Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 PERHILITAN Mohon Kerjasama Orang Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 18 Januari 2007

JELI 18 Jan 2007 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Jeli memohon orang ramai memberi kerjasama kepada pihaknya berhubung ancaman harimau.

   Menurut Pegawai PERHILITAN Jeli, Mohd Hazlin Quzek Aladdin, pihaknya perlu dimaklumkan jika terdapat kes yang membabitkan binatang liar itu.

“Kita tidak tahu jika pihak terbabit tidak melaporkan kepada kita untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat PERHILITAN Jeli mengenai ancaman harimau terhadap penduduk Orang Asli.

   Penduduk Orang Asli sekitar Sungai Rual mendakwa, mereka kini hidup dalam ketakutan dan tidak bebas bergerak kerana dikhuatiri diserang harimau yang dilihat sentiasa berkeliaran di kawasan itu.

   Kes pertama di Kampung Kalok, Isnin lalu apabila penduduk mendakwa melihat harimau masuk bawah rumah orang dan kes kedua Orang Asli mengejar harimau di Sungai Rual.

   Menurut Mohd Hazlin, kedua-dua kes yang didakwa Orang Asli itu tidak dilaporkan kepada pihaknya yang mengakibatkan sukar untuk diambil tindakan.

   “Kita belum pasti kesahihan berita ini dan tindakan mencegah akan diambil sekiranya betul harimau berkeliaran dalam kawasan kampung mereka."

   “Perangkap yang dipasang ketika kes pertama membabitkan Orang Asli dikejar harimau, masih lagi berada di tempatnya tetapi umpan kambing, kami ambil kerana faktor hujan,” jelasnya.

   Menurutnya lagi, seekor lagi kambing yang dijadikan umpan mati akibat kesejukan dan pihaknya akan melancarkan gerakan selanjutnya selewat-lewatnya seminggu lagi.

   Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Jeli juga tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk Orang Asli berhubung kes itu.

   Menurut jurucakap JHEOA Jeli, pihaknya hanya mengeluarkan arahan supaya tidak membenarkan anak-anak berjalan malam dan hendaklah bergerak secara berkumpulan untuk mengelak di serang.  

                                                                                                            -Sinar Harian-

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement