Carian  
10 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Berita Parlimen Jeli Minimize
Author: umnojeli_admin Created: 13 September 2006
Berita Eksklusif

Kerajaan Hari Ini Mendahulukan Rakyat
By umnojeli_admin on 19 Januari 2012

Dato Aziz.jpg
Dato' Abd.Aziz menyampaikan bantuan basikal kepada penerima.


Kubur Datu, 19 Januari 2012
- Kesejahteraan rakyat sentiasa diberikan perhatian kerajaan persekutuan bagi memastikan rakyat negara ini hidup selesa.

ADUN Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid berkata, perhatian dan kecaknaan yang diberikan itu meliputi semua kaum yang ada,1Malaysia.

Menurutnya,apa yang diusahakan ini bukan sahaja untuk lebih selesa tetapi bukti bahawa kebajikan mereka sentiasa di jaga dan kerajaan yang ada pada hari ini mendahulukan rakyat.
More...

115 Murid Orang Asli Sungai Rual Terima Bantuan Persekolahan
By umnojeli_admin on 16 Januari 2012

Orang Asli.JPG
Tok Pa bergambar dengan murid masyarakat Orang Asli Sungai Rual yang menerima bantuan.


Sungai Rual, 16 Januari 2012
- Seramai 115 murid Orang Asli suku kaum Jahai di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual dekat sini menerima bantuan beg, pakaian,kasut dan wang tunai daripada Yayasan 1MDB.

Dato' Zahari Sulaiman, Pengarah Media Yayasan 1MDB berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga masyarakat Orang Asli dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna.

Menurutnya, kesemua kelengkapan dang ...
More...

Terus Bekerja,Dampingi Rakyat - Mustapa
By umnojeli_admin on 16 Januari 2012

Ceramah DUn.JPG
To' Pa bersama kepimpinan bahagian Jeli.


Air Merbo,16 Januari 2012
- Lebih 1,000 hadir ceramah isu-isu semasa peringkat DUN Bukit Bunga dekat sini.

Program anjuran UMNO Bahagian Jeli turut sama dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed,Timbalannya, Dato' Abd.Aziz Derashid,Naib, Dato' Dr.Azmi Setapa dan YB Mohd Adhan Kechik.

Kehadiran memberangsangkan itu antara bukti cukup bahawa bahagian Jeli kini bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menghadapi PRU 13 nanti.

Mustapa dalam ucap ...
More...

Kelantan Tidak Dianaktirikan
By umnojeli_admin on 12 Januari 2012

Baucer.JPG
Dato' Dr.Azmi menyampaikan baucer kepada pelajar Politeknik Jeli.


Ayer Lanas,12 Januari 2012
- Kelantan sama sekali tidak dianaktirikan kerajaan persekutuan biarpun Serambi Mekah ini di bawah kuasa pembangkang.

Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang sama sekali tidak benar.

Menurutnya, tahun lepas dibawah RMK 9 sahaja Kelantan menerima peruntukan RM5.7 bilion.

"Kesemua peruntukan itu digunakan untuk rakyat dan bukti ini jelas menunjukkan dibawah p ...
More...

Gunakan Sebaik Mungkin Baucer
By umnojeli_admin on 12 Januari 2012

Sebahagian Ibu Bapa.JPG
Sebahagian penduduk sekitar Ayer Lanas yang hadir di majlis.


Ayer Lanas,12 Januari 2012 - Pelajar-pelajar diingatkan supaya menggunakan sebaik mungkin baucer buku 1Malaysia yang diberikan kerajaan.

Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa berkata, baucer hasil keprihatinan kerajaan persekutuan sekaligus membantu meringankan kos kewangan golongan berkenaan.

Menurutnya, kerajaan persekutuan hari ini sangat cakna kepada rakyat, pelbaga ...
More...

YB Adhan Turun Sembang Petang Bersama Penduduk Panglima Bayu
By umnojeli_admin on 11 Januari 2012

YB Adhan.jpg
YB Adhan turun padang mendekati penduduk sekitar Panglima Bayu.


Panglima Bayu, 11 Januari 2012
- Lebih 130 penduduk dekat sini menghadiri sembang petang bersama ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik di kedai kopi Kak Da.

Program bermula jam 4.45 petang itu turut sama dihadiri kepimpinan UMNO Bahagian Jeli dan penduduk kawasan sekitar.

Program turun padang untuk mendekati rakyat itu dilihat budaya sejak sekian lama di Jeli dan antara pendekatan yang berkesan bagi menyelami masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat.
More...

YB Dato' Abd. Aziz Rai 800 Anggota RS 2
By umnojeli_admin on 11 Januari 2012

RS 2.jpg
Dato' Abd.Aziz bergambar dengan anggota RS 2 Batu Melintang.

Batu Melintang, 11 Januari 2012
- Kira-kira 800 anggota Rejimen Sempadan (RS) 2 Batu Melintang dekat sini diraikan ADUN Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid.

Kumpulan anggota itu baru sahaja selesai operasi mereka di sempadan dan kepulangan mereka itu diraikan menerusi majlis makan besar di kem berkenaan.

Majlis meraikan mereka itu sentiasa dihadiri Dato' Abd.Aziz dan hubungan erat yang telah terjalin sekian lama itu sentiasa diperbaharui setiap masa.

More...

Dato' Abd.Aziz Ziarah Hospital Jeli
By umnojeli_admin on 10 Januari 2012

Hospital Jeli.jpg
Dato' Abd.Aziz menziarahi pesakit di Hospital Jeli.


Bandar Jeli, 10 Januari 2012
- Penduduk parlimen Jeli cukup bertuah kerana setiap bulan kepimpinan bahagian Jeli turun padang menziarahi mereka.

Program turun padang kepimpinan bahagian Jeli bukan sahaja memberi tumpuan di kampung-kampung bahkan mereka yang uzur dan sakit turut diziarahi.

Selain menjadi acara bulanan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed, budaya turun padang menjenguk mereka yang sakit di parlimen Jeli turut ikuti ADUN Kuala Balah, Da ...
More...

482 Murid Tahun 1 DUN Ayer Lanas Dapat Beg Sekolah Percuma
By umnojeli_admin on 05 Januari 2012

Beg.jpg
Sebahagian murid tahun 1 yang menerima beg sekolah.


Ayer Lanas,5 Januari 2012
- Seramai 482 orang murid tahun 1 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas dekat sini mendapat perhatian Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa.

Kesemua murid tahun 1 itu menerima beg sekolah setiap seorang sebagai suntikan semangat dan menceriakan kanak-kanak terbabit memulakan sesi persekolahan 2012.

Menurut Dato' Dr.Azmi Setapa, bantuan yang disampaikan diharap dapat menaikkan semangat murid di DUN ini u ...
More...

Pemuda Jeli Agresif Turun Ke Bawah Menjelang PRU 13 Nanti
By umnojeli_admin on 04 Januari 2012

Karom.JPG
Khairul menyampaikan sumbangan papan karom kepada Pemuda Cawangan Bendang Besar dekat sini.


Bendang Besar,4 Januari 2012 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dekat sini kerap turun ke bawah mendekati pemuda di peringkat cawangan selaras dengan pelan tranformasi politik.

Ketuanya,Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata,usaha berkenaan akan dipertingkatkan dan lebih agresif menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Beliau berkata,Pemuda akan melakukan kerja keras mendekati mereka dan peranan ini akan berterusan.
More...


    

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement