Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kolej Komuniti Terima Pelajar Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 13 Januari 2007

BUKIT BUNGA 13 Jan 2007 – Seramai 35 pelajar dijangka mendaftar sebagai kumpulan pertama mengikuti kursus di Kolej Komuniti Cawangan Jeli, pada 24 Januari ini.

   Sebilangan pelajar terbabit akan mengikuti kursus sepenuh masa dalam Bidang Bakeri dan Konfeksionari di peringkat sijil selama dua tahun.

   Kolej Komuniti berkenaan merupakan kolej yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan beroperasi di Bangunan Kompleks Niaga Bandar Baru, Bukit Bunga, dekat sini.

   Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed, berkesempatan meninjau persiapan terakhir kolej berkenaan, Sabtu lalu. Beliau berpuas hati dengan perjalanan operasi kolej itu dan mengharapkan penduduk di sekitar Jeli khususnya memanfaatkan kemudahan tempat pembelajaran yang disediakan di kawasan Parlimen ini.

    

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement