Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 R & R Rancakan Aktiviti Perniagaan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 11 Jun 2009

Gambaran Di R & R Gemang

GEMANG 11 JUN 2009 – Kawasan R & R Gemang sentiasa mendapat kunjungan ramai terutama dari kalangan pengguna lebuhraya Timur-Barat di musim cuti sekolah sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan.

Sewaktu membuat tinjauan dekat sini hari ini, kenderaan yang tidak putus-putus singgah di kawasan berkenaan.

Inilah hasrat YB.Dato’ Mustapa Mohamed menubuhkan kawasan rehat di Gemang yang secara tidak langsung akan merancakkan aktiviti perniagaan masyarakat setempat di kawasan berkenaan.

Pelbagai kemudahan disediakan di kawasan rehat berkenaan antaranya tandas awam, medan selera, anjung istirehat serta kemudahan bilik tumpangan bagi mereka yang ingin menginap.

Bagi salah seorang peniaga yang ditemui dekat sini hari ini berkata, setiap musim cuti sekolah pendapatan dapat ditingkatkan memandangkan ramai yang berhenti di hentian ini.

“ ramai pengguna lebuhraya berhenti disini, selain berhenti rehat, mereka akan makan dan minum.

“ perniagaan kita pun makin laris dan rancak.

“hentian ini sentiasa ramai walaupun bukan pada musim cuti sekolah dan saya bersyukur dapat berniaga sekali gus dapat jana pendapatan keluarga saya” tambah beliau.

Anjung Istirehat Khas Buat Pengguna

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement