![IMG_4859[1].jpg](/Portals/0/buletin/IMG_4859[1].jpg)
Muhd Yusuf (kedua kiri) Bersama Ahli Jawatankuasa Pasar Tani Mega Ayer Lanas Membeli Makanan Yang Dijual
AYER LANAS 01 APRIL 2009 – Pasar tani mega Ayer Lanas dekat sini, mula dilancarkan bagi menaik taraf kehidupan masyarakat berpendapatan rendah dijajahan ini.
Penyelaras Pasar Tani Negeri Negeri Kelantan, Muhd Yusuf Sulaiman berkata, pelancarannya baru-baru ini melengkapkan semula kemeriahan Ayer Lanas.
“Sebelum ini, sekitar tahun 90-an kawasan ini meriah dengan kewujudan pasar malam dan perjalanannya telah terhenti, pada hari ini pelancaran pasar tani ini secara tidak langsung akan menghidupkan kembali suasana malam di sini.
Katanya, sambutan menggalakkan lebih 80 peserta menunjukkan satu perkembangan positif bahawa peserta dan penduduk disini mengalu-alukan kewujudannya.
Menurutnya, pasar tani ini juga turut mempunyai satu lagi tambah nilai jika dibandingkan pasar tani lain.
“Di sini, ikan-ikan sungai seperti ikan baung, lapan dan sembilan selain daging kambing turut dijual, di negeri Kelantan hanya pasar tani mega di Wakaf Che Yeh dan Ayer Lanas sahaja menjual produk ini,’katanya.
“Pembukaan pasar tani mega Ayer Lanas dua kali seminggu yang beroperasi pada hari Isnin bermula jam 3 petang hingga 9 malam juga disebabkan wujudnya penawaran daripada peserta dan sebelum ini ianya hanya di buka pada hari Jumaat sahaja.
Beliau sebelum ini ketika ditemui berkata sekiranya pelancaran pembukaan pada hari ini menunjukkan perkembangan positif berkemungkinan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan melaksanakannya sama ada di Bandar Jeli atau mana-mana tempat di jajahan ini.
Namun katanya, perkembangan akan dilihat terliebih dahulu sebelum melaksanakannya dan kemudahan disediakan FAMA ini akan membolehkan pengguna dikawasan ini memperolehi keperluan harian dengan harga yang berpatutan dan secara tidak langsung menggalakkan pengguna untuk mendapatkan barangan segar setiap minggu.
Majlis pelancaran, turut dimeriahkan dengan pelbagai aturcara antaranya program mewarna untuk kanak-kanak, dikir barat, pertandingan memasak