Carian  
10 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Berita Parlimen Jeli Minimize
Author: umnojeli_admin Created: 13 September 2006
Berita Eksklusif

To' Pa Mula Turun Padang
By umnojeli_admin on 22 Mac 2008

topa220308.jpg

Ramah-Mesra To'Pa Bersama Masyarakat Kg.Air Merah 

DUN BUKIT BUNGA 22 MAC 2008 – Dato' Pa selepas dilantik sebagai Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani memulakan program menziarahi penduduk di beberapa kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga, hari ini.
  Kampung itu termasuk di Peti Undi kampung Tok Che Dol, kampung Lawang dan kampung Kajang.
  Menurutnya, program turun ke padang itu akan diberi keutamaan kerana ia boleh mengenal pasti segala pemasalahan rakyat sebagaimana telah dilaksanakan sebelum  ini.
  Langkah itu selaras dengan kehendak kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mahukan setiap wakil rakyat daripada UMNO dan Barisan N ...

More...

"Terima Kasih Rakyat Jeli" - To' Pa
By umnojeli_admin on 13 Mac 2008

kemenangan.jpg

To'Pa Meraikan Kemenagan Bersama YB Aziz(Kanan) dan (Kiri) YB Adhan Kechik di Dewan SMK.Jeli -Gambar dipetik dari Berita Harian

JELI 13 MAC 2008 – Hasil berkat doa dan kesabaran To’Pa bersama ADUN-ADUN nya hari ini telah membuktikan perjuangan To’Pa membawa masyarakat Jeli maju bersama negeri-negeri lain di Malaysia mendapat persetujuan dan pengiktirafan oleh masyarakat Jeli.Ini adalah berdasarkan kemenangan To’Pa melalui Pilihanraya 2008 yang baru sahaja selesai baru-baru ini.
 To’Pa yang memenangi kerusi Parlimen Jeli bersama ADUN Bukit Bunga dan ADUN Kuala Balah mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Jeli yang masih mel ...

More...

To ' Pa Tunai Kewajipan Mengundi Di Sek.Keb.Batu Gajah
By umnojeli_admin on 08 Mac 2008

DSC00461.JPG

To ' Pa Semasa Membuang Undi

JELI 8 MAC 2008 - Setelah lama berjuang demi masyarakat Jeli khususnya,hari ini To' Pa selaku Ahli Parlimen Jeli menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telah turun mengundi seawal jam 8.00 pagi di Parlimen beliau sekaligus merupakan warga Jeli yang pertama membuang undi.
   To’ Pa yang di temani isteri, Datin Khamarzan Ahmed Meah serta para pengikut setia Barisan Nasional sama-sama  membuang undi di saluran masing-masing hari ini.Semangat yang dibawa oleh seluruh rakyat Jeli diterjemahkan melalui kertas undi serta sama-sama mengharapkan  kemenangan untuk Jeli serta sekaligus untuk Kelantan.
   To’Pa juga mengambil kesempatan pada hari ini mengikuti ...

More...

BN YAKIN MENANG BESAR DI JELI
By umnojeli_admin on 06 Mac 2008

Tokpa menemui para peniaga di Pasar Tani Ayer Lanas

Selepas 13 hari berkempen, calon-calon Barisan Nasional yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN di Jeli yakin akan mencapai kejayaan. Dengan jentera yang bergerak lancar, mereka percaya rakyat akan memberi mandat besar kepada BN dan UMNO dalam pengundian 8 Mac.
     “Kita dah kerja kuat. Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang. Kita akan mencapai kejayaan, insyaallah,” kata Tokpa, calon Parlimen Jeli, ketika ditemui di Pasar Pekan Jeli pagi tadi.
      Jelasnya, keyakinan ini bersandar kepada sokongan rakyat di semua kampung yang beliau lawati dan majlis yang beliau hadiri sepanjang tempoh berkempen mulai 24 Feb lalu.
     &a ...

More...

BULETIN, VCD, BENDERA, POSTER, BUKU DAN RISALAH
By umnojeli_admin on 06 Mac 2008

Pesta bendera memeriahkan suasana pilihanraya

Sepanjang tempoh kempen, UMNO Jeli telah menghasilkan pelbagai bahan untuk memberi penerangan mengenai isu semasa, menyebarkan maklumat parti dan menangkis dakyah Pas dan PKR. Dengan adanya bahan-bahan ini, rakyat Jeli menjadi lebih peka kepada peristiwa dan majlis yang diadakan serta lebih jelas mengenai hal-hal berkaitan pilihanraya.
         “Untuk kempen yang berkesan, kita perlu memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan cepat. Ini penting untuk kita ...

More...

DR AZMI MENJADI IKON MURID SK AIR LANAS
By umnojeli_admin on 05 Mac 2008

Salah seorang pelajar cemerlang yang menerima anugerah dari  To'Pa

AIR LANAS, 5.MAC -  Calon Barisan Nasional (BN) DUN Air Lanas, Dr Azmi Setapa merupakan antara bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK)  Air Lanas yang berjaya dalam pencapaian akademik dan kerjaya.
  Sehubungan itu, sewajarlah pihak sekolah berkenaan menjadikan beliau sebagai idola bagi pencetus semangat kepada murid untuk mencipta kejayaan sama seperti dicapai oleh Dr Azmi.
  Pada majlis perasmian mesyuarat agung PIBG sekolah itu yang turut dihadiri Dato’ Pa hari ini, beliau sebagai murid tua, berjanji akan memberi perhatian khusus terhadap segala keperluan murid dan sekolah tersebut jika diberi mandat pada pilihan raya ini.
 Sempena ...

More...

PAS TERIMA TAMPARAN BILA AHLINYA SOKONG BN
By umnojeli_admin on 05 Mac 2008

To'Pa dan Mohd Adhan bersama beberapa bekas ahli Pas

CHEDOK, 5 MAC – Beberapa penyokong dan ahli Pas di dua kampung, hari ini telah mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Pa dan calon BN DUN berkenaan, Mohd Adhan Kechik, bagi mengistihyarkan sokongan mereka kepada BN pada pilihan raya 8 Mac ini.
  Mereka ialah dari kampung Nibong dan kampung Buyong terletak dalam kawasan DUN Bukit Bunga. 
  Keputusan untuk menyokong BN dibuat bukan kerana paksaan mana-mana pihak tetapi lahir daripada keikhlasan sendiri yang melihat BN Jeli di bawah kepimpinan Dato’ Pa begitu telus untuk membela nasib agama, bangsa dan Negara.


2010 KITA SEMUA DAPAT LIHAT JELI BARU – TO’PA
By umnojeli_admin on 04 Mac 2008

Tonggak Pembangunan Jeli

JELI, 4 MAC – Penduduk Jeli hari ini bakal menikmati anjakan taraf hidup yang lebih sempurna menjelang tahun 2010. Setiap hari penduduknya menerima perubahan positif ke arah membangunkan sosio ekonomi seimbang dengan ilmu keagamaan.
  Tanpa pemimpin berkaliber yang mampu memjadi penggerak, Jeli tidak akan menjadi seperti hari ini. Suatu tika dahulu di gelar sebagai Hulu Kelantan yang kawasannya hanyal dilitupi hutan belantara. Tetapi Jeli hari ini telah keluar dari kepompongnya  bertukar menjadi bandar modal insan yang berjaya dan sedang berada di alam pembangunan.
  Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia menjadi perintis menjadikan Jeli sebagai bandar baru yang lengkap dengan kemudahan awam dan infrakstr ...

More...

WAKIL RAKYAT ANDA ADALAH RAKAN ANDA – DR AZMI
By umnojeli_admin on 04 Mac 2008

Contoh terbaik yang seorang pemimpin

JELI, 4 MAC – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Air Lanas, Dr Azmi Setapa memberi jaminan akan mengambil berat dan berlaku adil kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik jika diberi mandate pada pilihanraya ini.

  Pada beliau setiap wakil rakyat adalah rakan kepada rakyatnya. Ini dapat memecahkan jurang perbezaan antara pemimpin dan rakyatnya di mana pemimpin menjadi tempat rakyat mengadu permasalahan mereka. Seorang pemimpin  yang baik harus menjadi sahabat baik kepada rakyat naungannya.

More...

7 JUTA PERBESAR JALAN JELI
By umnojeli_admin on 04 Mac 2008

JELI, 4 MAC – Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Malaysia hari ini sekali lagi merasmikan upacara pecah tanah projek pembinaan jalan di Jeli. Projek perbesarkan 9 kilometer jalan di antara Kampung Baru Malaysia ke Kampung Sungai Satan ini akan dimulakan pada Julai tahun ini dan di jangka siap pada akhir tahun 2009.
  Menurut Ir Nik Mohd Manan Wan Ab Majid, Pengarah JKR KESEDAR, yang hadir mengiringi Dato’ Mustapa, jalan ini akan dibaik pulih dan dilengkapi dengan sistem longkang yang sempurna dan pemasangan semula papan tanda- papan tanda.
  To’ Pa dalam ucapannya berharap kemudahan yang diberikan ini akan memberi faedah besar kepada penduduk setempat dan penuntut-penuntut Politeknik Jeli yang bakal di bina berdekatan projek ini.



    

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement