Carian  
13 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda Sambut Baik Penyertaan Seni Mempertahankan Diri Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 27 Mei 2009

Picture 106.jpg

Sesi Bergambar Bersama Partubuhan Seni Silat tongkat Kampung Sungai Satan

SUNGAI SATAN 27 MEI 2009 – “ keinginan mempelajari seni mempertahankan diri amat disambut baik bukan sahaja dari aspek mempertahankan diri malah dalam apa jua lapangan yang sihat” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Zahari sempena pembukaan gelanggang seni silat, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, Pemuda UMNO Bahagian Jeli akan sentiasa menyokong segala aktiviti di peringkat cawangan bukan sahaja bersama pemuda malah juga akan turut memberi kerjasama kepada pemimpin cawangan.

Kira-kira 25 peserta yang berdaftar terdiri dari peringkat umur 10 tahun ke 30 tahun  telah menyertai seni silat tongkat berkenaan.

“ saya berharap agar lebih banyak cawangan menganjurkan aktiviti-aktiviti sihat seumpama ini.

“ harapan saya agar pertubuhan seumpama ini dapat dijadikan contoh kepada cawangan-cawangan yang lain sekali gus dapat megekalkan warisan melayu” katanya.

Sehubungan dengan itu, dengan adanya aktiviti seumpama ini, hubungan silaturrahim dapat diperkukuhkan dan secara tidak langsung dapat membendung generasi muda dari terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement