Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Hebahan Minimize
Author: umnojeli_admin Created: 12 September 2006
Hebahan

Nahas Keluarga Warga Air Batu & Panglima Bayu
By umnojeli_admin on 25 Disember 2007
BUKIT BUNGA 24 DISEMBER 2007 – 3 sekeluarga dan 3 lagi sanak-saudara maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan lori di Grik, Perak, kilometer 71.4 Lebuh Raya Timur-Barat semalam....
More...

Sekalung Takziah Buat Mangsa Nahas di Gerik oleh UMNO Jeli
By umnojeli_admin on 25 Disember 2007
PANGLIMA BAYU 24 DISEMBER 2007 – Tragedi yang meragut nyawa 3 sekeluarga dan 3 lagi saudara-mara mangsa daripada Kampung Air Batu dan Kampung Panglima Bayu semalam menerima kunjungan takziah daripada rombongan UMNO Jeli yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jeli, En. Bakri Daud ke rumah kesemua mangsa....
More...

Pembahagian Daging Korban oleh Ketua Pemuda UMNO Jeli
By umnojeli_admin on 24 Disember 2007
JEDOK 23 DISEMBER 2007 – Ketua Pemuda UMNO Jeli, En. Bakri Daud hari ini menyumbangkan sebanyak 3 ekor lembu yang dikorbankan untuk disedekahkan kepada seluruh penduduk Mukim Jedok bersempena sambutan bulan kebesaran islam, Hari Raya Aidiladha pada tahun ini....
More...

Solat Hajat Menyeru Keberkatan dan Kerahmatan
By umnojeli_admin on 22 Disember 2007
DARUL FALAH 21 DISEMBER 2007 – Bagi memastikan kelancaran Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidiladha yang bakal diadakan esok di kediaman Menteri Pengajian Tingi Malaysia, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed, satu majlis sembahyang hajat beramai-ramai telah diadakan bagi meminta keberkatan dan kerahmatan Ilahi untuk memastikan majlis yang bakal diadakan berjalan lancar....
More...

Aidiladha di Rumah Penggawa Bukit Bunga
By umnojeli_admin on 21 Disember 2007
BATU GAJAH 20 DISEMBER 2007 – Sempena dengan menyambut kebesaran bulan haji di seluruh dunia, sambutan perayaan Aidiladha pada tahun ini diraikan dengan penuh meriah sebagaimana tahun-tahun sebelumnya oleh keluarga Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Bukit Bunga, En Adnan Hamid....
More...

Mesyuarat Persiapan Hari Raya Korban
By umnojeli_admin on 19 Disember 2007
DARUL FALAH 18 DISEMBER 2007 – Sempena menyambut kehadiran Hari Raya Korban pada tahun ini, satu mesyuarat untuk membincangkan persiapan rumah terbuka di kediaman Menteri Pengajian Tinggi Malaysia disini serta persiapan manyambut kehadiran Perdana Menteri Malaysia pada hari raya kedua bagi merasmikan Jambatan Kedua Malaysia-Thailand yang bakal dirasmikan tidak lama lagi....
More...

Penyerahan Surat Tawaran Politeknik
By umnojeli_admin on 17 Disember 2007
DARUL FALAH 16 DISEMER 2007 – Satu Majlis Penyerahan Surat Tawaran Panggilan Disember 2007 buat para pelajar yang layak ke Kolej Politeknik dari seluruh Kelantan telah disempurnakan penyerahannya oleh wakil Menteri Pengajian Tinggi Malaysia melalui Setiausaha Politiknya, Y.bhg Dr. Azmi Setapa di kediaman menteri disini....
More...

UMNO Jeli Laksana Pilihanraya Percubaan
By umnojeli_admin on 16 Disember 2007
JELI 16 DISEMBER 2007 - Sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi, UMNO Bahagian Jeli telah melaksanakan pilihanraya percubaan semalam, Sabtu 15 Disember 2007
More...

Banjir di Panglima Bayu
By umnojeli_admin on 16 Disember 2007
PANGLIMA BAYU 15 DISEMBER 2007 - Hujan yang turun tanpa henti sejak semalam hari ini telah meletakkan sesetengah kampung di Daerah Jeli berada dalam keadaan banjir dan berjaga-jaga antaranya kawasan Panglima Bayu yang sudah mula dinaiki air sehingga melepasi jalanraya utama yang menghubungkan antara Tanah Merah dan Bandar Jeli...
More...

Majlis Berkhatan Percuma di Kuala Balah
By umnojeli_admin on 09 Disember 2007
KUBUR DATU 08 DISEMBER 2007 – Sumbangan majlis berkhatan percuma buat penduduk Jeli yang sememangnya sudah menjadi kebiasaan dan acara tahunan anjuran Ahli Parlimen Jeli, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed telah berlangsung sekali lagi di Sekolah Kebangsaan Kubur Datu disini hari ini....
More...

HUSM ‘Main Banjir’ Bersama Penduduk Jenub
By umnojeli_admin on 08 Disember 2007
BUKIT BUNGA 07 DISEMBER 2007 – Membimbangkan keadaan hujan dan banjir yang kini pada tahap berjaga-jaga dan perebakan penyakit berjangkit, Ahli Parlimen Jeli, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed hari ini telah membawa bantuan perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) turun padang bagi memberikan rawatan kesihatan percuma buat penduduk Kampung Jenub disini....
More...

Pelancaran Portal ‘I Serve U’
By umnojeli_admin on 07 Disember 2007
KUALA BALAH 06 DISEMBER 2007 – Demi untuk merapatkan jurang digital antara penduduk Malaysia dan global khasnya penduduk tempatan bahagian pedalaman, satu majlis pelancaran serentak seluruh negara Portal I Serve U telah dilancarkan disini hari ini dengan dirasmikan oleh wakil Menteri Pengajian Tinggi, YB Aziz Derashid yang juga selaku ADUN kawasan ini....
More...

Majlis Berkhatan Perdana di Parlimen Jeli
By umnojeli_admin on 02 Disember 2007
BATU GAJAH 01 DISEMBER 2007 – Sempena menyahut tuntutan agama dan budaya masyarakat Melayu dahulu kala, satu majlis berkhatan beramai-ramai telah diadakan dengan penuh meriah di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah disini hari ini....
More...

“Selamat Hari Lahir yang Ke-52…”
By umnojeli_admin on 02 Disember 2007
BATU GAJAH 01 DISEMBER 2007 – “Selamat Hari Lahir, Semoga Panjang Umur…” begitulah ungkapan sekalian masyarakat Bukit Bunga dan juga penghulu (PPM) buat Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Bukit Bunga, En Adnan Hamid hari ini yang telah menjangkau usianya yang ke-52 di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah disini....
More...

Majlis Khatan Perdana di Hospital Jeli
By umnojeli_admin on 02 Disember 2007
JELI 01 DISEMBER 2007 – Satu lagi Majlis Berkhatan Perdana anjuran tahunan UMNO Bahagian Jeli hari ini telah berlangsung khas buat masyarakat DUN Ayer Lanas telah diadakan di Hospital Jeli disini....
More...

Kursus Penghayatan Rukun Negara
By umnojeli_admin on 30 November 2007
BATU SEBELAS 29 NOVEMBER 2007 – Satu Kursus Penghayatan Rukun Negara anjuran UMNO Bahagian Jeli peringkat Jeli telah diadakan di perumahan JPN disini dengan disempurnakan perasmian penutupnya oleh Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Bukit Bunga, En. Adnan Hamid....
More...

Program Kemasyarakatan Politeknik & Kolej Komuniti
By umnojeli_admin on 25 November 2007
LAKOTA 24 NOVEMBER 2007 – Satu Program Kemasyarakatan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia telah diadakan di Parlimen Jeli di Kampung Lakota disini diteruskan lagi dengan acara sukan rakyat bersama masyarakat setempat dan juga keluarga angkat mereka hari ini....
More...

HUSM bersama Program Kemasyarakatan Politeknik dan Kolej Komuniti
By umnojeli_admin on 25 November 2007
LAKOTA 24 NOVEMBER 2007 – Program Kemasyarakat Politeknik dan Kolej Komuniti anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hari ini cukup istimewa setelah turut menerima kunjungan bersama Hospital Universiti Sains Malaysia cawangan Kelantan yang turut ‘turun padang’ bagi bersama-sama menjayakan program cetusan Dato’ Pa ini....
More...

"Jejari Bestari" Laluan Perniagaan
By umnojeli_admin on 19 November 2007
BUKIT NANGKA 19 NOVEMBER 2007 – Seramai 30 orang peserta kursus yang di pilih sekitar Parlimen Jeli dalam program “ Jejari Bestari “ anjuran Jabatan Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan....
More...

Mesyuarat ‘Program Berkhatan Perdana’
By umnojeli_admin on 17 November 2007
BATU GAJAH 16 OKTOBER 2007 – Satu mesyuarat sempena membincangkan tentang urusan program Majlis Berkhatan Perdana yang akan diadakan oleh UMNO Bahagian Jeli tidak lama lagi telah berlangsung di rumah Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Bukit Bunga En. Adnan Hamid semalam....
More...

UMK Berkem di Darul Falah
By umnojeli_admin on 16 November 2007
DARUL FALAH 15 NOVEMBER 2007 – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menamatkan program 2 hari “Fun With English Camp” mereka di kediaman Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Hj Mustapa Mohamed dengan penuh pengisian disini semalam....
More...

Bakal Haji Jeli Diraikan
By umnojeli_admin on 13 November 2007
DARUL FALAH 11 NOVEMBER 2007 - Jemaah haji perlu menjaga imej negara ini yang mengekalkan imej terbaik dan berdisplin ketika mengerjakan ibadat itu di Tanah suci, demikian ingatan disampaikan....
More...

Mini Konvokesyen Tabika KEMAS Parlimen Jeli
By umnojeli_admin on 12 November 2007
BUKIT NANGKA 11 NOVEMBER 2007 – Satu Majlis Mini Konvokesyen kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Jeli 2007 telah berlangsung di Kompleks UMNO Jeli disini semalam dengan dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Ybhg Dr. Azmi Setapa dengan penuh girang dan bersejarah....
More...

Gotong-Royong Membersih Kubur Bersama KPT
By umnojeli_admin on 04 November 2007
JEDOK 03 NOVEMBER 2007 – Program Kemasyarakatan & Anak Angkat warga KPT yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed semalam memulakan program kemasyarakat pertama mereka semalam dengan bergotong-royong bersama-sama penduduk membersihkan kawasan perkuburan islam di Kampung Jedok disini....
More...

“Jenni Rasa Seronok Sangat Duduk Kat Sini…”
By umnojeli_admin on 04 November 2007
JEDOK 03 NOVEMBER 2007 – “Saya rasa seronok sangat duduk kat sini, mak ngan ayah baik-baik…” begitulah kata-kata Jennifer Lendai Kundat anak kelahiran Sarawak ini menjawab pertanyaan Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) En. Adnan Hamid ketika beliau menziarah keadaan anak angkat keluarga En. Saufi Idris dan isteri Pn. Ramlah Shafiee ini semalam....
More...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Jedok
By umnojeli_admin on 01 November 2007
JEDOK 31 OKTOBER 2007 – Satu program Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Jeli seliaan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Jedok, En.Ismail Seman telah berlangsung disini semalam. "Tiada sebab untuk masyarakat Jeli ini untuk menolak kepimpinan Dato' Pa disini, banyak yang beliau sediakan dan orang disini sentiasa mengingati jasanya, InsyaAllah..."
More...

Menyambut Aidilfitri di Tok Che Dol
By umnojeli_admin on 24 Oktober 2007
TOK CHE DOL 23 OKTOBER 2007 – Selain menikmati jamuan Aidilfitri di Kediaman Ahli Parlimen dan juga Pemuda UMNO Jeli, masyarakat dibawah pimpinan YB Dato’ Hj.Mustapa Mohamed semalam telah mengadakan satu lagi majlis amal sempena Aidilfitri dengan menghidangkan laksa dan laksam sebagai menu utama Jamuan Aidilfitri Terbuka di kawasan Dato’ Pa disini....
More...

Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda UMNO Jeli
By umnojeli_admin on 23 Oktober 2007
JEDOK 22 OKTOBER 2007 – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri sempena menyambut kemenangan umat islam memerangi nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan telah diadakan secara besar-besaran di Rumah Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Bahagian Jeli, En Bakri bin Daud....
More...

Sumbangan KFC Buat Balai Batu Gajah
By umnojeli_admin on 09 Oktober 2007
BATU GAJAH 08 OKTOBER 2007 – Sempena dengan Majlis Sumbangan Zakat buat Warga Emas dan Anak Yatim di Darul Falah semalam, Ahli Parlimen Jeli YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed sempat menghantarkan wakilnya untuk turut memberikan sumbangan ayam goreng KFC buat sekalian warga keselamatan Polis Diraja Malaysia disini sebagai juadah berbuka....
More...

Majlis Mesyuarat Aidilfitri dan Jamuan Berbuka di Darul Falah
By umnojeli_admin on 07 Oktober 2007
BATU SEBELAS 06 OKTOBER 2007 - Satu majlis mesyuarat dan berbuka puasa anjuran Ahli Parlimen Jeli, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed telah diadakan di kediaman beliau di Darul Falah semalam....
More...

Inisiatif Ramadhan, Program Membaca Al-Quran di SK Batu Gajah
By umnojeli_admin on 03 Oktober 2007
BATU GAJAH 02 OKTOBER 2007 – Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini, warga guru dan para pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Gajah turut mengalu-alukan kedatangan bulan yang mulia ini dengan mengadakan sambutan membaca Al-Quran dikalangan pelajar-pelajar bersama guru sekolah....
More...

Bertarawih dan Berbuka Bersama Imam Mesir
By umnojeli_admin on 02 Oktober 2007
AIR CHANAL 01 OKTOBER 2007 – Ustaz Mohamed Abdil Aziz,30 atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Mat Mesir/Mat Kelate sememangnya sudah tidak asing lagi bagi masyarakat sekitar Jeli yang terkenal dengan kefasihannya bertutur bahasa Kelantan serta ilmu agamanya sebagai seorang imam muda dari Ahli Majlis Fatwa Mesir....
More...

Madrasah Kg Asahan Hilir Menerima ‘Sentuhan To’Pa’
By umnojeli_admin on 01 Oktober 2007
BATU SEBELAS 30 SEPTEMBER 2007 – Sebuah madrasah yang dahulunya berdinding dan berlantaikan papan kini sudah menjadi lebih kukuh, selesa dan indah dipandang selepas ianya mendapat sentuhan prihatin daripada Ahli Parlimennya, YB Dato’ Hj. Mustapa Mohamed yang menginginkan madrasah kegunaan rakyat itu dipercantikkan binaannya....
More...

Smart Solat Kali ke-6 di Gemang
By umnojeli_admin on 28 September 2007
GEMANG 27 SEPTEMBER 2007 – Program dibawah cetusan murni Wakil Rakyat Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed yang diadakan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini telah berlangsung buat kali yang keenam dan pada kali ini di Musalla Kg. Gemang disini....
More...

Abe Nor Kini Beransur Pulih
By umnojeli_admin on 23 September 2007
BUKIT BUNGA 22 SEPTEMBER 2007 – Tuan Hj. Abdul Halil Ibrahim, 60 tahun, atau lebih dikenali sebagai “Abe Nor” dari masyarakat setempat serta kalangan ahli-ahli UMNO Parlimen Jeli kini beransur pulih selepas menjalanai rawatan susulan berkaitan dengan jantung di Hospital Serdang baru-baru ini.
More...

PPM Selamat Pulang dari Seruan Kaabah
By umnojeli_admin on 22 September 2007
TOK CHE DOL 21 SEPTEMBER 2007 – Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Bukit Bunga, Abd Rahim bin Awang Noh semalam telah selamat pulang ke tanah air di kampung halamannya dengan sambutan majlis berbuka puasa dirumah beliau disini semalam....
More...

Majlis Berbuka & Penyerahan Biasiswa Celcom di UiTM Machang
By umnojeli_admin on 18 September 2007
Program amal Celcom ini telah disampaikan oleh Pengarah Celcom Kelantan sendiri iaitu Dato’ Sulaiman kepada Pengarah UiTM Kelantan Dato’ Prof. Hussin Abd Rahman dengan simbolik penyerahannya disini dengan sambutan menggalakkan oleh sekalian warga UiTM....
More...

Gotong –royong Pemuda UMNO Jeli
By umnojeli_admin on 08 September 2007
PANGLIMA BAYU 07 September 2007 – Berkat usaha dan keprihatinan Ahli Parlimen Jeli dibawah kepimpinan Ketua Bahagiannya, Dato’ Mustapa Mohamed, rumah Encik Johari bin Ibrahim semalam telah menerima bantuan gotong-royong membaiki rumah daripada Jentera Belia Jeli, Pemuda UMNO yang begitu prihatin dengan permasalahan hidup yang dihadapi oleh beliau....
More...

Kursus Jelira Mesra Belia Jeli
By umnojeli_admin on 06 September 2007
BACHOK 05 September 2007 – Sempena dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa pilihanraya boleh berlaku pada bila-bila masa, satu kursus brainstorming telah diadakan semalam di Chad Beach Resort melibatkan Ketua dan para pemuda UMNO Jeli disini semalam....
More...

Sambutan Kemerdekaan Masyarakat Orang Asli Jeli
By umnojeli_admin on 31 Ogos 2007
JELI 30 Ogos 2007 – Dikala seluruh Malaysia sedang sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari ke-50 tahun kemerdekaan, masyarakat orang asli di Kampung Sungai Rual disini juga tidak ketinggalan dalam membuktikan semangat cintakan tanah air mereka, bumi Malaysia yang bertuah ini....
More...

Sambutan Sempena Kehadiran Ramadhan
By umnojeli_admin on 30 Ogos 2007
BATU SEBELAS 29 Ogos 2007 – Sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba, sekalian warga KEM 301 Infantri Wataniah yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Leftenan Kolonel Amirudin bin Dato’ Sulaiman telah mengadakan satu malam ibadat sempena Nisfu-Sya’aban serta malam menyambut kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba....
More...

Sambutan Bulan Kemerdekaan di Legeh
By umnojeli_admin on 29 Ogos 2007
AYER LANAS 28 Ogos 2007 – Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara, Kampung Legeh disini semalam tidak ketinggalan dalam mempersiapkan diri bagi menyahut seruan negara untuk menyambut hari bersejarah yang bakal tiba itu nanti....
More...

Konvoi Malaysiaku Gemilang 50 Tahun
By umnojeli_admin on 27 Ogos 2007
JELI 26 Ogos 2007 – Satu konvoi anjuran Superbike Associate Malaysia (S.A.M) yang diketuai oleh Timbalan Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Zaid Hamidi sempena menyambut 50 tahun kemerdekaan negara telah singgah ke tanah bertuah Kelantan, disini semalam....
More...

Program Penerangan Pendidikan di SMK Ayer Lanas
By umnojeli_admin on 27 Ogos 2007
AYER LANAS 26 Ogos 2007 – Satu Program Penerangan Penubuhan & Pendaftaran Institusi Pendidikan Swasta telah diadakan semalam di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas dengan dihadiri lebih 150 orang guru....
More...

HUSM Berkunjung ke Panglima Bayu
By umnojeli_admin on 26 Ogos 2007
PANGLIMA BAYU 25 Ogos 2007 – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) semalam sekali lagi telah turun memberikan rawatan khidmat rakyat percuma mereka kepada lebih 100 orang masyarakat Jeli disini....
More...

Program Terakhir Monash University 2007 di Darul Falah
By umnojeli_admin on 25 Ogos 2007
DARUL FALAH 24 Ogos 2007 – Monash University merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam menjana ilmu masyarakat Jeli khususnya anak-anak tuisyen percuma hasil sumbangan Ahli Parlimen di sini, YB. Dato’ Mustapa Mohamed....
More...

Makan Malam Manyambut HUSM
By umnojeli_admin on 25 Ogos 2007
BATU GAJAH 24 Ogos 2007 – Majlis makan malam amal sempena menyambut serta mengalu-alukan kedatangan Kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah diraikan semalam dengan jamuan makan malam dirumah Ketua Penyelia Pembangunan Mukim, (KPPM) En. Mohd Adnan bin Hamid disini semalam....
More...

Sukan Komuniti Wanita Separuh Akhir
By umnojeli_admin on 23 Ogos 2007
LAWANG 22 Ogos 2007 – Sukan Komuniti yang bermula sejak Jun 2007 lalu kini sudah mencapai peringkat separuh akhir semalam di Sekolah Kebangsaan Lawang bermula jam 2.00 sehingga 6.30 petang dengan pelbagai acara rakyat....
More...

Pakar Kemiskinan Dunia Ke Jeli
By umnojeli_admin on 19 Ogos 2007
BUKIT BUNGA 18 Ogos 2007 – Satu lawatan khas oleh Pakar Kemiskinan Dunia, Professor Jeffrey D. Sachs yang kini merupakan penyandang kerusi pertama Professor Diraja Ungku Aziz telah melawat ke Jeli,semalam...
More...

Masyarakat Jeli Yang Unik
By umnojeli_admin on 19 Ogos 2007
BATU GAJAH 18 Ogos 2007 – Satu Majlis Perkahwinan masyarakat Jeli telah diadakan dengan penuh keunikannya tersendiri semalam apabila pengantin lelaki telah dibawakan berarak menaiki gajah ke rumah pengantin wanita di Kg. Lawang disini semalam....
More...


    

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize