Carian  
10 Mac 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Puteri Akan Terus Jadi Sayap Parti Yang Efektif Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 27 Mei 2009

IMG_0359.JPG

Norwahida Patuan, Puteri UMNO Negeri Kelantan

BUKIT BUNGA 27 MEI 2009 – “ puteri akan menggempur sekali gus menawan semula Kelantan pada pilihanraya yang akan datang” kata Ketua Puteri UMNO Negeri Kelantan yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Jeli, sewaktu ditemui dekat sini, hari ini.

Beliau yang baru sahaja dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Kelantan baru-baru ini berkata tanggungjawab yang diamanahkan oleh pemimppin tertinggi UMNO itu akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan memastikan puteri sentiasa menjadi sayap parti yang efektif.

“ puteri UMNO kini berusaha mengembalikan kepercayaan golongan muda kepada UMNO.

“ dalam memastikan usaha itu berjaya sepenuhnya, semangat satu-padu dan berpasukan adalah penting.

“ saya selaku Ketua Puteri Negeri dan UMNO Jeli khususnya meyahut baik seruan kepimpinan agar turun ke akar-umbi mendekati masyarakat” katanya.

Pelbagai program-program telah dirancang dan dilaksana bagi memastikan ikatan silaturrahim yang baik dapat diwujudkan dengan masyarakat.

Menyentuh pilihanraya kecil Dun Manek Urai beliau berkata, puteri kelantan akan memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional dan memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement