Carian  
10 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Berita Parlimen Jeli Minimize
Author: umnojeli_admin Created: 13 September 2006
Berita Eksklusif

Program Lawatan YB. Dato' Mustapa Mohamed
By umnojeli_admin on 01 September 2008

copy1.jpg

Koleksi Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed

PARLIMEN JELI 01 SEPTEMBER 2008 – Kira-kira 15 program telah dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sempena pulang ke Parlimen Jeli, sabtu lalu.

Seperti kebiasaan, aktiviti YB.Dato’ Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli adalah melibatkan pertemuan dengan masyarakat, agensi-agensi kerajaan, NGO, lawatan pemantauan projek-projek pembangunan dan sebagainya.

Program pertama di Parlimen Jeli ialah ramah-mesra bersama rakyat di gerai 12 di Kg.Bukit Bunga dan di ikuti pula lawatan projek baik-pulih Pusat Dakwah Parlimen Jeli.Tidak berhenti di situ, program di teruskan dengan lawatan dan ramah-mesra bersama pegawai di CIQ ( Cust ...

More...

Teguran Kepada Pemaju Demi Keselesaan Rakyat
By umnojeli_admin on 01 September 2008

P8280079.JPG

Gambaran Hadapan R&R Kuala Balah

KUALA BALAH 01 SEPTEMBER 2008 – Pembinaan hentian rehat R & R Kuala Balah hampir siap sepenuhnya sewaktu membuat tinjauan bersama YB.Dato’ Mustapa Mohamed, baru-baru ini.

YB.Dato’ Mustapa dalam program pemantauan tersebut membuat beberapa teguran berguna untuk keselesaan pengguna yang akan menggunakan kawasan rehat terbabit. Antara tegurannya ialah berkenaan jalan keluar-masuk kawasan rehat terbabit hanya dibuat satu jalan sahaja dan YB.Dato’ Mustapa Mohamed segera menghubungi pemaju yang berkaitan supaya membuat dua laluan jalan yakni satu jalan masuk dan satu lagi jalan keluar supaya memudahkan pengguna serta memberi keselesaan kepada pengguna.

More...

60 Orang Sertai Kursus Ternakan Kambing Boer Secara Komersil
By umnojeli_admin on 29 Ogos 2008

P8260042.JPG

Dr. Mahmad Menyampaikan Ceramah Kepada Peserta

BUKIT NANGKA 29 OGOS 2008 – Seramai 60 orang masyarakat Parlimen Jeli yang melalui Pusat Pembangunan Sosial Ekonomi Parlimen Jeli telah menyertai Kursus Penternakan Kambing yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI ), dekat sini, semalam.

Kursus yang bermula jam 9.00 pagi tersebut, memuatkan pelbagai intipati dan perbincangan serta taklimat berkenaan ternakan kambing termasuklah cara mengurus ternakan, pembiakkan kambing, dan kesan-kesan yang positif hasil ternakan serta input-input yang berguna.

Hasil taklimat yang di sampaikan oleh Dr. Mahmad Mustafa dari MARDI berkenaan penternakan ...

More...

Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Batu Melintang Sertai Perarakan Kemerdekaan
By umnojeli_admin on 28 Ogos 2008

DSC03343.JPG

En.Noordin Memerhati Perarakan Murid-Murid Beliau.

BATU MELINTANG 28 OGOS 2008 – Seramai 780 orang pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsan Batu Melintang telah menyertai perarakan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dekat sini, semalam.

Majlis semalam merupakan majlis kemuncak sempena menyambut kemerdekaan kali ke 51 pada tahun ini yang dirasmikan oleh Guru Besar  sekolah terbabit, En.Noordin bin Mustaffa.

Sempena menyambut kemerdekaan pada tahun ini, pihak sekolah telah memulakan program sejak awal bulan lagi yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya seperti pertandingan mewarna, pertandingan menulis sajak, pertandinga ...

More...

PUSPA Tani Tambah Maklumat Petani Dan Penternak
By umnojeli_admin on 28 Ogos 2008

DSC02336.jpg

Pegawai Dari Jabatan Veterinar Menyampaikan Kursus

GEMANG 28 OGOS2008 – Seramai 16 orang telah menghadiri kursus ternakan lembu di Pusat Urusan Sehenti dan Perkhidmatan Agro Tani (PUSPA Tani) Parlimen Jeli, dekat sini, semalam.

Kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada penternak yang baru ingin menceburi bidang penternakan lembu.

Sehubungan dengan itu juga, peserta kursus akan didedahkan dengan cara-cara penternakan lembu dengan terurus dan bersistematik serta penjagaan lembu dengan baik.

Bagi seorang peserta ...

More...

Abdul Somad Pengusaha Tanaman Herba Pertama Parlimen Jeli
By umnojeli_admin on 27 Ogos 2008

Picture 031.jpg

Abdul Somad Menunjukkan Tanaman Herba Beliau Di Tanah Seluas Satu Setengah Ekar

WAKAF ZING 27 OGOS 2008 – Abdul Somad Abdullah,46, merupakan pengusaha Tanaman Herba Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) yang pertama di Parlimen Jeli, sewaktu ditemui, dekat sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau juga merupakan Ketua Kelompok Projek Limau Madu, Ayer Lanas, yang kini telah mencecah hampir 4 tahun.

Projek Tanaman Misai Kucing tersebut merupakan projek percubaan hasil kerjasama denga ...

More...

Sehati Wanita Jeli Rawat Penyakit Hati
By umnojeli_admin on 27 Ogos 2008

RIMG0121.JPG

Antara Yang Hadir

JENUB 27 OGOS 2008 – Seramai 75 orang telah menyertai Program Sehati wanita Jeli dekat sini, semalam.

Ceramah di sampaikan oleh Ustazah Hjh. Sharifah Che Bedollah yang telah menyentuh beberapa perkara penting berhubung dengan perkara-perkara fardhu ain terutama rawatan penyakit hati sebagai penerusan kepada sidang-sidang yang lalu.

Selain itu, majlis juga turut membincangkan persediaan yang seharusnya dilakukan oleh masyarakat Islam dalam menghadapi bulan ramadhan yang mulia September nanti.

Peserta yang hadir juga didedahkan dengan sifat-sifat yang terpuji yang agar dapat menjauhi sifat-sifat yang dikeji oleh ALLAH ...

More...

Peserta Projek Kambing Berkelompok Fasa II Dihantar Berkursus
By umnojeli_admin on 26 Ogos 2008

P8240034.JPG

Sesi Bergambar Sebelum Bertolak Ke Pengkalan Hulu

 PUSPA Tani 26 OGOS 2008 – Seramai 15 orang penternak bagi Projek Ternakan kambing Berkelompok Fasa II telah dihantar berkursus di Pengkalan Hulu, Perak dekat sini, hari ini.

Kesemua mereka bertolak menggunakan kenderaan UMNO Bahagian Jeli lebih kurang jam 10.00 pagi tadi dan akan berada disana selama 3 hari 2 malam.

Kursus yang berlangsung di Ladang ternakan Kambing, Kampung Bukit Serdang ini secara praktikalnya akan memberi pendedahan secara langsung terhadap cara-cara penternakan dan penjagaan kambing secara teratur dan efektif.

Hal yang demikian juga, hasil temubual bersam ...

More...

Taklimat Projek Ternakan Ayam Di PUSPA Tani
By umnojeli_admin on 26 Ogos 2008

P8240037.JPG

Dua Dari Kanan: En.Nordin Mahamud Mempengerusikan Taklimat

PUSPA Tani 26 OGOS 2008 – Satu taklimat berkenaan Projek Ternakan Ayam Berkelompok Fasa I telah di adakan, dekat sini, hari ini.

Taklimat tersebut di pengerusi oleh Pegawai Khas YB.Dato’ Mustapa Mohamed, En. Nordin Mahamud bersama dua orang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Pegawai Khas Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi, En. Mustafa Musa.

Taklimat disampaikan kepada lebih kurang 10 orang ketua projek ternakan bagi menjayakan projek tersebut.Penerangan serta perbincangan yang rapi telah dibuat bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sehubungan den ...

More...

Lawatan Kerja Jeneral Tentera Darat Thailand Ke Malaysia
By umnojeli_admin on 25 Ogos 2008

IMG_5859.JPG

Dari Kanan: Tan Sri Muhammad Ismail Berjabat Salam Bersama Jeneral Anuphong

BUKIT BUNGA 25 OGOS 2008 – Panglima Angkatan Tentera Darat Thailand Jeneral Anuphong Paojinda bersama 13 pegawai kanan Angkatan Tentera Negara berkenaan mengadakan lawatan kerja sehari ke kawasan sempadan Malaysia-Thailand, hari ini.

Ketibaan beliau, bersama deligasi tersebut di sambut oleh Panglima Tentera Darat Malaysia ( ATM) Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin di Jambatan Muhibbah yang menghubungkan Malaysia – Thailand di Bukit Bunga pagi tadi.

Rombongan berkenaan kemudian dibawa ke Pengkalan Pendaratan Helikopter di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga untuk dibawa ke K ...

More...


    

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement