Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Survival Melayu Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 09 Jun 2009

IMG_0371.JPG

Antara Yang Hadir Baru-Baru Ini

BUKIT NANGKA 09 JUN 2009 – Kira-kira 200 orang telah hadir ke majlis penerangan isu-isu semasa yang yang dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Jeli dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, dekat sini, baru-baru ini.

Majlis ceramah yang bertemakan “survival melayu” tersebut disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Ybrs.Tn.Hj. Nasir Hj.Salleh yang menyeru agar semua masyarakat melayu menjalinkan hubungan yang erat dikalangan anggota masyarakat.

Ceramah tersebut juga turut menyentuh jasa-jasa serta perjuangan tokoh-tokoh UMNO yang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara.

“ bangsa melayu harus bangun dan sedar terhadap perkembangan negara pada masa kini.

“UMNO adalah merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan hak kita orang-orang melayu” katanya.

“ kita semua harus bersatu-padu serta menjalinkan kerjasama yang erat dalam memastikan UMNO terus kukuh dan menjadi parti yang gah untuk orang-orang melayu” tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menyeru agar semua pihak memberi sokongan yang padu kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli yang juga selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dalam memastikan Kelantan dapat ditawan dari pembangkang pada pilihanraya yang akan datang.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement