JELI 28 MEI 2009 – Usaha untuk menyemai benih sayang dan cintakan negara digerakkan Persatuan Belia Bandar Jeli dengan sokongan agensi kerajaan dan swasta di parlimen ini menerusi karnival sukan perpaduan yang akan di adakan pada 30 Mei ini.
Pengerusinya, Wan Thakormunshi Wan Mustafa berkata, program berkenaan di jangka akan berlangsung di padang istiadat Jeli bermula jam 8 pagi hingga 12 malam.
“Usaha yang di lakukan ini juga adalah kaedah untuk menyatupadukan masyarakat kerana melalui sukan ianya platform terbaik untuk mempupuk perpaduan dalam masyarakat
Menurutnya, program berkisar kepada memberi kesedaran kepada belia itu akan memastikan semangat cintakan negara dapat di pupuk dan di tanam dalam jiwa mereka.
“Selain itu, ianya turut menggalakkan masyarakat menghargai luang masa yang ada untuk di isi dengan kegiatan berfaedah,”katanya.
“Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan karnival itu nanti dengan pelbagai program yang telah dirancang,”kata beliau.