
Antara Yang Hadir Kuliah Jumaat
JENUB 12 JUN 2009 – Kira-kira 90 orang hadir ke kuliah jumaat, anjuran Pusat Dakwah Jeli, dekat sini, hari ini.
Kuliah hari ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, Ust Norlizan Abdul Rahman yang mengupas intipati surah An-Nisaa, sebahagian utama surah ini menceritakan tentang Keimanan: Syirik (dosa yang paling besar); akibat kekafiran pada masa hadapan, serta kisah-kisah tentang Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya
Surah An-nisaa (Perempuan) merupakan surah Madaniyyah yang mengandungi 176 ayat, dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak membicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain, kata Ust Norlizan dihadapan yang hadir.
Rata-rata mereka yang hadir amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli sekaligus dapat memenuhi aktiviti hari minggu dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia.
Sehubungan dengan itu, program ini sekaligus bertepatan dengan cita-cita YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, yang ingin menjadikan Pusat Dakwah sebagai medan menuntut ilmu dunia dan akhirat.
Di samping itu juga, sejak Pusat Dakwah ditubuhkan pelbagai program keagamaan dan keilmuan telah dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk pengurusan pusat dakwah sendiri.
Secara tidak langsung dengan adanya penyertaan masyarakat di setiap program yang dianjurkan, ikatan ukhwah dikalangan anggota masyarakat dapat dikukuhkan seterusnya bersatu menuju kearah masyarakat jeli yang bersatu dan gemilang.