
Pelajar Menikmati Makanan Tengahari Sebelum Meneruskan Program
JENUB 10 JUN 2009 – Kira-kira 124 pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di DUN Kuala Balah menyertai Kem Kecemerlangan UPSR 2009 Kohort ke-2 yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Jeli dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO Bahagian Jeli, dekat sini, hari ini.
Antara sekolah-sekolah kebangsaan yang terlibat adalah SK.Bukit Jering, SK.Jeli 1, SK.Kalai, SK.Kuala Balah, SK.Kubor Datu, SK.Lubok Bongor, SK.Pendok dan SK.SG.Long.
Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Jeli, En.Hanafi Mat Yunus yang ditemui berkata program tersebut dianjurkan adalah bertujuan melatih para pelajar mengaplikasikan pengajaran guru dalam menjawab soalan peperiksaan dengan tepat.
“ kesemua pelajar yang terlibat adalah pelajar- pelajar yang kita target untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.
Katanya, para pelajar didedahkan secara tepat berhubung teknik-teknik menjawab setiap soalan peperiksaan.
Menurutnya, program tersebut juga secara tidak langsung memberi pendedahan kepada para pelajar untuk bergaul dengan pelajar lain dari pelbagai sekolah dalam kumpulan yang sama.
Sebelumnya, sejumlah 136 pelajar-pelajar UPSR dari DUN Air Lanas telah menyertai program terbabit.