
Penyelia Perhubungan KEMAS Parlimen Jeli, En.Zulkifli Harun
BUKIT NANGKA 09 JUN 2009 – Khamis ini bakal berlangsung Bengkel Tindakan Pembangunan Kampung ( PTPK ) kata Penyelia Perhubungan KEMAS Parlimen Jeli, En.Zulkifli Harun sewaktu ditemui dekat sini, hari ini.
Bengkel tersebut melibatkan empat buah kampung GDW ( Gerakan Desa Wawasan ) dibawah kelolaan KEMAS Parlimen Jeli.
Bengkel berkenaan diadakan adalah berttujuan untuk mengemaskini maklumat kampung antaranya melibatkan keluasan kampung, jumlah penduduk mengikut peringkat umur dan jantina, pekerjaan utama penduduk kampung dan sebagainya.
“ selain itu bengkel ini juga di adakan sebagai persediaan bagi setiap GDW menghadapi pertandingan Anugerah Desa Cemerang ( ADC )” katanya.
Menurutnya, sejumlah 15 GDW yang terdapat di Parlimen Jeli dibawah keloloaan KEMAS Parlimen Jeli dan kesemua GDW tersebut akan dijemput menyertai bengkel berkenaan secara berperingkat.
Katanya, antara yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah pengerusi Kampung GDW serta ahli jawatankuasa GDW yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap GDW mencapai hasrat penubuhannya.
“GDW adalah satu usaha yang digembelingkan dengan memberi tumpuan khususnya kearah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju, menarik dan menguntungkan sejajar dengan Falsafah pembangunan Luar Bandar” tambah beliau.