Carian  
12 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Sembilan Sekolah Terima Bantuan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 28 Mei 2009

153052009131.jpg

YB.Datuk Ab.Aziz (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab), Raudah An-Nazirin, Mohd Nasir Yatib.

 

BUKIT JERING 28 MEI 2009 – Sembilan buah sekolah rendah dan menengah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah dekat sini menerima sumbangan daripada ADUNnya,YB.Datuk Ab.Aziz Derashid  berjumlah RM 18,000.

Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Kuala Balah, Rozi Mohamad berkata, setiap sekolah menerima cek berjumlah RM2,000.

Menurutnya, dua buah sekolah agama di bawah DUN Kuala Balah turut menerima sumbangan berkenaan.

“Sumbangan tahunan itu adalah sebahagian kemudahan untuk pembangunan pendidikan di DUN ini.

“Bidang pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kepimpinan di DUN ini kerana di sinilah generasi berteraskan modal insan dapat dijelmakan,”katanya

Kata beliau, sumbangan kewangan ini secara tidak langsung akan membantu melengkapkan lagi keperluan sekolah samada dalam soal peralatan untuk mengajar atau sebagainya.

“Sumbangan ini juga diharapkan akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan di luar bandar dalam usaha kerajaan merealisasikan kecermelangan pendidikan,’katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement