Mohamed selaku Ahli Parlimen Jeli.
“ inilah kesan pembangunan yang kita mahukan, dengan adanya pembinaan masjid dan madrasah yang sempurna ia secara tidak langsung memberi keselesaan kepada rakyat untuk melakukan ibadat.
“ ini juga sebagai contoh pembangunan, dan ini semua adalah untuk rakyat” katanya.
Katanya, beliau selaku KPPM Bukit Bunga amat berterima kasih kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang telah banyak melakukan perubahan di Parlimen Jeli khususnya, demi memberi keselesaan kepada rakyat Jeli.
Masyarakat setempat juga turut menyuarakan rasa terima kasih tersebut sekali gus dengan siap sepenuhnya madrasah berkenaan yang menelan balanja kira-kira RM 100,000 ini secara tidak langsung menyenangkan masyarakat setempat mengerjakan ibadat serta pengguna lebuhraya Timur-Barat memandangkan lokasi madrasah berkenaan terletak dilaluan berkenaan.