Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 300,000 Pelajar IPT Sertai Rakan Cop Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 04 Februari 2007

SHAH ALAM 04 Feb 2007 -  Seramai 300,000 pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara dijangka menjadi sahabat baru Rakan Cop, bagi membantu polis membanteras jenayah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

   Malah, beliau yakin majoriti pelajar terbabit yang menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) sebagai alat komunikasi utama mampu menyampaikan maklumat secara lebih berkesan dan cepat untuk tindakan pantas polis.

   Katanya, pembabitan pelajar dalam program itu sejajar hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan selamat sepanjang masa.

   "Kita berterima kasih atas sokongan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperluaskan Rakan Cop kepada pelajar universiti kerana ini adalah usaha baik bagi membolehkan pelajar bersama polis membantu memerangi jenayah.

   "Dengan cara ini, mereka dapat menyampaikan maklumat iaitu pertama, jika nampak jenayah berlaku, maklum kepada polis dan kita dapat bertindak cepat untuk tangkap penjenayah.

   "Kedua, maklumat berkaitan aktiviti jenayah, disalurkan kepada polis supaya kita dapat membuat pemantauan sebelum bertindak," katanya pada sidang media bersama Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed sebaik pelancaran Rakan Cop peringkat IPT Malaysia, di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, semalam.

   Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah; Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Mustafa Abdullah dan Ketua Polis Selangor, Datuk Ismail Omar.

   Sebanyak 18 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 24 Kolej Komuniti dan 23 Politeknik serta 14 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menjadi perintis kepada program Rakan Cop di IPT itu.

   Musa berharap program Rakan Cop itu berjaya membangkitkan semangat di kalangan pelajar IPT yang mereka sebenarnya ada peranan penting dalam menjaga keselamatan.

   Katanya, pelajar juga tidak perlu bimbang dengan ancaman keselamatan apabila menyalurkan maklumat kerana mereka tidak perlu menyatakan nama sebenar ketika mendaftar sebagai Rakan Cop.

   Beliau berkata, polis memiliki pelan bertindak sebaik menerima maklumat daripada Rakan Cop yang dikawal 24 jam oleh pusat kawalan.

   "Jika ada kereta peronda pada jarak satu kilometer dari tempat kejadian, mereka boleh bertindak dalam masa 45 minit tetapi bergantung sama ada lalu lintas sesak atau sebaliknya.

   "Sebab itu, kita mewujudkan pasukan tindak balas jenayah dalam cawangan trafik kerana kita sedar trafik berkesan dalam meredah kesesakan jalan raya. Malah, kita sudah mulakannya di Kuala Lumpur dan Selangor," katanya sambil menambah semua cawangan sudah diarahkan memerangi jenayah.

   Sementara itu, Mustapa berkata, pelajar yang menyertai Rakan Cop boleh membantu polis di empat kawasan iaitu di ketika berada kampus, luar kampus, kampung dan tempat yang dikunjungi.

   Ditanya sama ada pelajar IPT pada sesi kemasukan akan datang diwajibkan mendaftar dengan Rakan Cop, beliau berpendapat ia adalah atas semangat sukarela tetapi pelajar yang bertanggungjawab digalakkan segera berbuat demikian.

 -Berita Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement