
BUKIT BUNGA 24 Jan 2007 – Pendaftaran kemasukan 35 kumpulan pertama pelajar Kolej Komuniti Cawangan Jeli, bermula hari ini. Pelajar terbabit terdiri daripada 4 lelaki dan 18 wanita telah tiba di kolej berkenaan sebaik sahaja pendaftaran kemasukan dibuka kira-kira jam 9 pagi.
Satu sesi taklimat ringkas mengenai perjalanan kursus juga telah diberikan kepada kumpulan pelajar itu selepas waktu pendaftaran selesai kira-kira jam 11 pagi.
Turut berada pada hari pendaftaran itu ialah Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Najmiah Hj Abdullah dan Pegawai Pengambilan, Siti Salmah Mohd Pilus.
Sebilangan pelajar yang ditemui melahirkan perasaan gembira kerana berpeluang mengikuti kursus di Kolej Komuniti Cawangan Jeli di samping menjadi perintis kumpulan pertama kemasukan pelajar di institusi pendidikan tersebut.