Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pelajar dilarang ke Kedai Komputer Waktu Sekolah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 31 Januari 2007

KUALA BALAH 31 Jan 2007 –  Pengusaha perkhidmatan sewa komputer melarang para pelajar memasuki premis mereka pada waktu sekolah bagi mengelakkan aktiviti ponteng.

   “Kami tidak membenarkan sama sekali pelajar memasuki kedai ini pada waktu persekolahan kerana tidak mahu dianggap bersubahat dengan mereka yang ponteng,” kata pengusaha sebuah kedai komputer di kawasan itu, Mohd Syakri Mat Jusoh, 43.

   Beliau yang mengusahakan perniagaan tersebut sejak lima tahun, berkata tujuan asal perkhidmatan sewa komputer di kawasan pedalaman, ialah untuk mendedahkan masyarakat kepada dunia Teknologi Maklumat (IT).

   Pada masa sekarang, IT sangat penting dan semua bidang pekerjaan memerlukan kemahiran ini, tetapi saya tidak mahu menggalakkan pelajar ponteng dengan membenarkan mereka memasuki kedai ini pada waktu belajar.

   “Walaupun saya orang berniaga tetapi kita tidak mahu mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan kepada pembelajaran mereka,” katanya.

   Menurutnya lagi, perkhidmatan mengajar penggunaan komputer juga turut diadakan pihaknya dengan kadar yuran berpatutan.

   Muhamad Idris, 21, yang diberi tanggungjawab mengajar komputer berpendapat, penduduk kawasan pedalaman seperti Kuala Balah kini memahami kepentingan komputer.

   Mereka sudah pandai melayari Internet mencari jawatan kosong, membaca berita dan sebagainya. Walaupun sesetengah mereka bekerja kampung dan berpendidikan rendah.

   “Namun kawalan ketat sentiasa dipantau supaya mereka tidak menyalahgunakan perkhidmatan ini terutama untuk melayari laman web yang dilarang,” katanya yang mengakui sambutan lebih ketika lepas waktu sekolah.

   Kedai di tepi laluan utama Kuala Balah ke Dabong itu dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali Jumaat.

                                                                                                                            -Sinar Harian-

  

  

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement