Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Universiti di UK Perlu Anjur Program Khas Untuk Pelajar Malaysia Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 06 Februari 2007

PUTRAJAYA 06 Feb 2007 -  Kementerian Pengajian Tinggi mahu universiti di United Kingdom (UK) mengadakan program khas untuk 11,500 pelajar Malaysia di negara itu supaya mereka lebih selesa bercampur dengan masyarakat tempatan.

   Menterinya, Dato’ Mustapa Mohamed, berkata pendidikan bukan hanya boleh didapati dari bilik kuliah malah melalui pergaulan seharian dengan penduduk negara itu dan juga pelajar dari negara lain.

   Beliau berkata, pemerhatiannya menunjukkan pelajar Malaysia di UK lebih suka berkumpul sesama rakan senegara menyebabkan mereka kurang pengalaman dalam aspek sosial dan hanya mendapat ijazah selepas pulang ke Malaysia.

   Katanya, rakyat negara ini juga lebih pemalu dan tidak mempunyai kemahiran komunikasi atau berinteraksi dengan bangsa lain menyebabkan mereka lebih suka kekal dalam kelompok sendiri.

   Untuk permulaan, antara program yang boleh dianjurkan ialah perlawanan bola sepak antara pelajar Malaysia dengan pelajar UK atau malam kesenian yang dihadiri pelajar dan keluarga penduduk tempatan.

   Kita berharap pembabitan pelajar dalam program sosial ini dapat mengukuhkan persahabatan dengan penduduk UK dan pelajar kita mendapat lebih daripada pendidikan formal ketika di UK.

   “Kos pendidikan di UK semakin tinggi dan kita mahu pelaburan ini berbaloi," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan kerajaan UK untuk memantapkan kerjasama pendidikan dengan universiti awam tempatan di sini, semalam.

   Hadir sama, Menteri Negeri Bagi Pendidikan Berterusan, Lanjutan dan Tinggi UK, Bill Rammell dan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Boyd McCleary.

-Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement