Carian  
11 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Dijangka 100 Peserta Akan Menyertai Program Qiamullai Pusat Dakwah Parlimen Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 11 Jun 2009

 

Pengurus Pusat Dakwah, Tn.Hj.Ismail Jusoh

 

JENUB 11 JUN 2009 – Dijangka kira-kira 100 peserta dari Kuala Balah dan Kubor Datu akan menyertai Program Qiamullai Siri 5 yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli, petang ini.

 

Pengurus Pusat Dakwah, Tn.Hj.Ismail Jusoh yang dihubungi berkata program tersebut amat mendapat perhatian YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang ingin memastikan masyarakat Parlimen Jeli tidak terlepas dari aktiviti ilmiah ini.

 

Menurutnya, dua orang penceramah telah dijemput untuk mengendalikan program berkenaan bagi memastikan program dapat dijalankan dengan lancer.

 

Katanya, antara pengisian program terbabit ialah solat berjemaah, diskusi petang, tazkirah, serta ceramah di segmen renungan.

 

Pusat Dakwah Parlimen Jeli telah menjadi satu mercu tanda bagi aktiviti keagamaan di Parlimen Jeli dan ia juga merupakan satu-satunya pusat ilmu keagamaan berbentuk moden di Malaysia.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement