Carian  
13 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kempen Galakan Membaca Terus Di Semarakan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 11 Jun 2009

IMG_1 (2).JPG

Antara Pelajar Yang Menyertai Pertandingan Khat

LEGEH 11 JUN 2009 – Jabatan Kemauan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Jeli memperhebatkan lagi Program Galakan Membaca dengan menganjurkan pertandingan seni khat dan  “spelling competition” dekat sini, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan di Pusat Sumber KEMAS yang baru sahaja ditubuhkan pada mei lalu.

Kira-kira 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Arab As-Sabirin, Ayer Lanas, yang menetap di kampung berkenaan telah menyertai pertandingan terbabit.

Pegawai KEMAS Daerah Jeli(PKD), Masnida Mat Kudin yang ditemui berkata, program tersebut dianjurkan adalah satu kesinambungan kepada Kempen Galakan Membaca yang dilancarkan oleh KEMAS pada bulan lalu.

Katanya, dengan adanya program seumpama ini, masa cuti sekolah pelajar-pelajar dapat dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti keilmuan di samping dapat mengelakkan para pelajar dari terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

“kita manfaatkan masa cuti sekolah dengan penganjuran seumpama ini memandang para pelajar mempunyai banyak masa yang terluang.

“sambutan yang baik terhadap program yang kita anjurkan memperlihatkan para pelajar amat berminat, sekali gus memberi sokongan yang baik” tambah beliau.
IMG_0055.JPG

Salah Seorang Pemenang Pertandingan

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement