Para Peserta Yang Mengikuti Kuliah Jumaat
JENUB 01 MEI 2009 - Kira-kira 172 peserta hadir di Program Kuliah Jumaat yang dianjurkan oleh Pusat dakwah Parlimen Jeli dekat sini, hari ini.
Seperti kebiasaan kuliah jumaat diisi dengan bacaan al-quran dilkalangan peserta yang hadir untuk diperdengarkan kepada guru al-quran jemputan.
Kerjasama yang baik dikalangan peserta amat membanggakan dengan masing-masing memperdengarkan bacaan untuk diperbetulkan oleh guru al-quran.
YB.Dato' Mustapa Mohamed amat mengharapkan setiap program yang dianjurkan dimanfaatkan oleh semua pihak agar dapat bersama-sama membina Parlimen Jeli yang gemilang.
Pusat Dakwah diwujudkan adalah salah satu faktornya untuk memperbetulkan akidah masyarakat sekaligus meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap agama islam.
Di samping itu juga, sejak Pusat Dakwah ditubuhkan pelbagai program keagamaan dan keilmuan telah dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk pengurusan pusat dakwah sendiri.
Secara tidak langsung dengan adanya penyertaan masyarakat di setiap program yang dianjurkan, ikatan ukhwah dikalangan anggota masyarakat dapat dikukuhkan seterusnya bersatu menuju kearah masyarakat jeli yang bersatu dan gemilang.