Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Sekolah Benteng Terbaik Kekang Dadah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 26 Mei 2009

DSC00650.JPG

Ketua Pegawai AADK Jeli, Norhayati Mahiddin (kedua kiri) Bertukar-tukar Cenderamata Dengan wakil AIM

BUKIT JERING 26 MEI 2009 – “Sekolah perlu tegas terhadap pelajar-pelajar bermasalah kerana inilah peluang dan masa untuk membentuk mereka supaya berada di landasan terbaik serta tidak mudah terjebak dalam masalah ini,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, YB.Datuk Abdul Aziz Derashid ketika berucap pada majlis perasmian program gerak gempur dadah (Gempadah) dekat sini,baru-baru ini dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Institusi sekolah berperanan penting membantu usaha kerajaan mengekang memerangi gejala najis dadah sebagai musuh nombor satu negara.

Menurutnya, sekolah merupakan benteng terbaik untuk mengekang masalah ini sekali gus sekolah perlu memandang serius terhadap masalah ini dalam membantu usaha kerajaan.

“Generasi hari ini perlu di didik dan di semai dengan benih –benih yang mampu untuk bertindak menjauhi najis dadah.

Program yang berlangsun selama tiga hari dua malam yang di isi dengan pelbagai program termasuk sukan dan riadah serta ceramah.

“Ibu bapa seharusnya peka terhadap anak-anak mereka dan memantau pergerakan anak-anak.

Katanya, ancaman dadah terhadap anak-anak perlu diambil berat kerana impaknya cukup besar setelah terlibat dalam kancah ini dan secara tidak langsung masa depan generasi akan datang akan hancur sekiranya gejala ini tidak dibendung

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement