Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Ramah Mesra YB.Dato' Mustapa Mohamed Di Manek Urai Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 10 Jun 2009

DSC00224.JPG

Ucapan Dari YB.Dato' Mustapa Mohamed

KUALA KRAI 10 JUN 2009 - Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan dengan Pemimpin Cawangan UMNO Kuala Krai dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan YB. Dato’ Mustapa Mohamed diadakan di Dewan Pejabat UMNO Kuala Krai, baru-baru ini. 

Kira-kira 200 orang yang hadir diwakili oleh Ketua Cawangan, Setiausaha Cawangan, Ketua-Ketua Sayap cawangan.

Taklimat dan perkembangan strategi PRK Manek Urai turut diadakan. Perubahan utama stretegi dibuat antaranya ialah  Sistem Maklumat Berpusat. Ia diwujudkan kerana daripada pengalaman yang lepas tidak ada penyelarasan dibuat terhadap maklumat-maklumat penting daripada Jabatan Kerajaan dan NGO. 

Program-program yang besar sebagaimana yang PRK yang lepas-lepas akan dikurangkan sebaliknya majlis pertemuan dan perjumpaan dengan rakyat akan diperbanyakkan.

UMNO Cawangan juga diminta mengenalpasti isu dan masalah rakyat yang berlaku di Manek Urai. Hasil daripada pertemaun tersebut pelbagai masalah daripada UMNO Cawangan dibangkitkan dan mendapat reaksi positif daripada kalangan pemimpin.

Turut hadir ialah Ybhg. Dato’ Ramzi Abd Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, YB. Dato’ Noorzahidi, Setiausaha Badan Perhubungan, Dato’ Hanafi Mamat, Bendahari UMNO Bahagian, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dan Ketua UMNO Bahagian Machang serta Ajk UMNO Bahagian Kuala Krai.

Selepas program tersebut YB. Dato’ Mustapa Mohamed bermalam di Kampung Laloh di salah sebuah rumah pengundi.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement