BATU MELINTANG 06 Feb 2007 – Dewan serbaguna Kompleks Penggawa Daerah Batu Melintang beroperasi semula sejak awal Februari. Menurut Penggawa Daerah Batu Melintang, Mat Junub Seman, Dewan Serbaguna ini dibaik pulih dengan harga RM 40,000 melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi memudahkan orang ramai mengadakan aktiviti termasuk seminar, forum, pementasan dan sukan.
Orang ramai boleh mengisi borang yang disediakan, sekiranya ingin menggunakan dewan ini untuk mengelak pertindihan.
“Sesiapa yang menggunakannya akan dikenakan bayaran yang berpatutan untuk kos elektrik,” katanya.
Mat Junuh menasihati pengguna menjaga kebersihan dewan dan memastikan kelengkapannya tidak rosak.
"Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan menjaga harta benda ini bagi kepentingan bersama,” katanya lagi.
-Sinar Harian-