Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Buletin Jeli Minimize
Author: umnojeli_admin Created: 08 September 2006
Buletin Jeli

67 Adakan Lawatan Sambil Belajar Ke Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 01 November 2008

Picture 006.jpg

Ustaz  Zahari Che Mahmood Menyampaikan Taklimat Ringkas

JENUB 01 NOVEMBER 2008 – Seramai 67 orang dari UMNO Bahagian Permatang Pauh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen Jeli, dekat sini, hari ini.

Kesemua mereka tiba kira-kira jam 1.30 tegahari tadi yang disambut oleh Setiausaha UMNO Bahagian Jeli, Ustaz Zahari Che Mahmood bersama beberapa lagi kakitangan serta Wanita UMNO Bahagian Jeli.

Setibanya mereka di Parlimen Jeli, mereka diberi taklimat di Pusat Dakwah Parlimen Jeli oleh Ustaz Zahari serta Pengurus Pusat Dakwah Parlimen Jeli, Ustaz Ismail Jusoh berkenaan Parlimen Jeli secara umumnya.

More...

Majlis Sambutan Aidilfitri Rumah Mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 31 Oktober 2008

IMG_8713.JPG

 

Empat Dari Kanan : Saudara Bakri Daud Bersama Barisan Rakan-Rakan Serjuangan Di Arena Politik 

 

JEDOK 31 OKTOBER  2008 – Mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dekat sini telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri, dekat sini, semalam.

More...

JPJ Teruskan Tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 30 Oktober 2008
IMG_8700.JPG

Anggota JPJ Menjamu Selera



BUKIT BUNGA 30 OKTOBER 2008 – Jabatan Pengankutan Jalan ( JPJ ) Bukit Nangka meneruskan lagi tradisi rumah terbuka aidilfitri, dekat sini, hari ini.

Tradisi ini amat digalakkan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jeli, agar perpaduan dikalangan anggota masyarakat dapat dieratkan sekaligus merapatkan hubungan antara jabatan-jabatan kerajaan di Parlimen Jeli.

Keharmonian sesebuah Negara adalah bergantung sepenuhnya kepada perpaduan yang kukuh dikalangan anggota masyarakat.

Kepelbagain kaum di Malaysia, hari ini Malaysia tetap aman dan damai hasil dari perpaduan yang erat dari semua kaum yang ada di Malays ...
More...

JPP Jeli Adakan Majlis Sambutan Aidilfitri
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 29 Oktober 2008

IMG_8617.JPG

Antara Yang Hadir Sama-Sama  Memeriahkan Majlis

BUKIT NANGKA 29 OKTOBER 2008 – Jabatan Pembangunan Persekutuaan (JPP) Parlimen Jeli telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri, dekat sini, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan di Parlimen Jeli yang dihidangkan dengan makanan serta pelbagai juadah  raya.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapan di Majlis Aidilfitri Darul Falah pada 3 Syawal 1429H yang lalu pernah berkata, tradisi ini rumah terbuka perlu dikekalkan bagi mengukuhkan lagi perpaduan.

Dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, hubungan yang erat perlu dijalin sert dijga kerana ia secara tidak ...

More...

Sehati Wanita Jeli Membentuk Peribadi Mulia
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 28 Oktober 2008

RIMG0274.JPG

Sebelum program Dimulakan

JENUB 28 OKTOBER 2008 – Seramai telah menyertai kuliah fardhu ain yang diadakan di Pusat Dakwah Parlimen Jeli, dekat sini, hari ini.

Pelbagai agenda disediakan untuk santapan rohani bagi setiap yang hadir.Ceramah hari ini di sampaikan oleh Ustazah Hj. Sharifah yang mengupas perbincangan berhubung perkara-perkara fardhu ain untuk dijadikan pedoman.

Kuliah yang ihadiri oleh penduduk kawasan sekitar Bukit Bunga in juga turut melibatkan pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Cawngan Jeli yang telah dijadikan program wajib bagi mereka  untuk menhadiri kuliah terbabit.

Secara tidak langsung, kehadiran dan pen ...

More...

Mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jeli 2008/2011 Selesai
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 27 Oktober 2008

PA240439.JPG

Dari Kiri : YB.Dato Awang Adek Yang Turut Hadir Selaku Pemerhati

BUKIT NANGKA 27 OKTOBER 2008 – Mesyuarat Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jeli 2008/2011yang berakhir hari ini telah sebulat suara mengekalkan YB.Dato’ Mustapa Mohamed sebagai Ketua UMNO Bahagian Jeli.

Keputusan penuh hari ini memperlihatkan YB. Abdul Aziz Derasyid menang 46 majoriti sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jeli  diikuti Dato’ Dr.Azmi Setapa menang dengan majoriti 21 undi bagi jawatan Naib Ketua Bahagian.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jeli berjaya disandang oleh Khairul Ikhwaniza Zahari yang berjaya menewaskan lawannya Nu

More...

Pemilihan Penting Sebagai persediaan Pilihanraya Umum PRU 13
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 26 Oktober 2008

PA240455.JPG

YB.Dato' Mustapa Mohamed Berucap Di Majlis Perasmian

JELI 26 OKTOBER 2008 – Ahli Parlimen Jeli, YB. Dato’ Mustapa Mohamed menyifatkan pemilihan perwakilan pada tahun ini samada pada peringkat nasional atau pun bahagian sebagai satu persedian menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Menurut YB.Dato’ Mustapa Mohamed , pemilihan pada kali ini merupakan pemilihan dalam konteks memenangi kembali hati rakyat Kelantan, di mana kita mengalami kekalahan teruk sebelum ini

“Pemilihan ini juga merupakan satu jalan untuk membina kembali kekuatan di Parlimen Malaysia supaya kembali mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Beliau berkata demikian ket ...

More...

Masyarakat Orang Asli DiRaikan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 25 Oktober 2008

IMG_8454.JPG

Dato' Dr.Azmi Setapa Beramah-Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli

SUNGAI RUAL 25 OKTOBER 2008 – Semua masyarakat orang asli Sg.Rual sama-sama menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri yang diadakan untuk mereka, dekat sini, hari ini.

Rata-rata kesemua mereka sama-sama keluar menjayakan majlis terbabit.

Pelbagai hidangan telah disediakan untuk mereka menjamu selera antaranya lemang, tapai, jamuan nasi, kuih-muih dan sebagainya.

Dato’ Dr.Azmi Setapa, Setiausaha Politik Kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang turut hadir pada majlis terbabit berkata, majlis tersebut diadakan sempena meraikan masyarakat orang asli sekaligus memberi penghormatan k ...

More...

Majlis Aidilfitri DUN Kuala Balah Meriah
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 25 Oktober 2008

IMG_8394.JPG

Kiri: YB.Abdul Aziz Derasyid Menyampaikan Sumbangan Duit Raya Kepada Kanak-Kanak

KUALA BALAH 25 OKTOBER 2008 – Hampir 1000 orang telah menghadiri Majlis sambutan Aidilfitri DUN Kuala Balah, dekat sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh YB.Abdul Aziz Derasyid, selaku ADUN Kuala Balah diserikan dengan pelbagai hidangan dan aturcara.Antara nya acara sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan persembahan kugiran dari Batalion RS 2, Batu Melintang.

YB. Abdul Aziz dalam ucapan berkata, beliau amat bersyukur dengan sambutan serta jalinan  muhibbah antara semua anggota masyarakat Kuala Balah.

Sehubungan dengan itu juga ...

More...

Wanita Parlimen Jeli Di Dedahkan Dengan Penjagaan Kesihatan Pangkal Rahim
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 23 Oktober 2008

Picture 009.jpg

Peserta Khusyuk Mendengar Ceramah Yang Di Sampaikan

BUKIT NANGKA 23 OKTOBER 2008 – Pergerakkan Wanita UMNO Parlimen Jeli dengn kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Kliik kesihatan Ayer Lanas, telah mengadakan Program Nur Sejahtera, Menangani Kanser Pangkal Rahim, dekat sini, hari ini.

Program yang berlangsung kira-kira jam 2.30 petang tadi diisi dengan sesi ceramah serta penerangan yang rapi oleh Dr. Sharul Nizam Abu Bakar dari Klinik Kesihatan Ayer Lanas.

Program yang di adakan di Kompleks UMNO Bahagian Jeli tersebut dihadiri kira-kira 150 orang rata-rata dari Parlimen Jeli.

Di samping it ...

More...

Guru-Guru Pra Jeli Sekolah Ikuti Program AADK
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 22 Oktober 2008

IMG_8308.JPG

Pn.Norhayati Menyampaikan Cenderahati Kepada En.Zainal


JELI 22 OKTOBER 2008 – Seramai 29 orang guru-guru Pra- sekolah mengikuti Program Tunas Institusi Bebas Dadah yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebagsaan (AADK) Daerah Jeli, di Dewan Rukun Tertangga , Daerah Jeli, dekat sini, hari ini.

Program Ceramah yang di sampaikan oleh Pegawai AADK, Pn. Norhayati Mahyiddin, program ini diadakan adalah untuk memastikan kanak-kanak mempunyai bahan bagi mempraktikan gaya hidup sehat.

Di samping itu juga, ia juga bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang keburukkan dadah sejak mereka diperingkat prasekolah lagi.

Guru-guru juga berperanan meny ...
More...

Program Keluarga Sejahtera Diadakan Di Pusat Dakwah Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 21 Oktober 2008

IMG_8297.JPG

Ustazah Syarifah Sewaktu Menyamapaikan Ceramah

JENUB 21 OKTOBER 2008 – Program Keluarga Bahagia telah diadakan di Pusat Dakwah Parlimen Jeli yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jeli dengan kerjasama Pusat Dakwah Parlimen Jeli, dekat sini, hari ini.

Program yang bermula kira-kira jam 1.30 petang dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Pegawai AADK Daerah Jeli, Pn.Norhayati Mahyiddin, yang mengupas tentang senario dadah semasa.

Dalam ceramah beliau petang, gejala pengambilan dadah pada hari ini amat membimbangkan semua pihak. Oleh yang demikan, kerjasama dari orang ramai terutama ibu bapa adalah amat diperlukan dalam mengawal sert ...

More...

MRSM Jeli Tuan Rumah Jambori Pengakap Seluruh Malaysia 2008
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 20 Oktober 2008

IMG_8238.JPG

MD Rahim Salim Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang

GEMANG 20 OKTOBER 2008 – Kira-kira 800 orang pengakap-pengakap dari seluruh Malaysia telah berkumpul di Maktab Rendah Sains Mara, Jeli, dua hari lalu sempena Perkhemahan Jambori Pengakap MRSM Seluruh Malaysia.

Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah ) Mara, MD Rahim Salim dalam ucapan beliau semalam berkata, perkhemahan seumpama ini adalah merupakan satu pendedahan yang terbaik untuk para pelajar terutama dalam membentuk semangat setia kawan di antara mereka.

Sehubungan dengan itu juga, para pelajar juga didedahkan dengan semangat bantu-membatu diantara satu sama lain.

“..d ...

More...

Perasmian Kursus Tanaman Koko
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 19 Oktober 2008

IMG_8226.JPG

YB. Dato' Mustapa Mohamed Menyampaikan Cenderahati Kepada Pegawai Parsatuan Koko Kelantan

BUKIT NANGKA 19 OKTOBER 2008 – “..pihak kerajaan akan sedaya-upaya membantu untuk memajukan bidang pertanian” kata YB.Dato’ Mustapa Mohamed di Majlis Perasmian Kursus Penanaman Koko dan Pengawalan Makhluk Perosak serta Pemasangan pagar elektrik, dekat sini, pagi tadi.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed turut berkata, pihak kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan dan insentif pertanian serta bantuan khidmat nasihat bagi membantu petani-petani di Malaysia khususnya.

Yang Di Pertua Persatuan Penanam dan Pengusaha Koko Kelantan, En. Wan Ibrahim Wan Abdullah semasa ditemuramah berkata, piha ...

More...

Majlis Aidilfitri Malaysia - Thailand
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 18 Oktober 2008

IMG_8171.JPG

YB.Dato' Mustapa Menerima Cenderahati Dari Kuseng Yawohasan

BUKIT BUNGA 18 OKTOBER 2008 – Satu Majlis Perasmian Sambutan Aildilfitri telah diadakan antara Malaysia – Thailand di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga, yang dirasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, dekat sini hari ini.

Majlis yang dihadiri oleh Presiden Majlis Parlimen Narathiwat, Kuseng Yawohasan, selaku wakil dari Thailand beramah-mesra bersama YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli serta bersama masyarakat tempatan.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapan berkata, program seumpama ini adalah amat baik sekali diadakan, ia secara ...

More...

MPWK Jeli Anjur Majlis Pengurusan Emosi
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 18 Oktober 2008

IMG_8213.JPG

Dr. Norazimah Menyampaikan Ceramah Kepada Hadirin

BUKIT NANGKA 18 OKTOBER 2008 – YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, merasmikan Program Pengurusan Emosi, Wanita dan Keluarga, dekat sini, hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Jeli, yang di pengurusi oleh Pn. Roslinah Mohamed, bertujuan memberi pendedahan terutama kepada golongan wanita tentang punca-punca stress dan kesannya serta cara-cara yang berkesan dalam menangani masalah stress yang dihadapi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang wanita seluruh Parlimen Jeli tersebut memuatkan ceramah ...

More...

114 Orang Hadir Kuliah Jumaat Pusat Dakwah Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 17 Oktober 2008

RIMG0239.JPG

Peserta Di Sesi Perbincangan

JENUB 17 OKTOBER 2008 – Seramai 114 telah mengikuti Program Kuliah Jumaat yang dikendalikan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli, dekat sini, hari ini.

Ceramah pagi ini disampaikan oleh Ustazah Sharifah Che Bedollah yang didatangkan khas dari Pasir Mas Kelantan.Ceramah hari ini mengupas intipati Al-Quran melalui surah Ad- Dukhan.

Sehubungan dengan itu juga, sesi soal-jawab serta perbincangan juga dibuka bagi menjayakan program yang diadakan.

Rata-rata mereka yang hadir amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli sekaligus dapat memenuhi aktiviti hari minggu dari melakukan p ...

More...

KEMAS Jeli Adakan Majlis Raya Dan Majlis Persaraan Kakitangan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 16 Oktober 2008

PA120335.JPG

Penyampaian Cenderahati Kepada Pn.Siti Esah

BUKIT NANGKA 16 OKTOBER 2008 – Pejabat Kemajuan Masyarakat Jeli hari ini mengadakan jamuan hari raya serta majlis persaraan salah seorang dari kakitanganya dekat sini, hari ini.

Pn. Siti Esah Yajit, 56 Tahun, diraikan sempena persaraan beliau setelah 30 tahun berkhidmat sebagai Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran (Jahitan) dengan jabatan terbabit.

Pn.Siti Esah semasa ditemuramah berkata, sepanjang 30 tahun berkhidmat, beliau amat gembira dengan tugasan yang diberikan oleh jabatan kepada beliau. Tugasan yang diberikan dipikul sebagai tanggungjawab yang harus disempurnakan dengan baik.

Wala ...

More...

Pelajar Perempuan SMK Ayer Lanas Sertai Program Pembinaan Insan Kamil
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 16 Oktober 2008

RIMG0232.JPG

Antara Yang Hadir

JENUB 16 OKTOBER 2008 – Seramai 34 orang pelajar-pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas menyertai Program Pembinaan Insan Kamil yang diadakan di Pusat Dakwah parlimen Jeli,dekat sini, hari ini.

Kehadiran mereka mengikuti program adalah amat menjadi harapan YB.dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, yang menginginkan Pusat Dakwah parlimen Jeli menjadi medan ilmu.

Penceramah jemputan hari ini, Ustaz Hj. Norlizan membincangkan beberapa topic penting antaranya dosa-dosa besar, wuduk yang sempurna, praktikal sembanhyangyang betul serta diskusi petang selepas solat asar.

Program yang berlangsung j ...

More...

Raffi Hussain Pulang Ke Rahmatullah
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 15 Oktober 2008

IMG_8009.JPG

Sanak Saudara Terdekat Mengebumikan Jenazah Allahyarham

JEDOK 15 OKTOBER 2008 –Jenazah penyanyi dan pelakon lelaki popular sekitar tahun 1980-an, Raffi Hussain telah selamat dikebumikan sekitar jam 2.30 petang tadi, dekat sini, hari ini.

Allahyarha, meninggal dunia lewat petang semalam, sehari sebelum menyambut hari lahirnya yang ke-49.

Allahyarham Raffi Hussain atau nama sebenarnya Che Mohd. Rofie Che Hussain menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 malam tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang, Selangor.

"Allahyarham tiada sebarang penyakit serius. Bagaimanapun kira-kira pukul 4 petang, Allahyarham mengadu sesak ...

More...

RADA Didik Golongan Belia Benteras Dadah
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 15 Oktober 2008

IMG_7921.JPG

Para Pelajar Khusyuk Mendengar Taklimat Yang Di Sampaikan

AYER LANAS 15 OKTOBER 2008 – Seramai 71 orang pelajar lelaki dan perempuan dari Giat Mara Jeli telah mengikuti Program Rakan Antidadah Komuniti/Kawasan Bebas Dadah(RADA) yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jeli, dekat sini, hari ini.

Program yang bermula seawall jam  8.00 pagitersebut memuatkan beberapa sesi cermah serta taklimat. Antaranya ceramah yang bertajuk “ Belia Sihat, Negara Maju’ oleh penceramah dari AADK.

Sehubungan dengan itu juga, taklimat RADA juga telah di sampaikan oleh  Pegawai AADK Daerah Jeli, Pn. Norhayati Mahyiddin untuk dimanfaatkan oleh para pelajar ...

More...

Program Kemasyarakatan Mampu Satukan Masyarakat
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 14 Oktober 2008

IMG_7825.JPG

Datuk Prof. Dr.Kamaruddin Hussin Menyampaikan Sumbangan Kepada Golongan Miskin

SEBERANG JELI 14 OKTOBER 2008 – “Program kemasyarakatan mampu menyatukan masyarakat berbilang kaum yang wujud dalam Malaysia” kata Naib Canselor UniMAP, ahad lalu.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig.Jen. Datuk Prof Dr.Kamaruddin Hussin berkata, program melibatkan masyarakat sebagi contohnya program anak angkat ini seumpamanya mampu membina satu jambatan perhubungan yang lebih baik dalam masyarakat.

“Kepelbagaian kaum yang hidup di negara kita ini mampu dieratkan dengan hubungan yang lebih kukuh dan erat dengan cara ini.

Katanya, melalu ...

More...

Pusat Dakwah Parlimen Jeli Imarahkan Kewujudannya
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 14 Oktober 2008

RIMG0225.JPG

Antara Yang Terawal Hadir

PUSAT DAKWAH 14 OKTOBER 2008 – Seramai 66 orng termasuk 34 orang pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Cawangan Jeli telah mengikuti Program Sehati Wanita Jeli, dekat sini hari ini.

Program yang dikendalikan oleh pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli tersebut hasil mandat yang diberikan oleh Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed, agar pusat tersebut di imarahkan sebagai pusat pengembangan dan percambahan ilmu pengetahuan terutama dari segi keagamaan.

Program seumpama ini amat menjadi penekanan YB.Dato’ Mustapa Mohamed agar secara tidak langsung membentuk masyarakat serta golongan muda yang bermoral.

Sehu ...

More...

UMNO Bahagian Jeli Terima Van Jenazah Baru
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 13 Oktober 2008

PA090315.JPG

YB.Dato' Mustapa Menerima replika Kunci Dari Pengurus Bank Rakyat (M) Machang

BUKIT NANGKA 13 OKTOBER 2008 – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli telah menerima sumbangan sebuah van jenazah dekat sini, semalam.

Majlis penyampaian kenderaan jenazah tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Bank Rakyat (M ) Machang kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed merangkap Ahli Parlimen Jeli.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapan beliau berkata, beliau dan seluruh pentadbiran serta masyarakat Parlimen jeli amat berterima kasih kepada Bank Rakyat kerana sudi menyumbang sebuah lagi van jenazah tambahan kepada sebuah lagi van yang telah sedia ada.

Sehubungan d ...

More...

PPM Dan Imam Parlimen Jeli Terima Sumbangan Mesin Rumput
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 13 Oktober 2008

PA090316.JPG

YB.Dato' Mustapa Menerima Mesin Rumput dari Pengurus Minda Agrimachinery Sdn.Bhd

BUKIT NANGKA 13 OKTOBER 2008 – Sejumlah 40 buah mesin rumput telah di sumbangkan kepada 33 orang Penyelia Pembangunan Mukim ( PPM) serta 7 orang imam masjid Parlimen Jeli dekat sini semalam.

Sumbangan dari Minda Agrimachinery Sdn.Bhd tersebut di sampaikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jeli di Kompleks UMNO Bahagian Jeli sempena Mesyuarat AJK 4 Peringkat, semalam.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapan semalam mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat tersebut yang sudi menyumbang kepada warga Parlimen jeli ser ...

More...

Program Semangat Merdeka Cetuskan Semangat Kemerdekaan Belia dan Beliawanis
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 12 Oktober 2008

IMG_7855.JPG

Belia dan Beliawanis Melaungkan Merdeka Dengan Penuh Semangat

BUKIT NANGKA 12 OKTOBER 2008 – Seramai 135 orang belia dan beliawanis telah menyertai Program Semangat Merdeka di Kompleks UMNO Bahagian Jeli, dekat sini, hari ini.

Program tersebut merupakan program anjuran bersama Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri, Biro Tatanegara(BTN) serta Kelab Warisan  Malaysia yang mana telah mengadakan tayangan filem Semangat Merdeka kepada golongan belia dan beliawanis secara serentak di 150 buah tempat seluruh Negara.

Sehubungan dengan itu juga, program tersebut merupakan program yang berjaya memecah rekod dan di masukkan ke dalam The Malaysia Book Of  ...

More...

Dahului Masa, Budayakan Belajar
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 09 Oktober 2008

PENGARAH PELAJARAN KELANTAN 1.JPG

Tuan Pengarah Bersalaman Dengan Warga Pendidik PPD Jeli

JELI 09 OKTOBER 2008 – Warga pendidik di seru supaya membudayakan konsep mendahului masa dan membudayakan ngaji(belajar) semalam.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abd.Rahman berkata, warga pendidik perlu belajar menepati masa dalam mendidik pelajar-pelajar.

“Ketepatan masa perlu dititikberatkan kerana ianya mampu membawa kecemerlangan dan perkara ini selaras dalam usaha memperkasakan lagi bidang pendidikan di negeri Kelantan.

Katanya, guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang bermutu ti ...

More...

Majlis Sambutan Aidilfitri SK.Jedok
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 08 Oktober 2008

PA060308.JPG

Tn.Hj. Sepian Memotong Reben Perasmian

JEDOK 08 OKTOBER2008 – Hampir 500 orang termasuk guru, murid serta orang orang rmai yang  dijemput menyertai Majlis Smbutan Aidilfitri Perigat SK.Gul Jedok, dekat sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah, En. Tn. Hj. Sepian Bin Nor dengan upacara pemotongan reben pagi tadi.

Dalam majlis yang sama, En. Tn. Hj. Sepian turut berkata, majlis seumpama ni ini diadakan sekaligus dapat merapatkan hubungan atara kakitangan sekolah dengan pejabat pelajaran daerah serta secara tidak langsung merapatkan hubungan guru-guru dengan murid-murid serta  masyarakat umum terutam ...

More...

Majlis Hari Raya YB.Dato' Mustapa Mohamed Bersama Kakitangan Jabatan-Jabatan Serta Warga Pendidik Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 07 Oktober 2008

aa1.jpg

YB.Dato' Mustapa Bersalaman Dengan Kakitangan Yang Hadir Serta Pemantauan Projek

JELI 07 OKTOBER 2008 – Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli telah menjadituan rumah bagi majlis hari raya antara warga pendidik serta kakitangan jabatan-jabatan di Parlimen Jeli bersama YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, dekat sini, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang tersebut berlangsung pada jam 1.00 tengahari yang dirasmikan sendiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dihadapan warga pendidik serta ketua dan kakitangan jabatan di Parlimen Jeli berkata, beliau akan terus berusaha dengan gigi ...

More...

Hampir 7000 Orang Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Darul Falah
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 06 Oktober 2008

raya1.jpg

Meriah Di Hari Raya

DARUL FALAH 06 OKTOBER 2008 – Hampir 7000 orang memenuhi perkarangan kediaman YB. Dato’ Mustapa Mohamed sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dekat sini pada 3 Syawal 1429H baru-baru ini.

Orang ramai yang mula bertandang seawal jam 9.00 pagi lagi walaupun majlis dijadualkan jam 11.00 pagi.

YB. Dato’ Mustapa Mohamed selaku tuan rumah tidak henti-henti melayan tetamu yang datang dengan penuh senyuman sehinggalah majlis selesai kira-kira jam 6.00 petang.

Pada tahun ini, 3 ekor lembu serta 10 ekor kambing telah disembelih untuk santapan hadirin yang hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut. Pelbagai ...

More...

YB. Dato' Mustapa Lawat Hospital
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 30 September 2008

hospital2.jpg

Keramahan YB.Dato' Mustapa Mohamed

HOSPITAL JELI 30 SEPTEMBER 2008 – YB.Dato’ Mustapa Mohamed telah turun ke Hospital Jeli bagi menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada pesakit yang terlantar di hospital berkenaan baru-baru ini.

Budi pekerti YB.Dato’ Mustapa Mohamed terhadap masyarakat di Parlimen Jeli telah diketahui umum dan ekoran daripada itulah beliau amat di senangi oleh seluruh warga di Parlimen Jeli.

Sekiranya beliau mempunyai program lain di Parlimen Jeli, isteri beliau, YBhg. Datin Khamarzan Ahmed Meah akan menggantikan tempat beliau untuk menziarah warga Parlimen Jeli yang uzur di hospital terbabit.

YBhg. Datin Khamarzan ...

More...

Kepulangan Perantau Di sambut Dengan Senyuman
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 29 September 2008

P9250302.JPG

Senyuman Seorang Menteri Berjiwa Rakyat

BATU MELINTANG 29 SEPTEMBER 2008 – Kepulangan perantauan disambut dengan senyuman serta buah tangan sempena program menyambut kepulangan perantauan di Lebuh Raya Timur-Barat Kg.Batu Melintang.

Majlis yang dianjurkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kelantan FM tersebut dirasmikan oleh YB.Dato’Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli,melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa lagi lain-lain agensi.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed meluangkan masa beliau hampir 1 jam untuk bersama-sama agensi terlibat menyampaikan sumbagan kepada pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena menyambut Aidilfitri y ...

More...

950 Mangsa Banjir Parlimen Jeli Dapat Pembelaan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 28 September 2008

IMG_7144.jpg

YB.Dato' Mustapa Mohamed Menyampaikan Sumbangan kepada Salah Seorang Mangsa Banjir

JENUB 28 SEPTEMBER 2008 – Seramai 950 penduduk Parlimen Jeli mendapat duit raya apabila di anggarkan sejumlah RM500,000 di bayar kepada mangsa banjir melalui Tabung Bencana Negara.

Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato' Mustapa Mohamed berkata, keseluruhan jumlah RM100 juta dibelanjakan itu telah pun dibayar kepada semua mangsa banjir di seluruh negara.

“Negeri Kelantan antara yang mendapat manfaat selain Johor serta lain-lain negeri yang di landa banjir.

Katanya, di Jeli sahaja sejumlah 950 mangsa banjir mendapat manfaat ini lebih-lebih lagi Syawal yang bakal di sambut tidak lama lagi.< ...

More...

Biro Pendidikan UMNO Bahagian Anjur Pertandingan Mengarang BM dan BI
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 27 September 2008

IMG_7100.JPG

Pelajar-Pelajar Darjah 6 Bagi Sekolah Rendah

BUKIT NANGKA 27 SEPTEMBER 2008 – Seramai 184 orang pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Darjah 6 dari sekolah-sekolah Parlimen Jeli terlibat dalam pertandingan menulis karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dekat sini, hari ini.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Jeli dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO Bahagian Jeli ini adalah secara tidak langsung melahirkan pelajar-pelajar yang pintar dalam menguasai kedua-dua bahasa  penting tersebut.

Hasil temubual bersama En.Hanafi Yunus, Pegawai Sektor Pembangunan, Pejabat Pendidikan Daerah Jeli, beliau berkata,hasil daripada program tersebut, tern ...

More...

R & R Kuala Balah Sempurna Di rasmikan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 26 September 2008

IMG_7062.JPG

YB.Dato' Mustapa Mohamed Menandatangani Plat Perasmian Sambil diperhatikan oleh YB.Aziz Derashid (Berbaju Unggu)

KUALA BALAH 26 SEPTEMBER 2008 – R & R Kuala Balah sempurna dirasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, dekat sini, semalam.

Pembinaan kawasan rehat yang menelan kos sebanyak RM 250,000 terbabit siap sepenuhnya 20 September 2008 lalu mempunyai 4 buah lot kedai yang bakal diisi dengan kedai makan dan minuman serta kedai runcit.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapannya berkata, dengan rasminya R & R ini dapat memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya terutama pengg ...

More...

Majlis Perasmian Musalla Kolej Komuniti Cawangan Jeli dan Majlis Berbuka Puasa Perdana
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 25 September 2008

IMG_7040.JPG

YB.Dato' Mustapa Mohamed Memotong Riben Perasmian Musalla Kolej Komuniti

BUKIT BUNGA 25 SEPTEMBER 2008 – Lebih 1000 orang telah menghadiri Majlis Perasmian Musalla Darul Ilmi Kolej Komuniti serta Majlis Berbuka Puasa Perdana di Bandar Baru Bukit Bunga, dekat sini, semalam.

Majlis yang bermula kira-kira jam 5.30 petang lagi diisi dengan majlis ceramah agama yang menyentuh soal-soal beribadat serta perkara-perkara yang disuruh dan dilarang ALLAH yang disampaikan oleh Ustaz Abdil Aziz dari Ahli Majlis Fatwa Mesir atau lebih dikenali Ustaz Mat Mesir dikalangan masyarakat di Jeli.

YB. Dato’ Mustapa Mohamed dalam ucapan beliau semalam berkata, beliau amat bersyukur kerana d ...

More...

Pegawai Khas YB.Dato' Mustapa Mohamed Sampaikan Sumbangan Aidilfitri
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 24 September 2008

IMG_0153.JPG

En.Ruji Ubi Menyampaikan Sumbangan Kepada Jabatan Kastam di Bukit Bunga 

PARLIMEN JELI 24 SEPTEMBER 2008 –Anak-anak Yatim serta seluruh jabatan kerajaan  Parlimen Jeli menerima sumbangan Aidilfitri yang disampaikan oleh En. Ruji bin Ubi, Pegawai Khas kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed, dekat sini, hari ini.

Sumbangan yang melalui Yayasan Kebajikan Negara tersebut disampaikan sendiri oleh En.Ruji Ubi ke setiap jabatan yang ada di Parlimen Jeli sepanjang hari ini.

Sehubungan dengan itu juga, En.Ruji Ubi juga turut menyampaikan zakat kepada 150 orang anak-anak yatim di Parlimen Jeli yang sudah memasuki kali kedua pada kali ini di Kompleks UMNO Bahagian Jel ...

More...

Majlis Berbuka Puasa Wanita UMNO Bahagian Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 24 September 2008

buka puasa wanita 1.JPG

Majlis Bacaan Yasin Sebelum Berbuka Puasa

BUKIT NANGKA 24 SEPTEMBER 2008 – hampir 250oang telah hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Nuzul Al-Quran yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO bahagian Jeli, dekat sini , semalam.

Majlis berbuka puasa tersebut bermula kira-kira jam 5.00 petang yang dimulakan dengan bacaan yasin oleh mereka yang hadir.

Hasil temubual bersama Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli, Pn.Roslinah Mohamed semalam, beliau berkata, majlis seumpama ini di adakan sempena merapatkan hubungan dengan masyarakat serta dikalangan ahli jawatankuasa pergerakan wanita.

Se ...

More...

Program YB.Dato' Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 23 September 2008

koleksi lawat 190908.jpg

Antara Koleksi Program YB.Dato' Mustapa 

PARLIMEN JELI 23 SEPTEMBER 2008 – Sepanjang berada di Parlimen Jeli selama dua hari pada 19 dan 20 september 2008, hampir 30 program telah dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, baru-baru ini.

Antara program tersebut adalah majlis penyampaian zakat kepada 1200 orang ibu tunggal dan 600 orang warga emas di Komplek UMNO Bahagian Jeli, lawatan dan pematauan projek pengubahsuaian pusat dakwah serta lawatan projek ayam Kg. Kelisar, ziarah kematian, ziarah orang-orang sakit dan kurang upaya, majlis berbuka puasa, solat berjemaah, serta ramah-mesra bersama masyarakat di sekitar Parlimen Jeli.

More...

PDK Beri Pendedahan Kepada Anak-Anak Istimewa Kepada Kehidupan Bermasyarakat.
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 23 September 2008

Picture 004.jpg

 

Dua Dari Kiri: YB. Aziz Derashid Menyampaikan Elaun Khas Kepada  Pelajar PDK

 

KUALA BALAH 23 SEPTEMBER 2008 - Ibu-bapa yang mempunyai anak istimewa disarankan supaya menghantar mereka ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK).

More...

R & R Kuala Balah Fasa Terakhir Pembinaan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 22 September 2008

Picture 017.jpg

Pekerja Membersihkan Lot Kedai

KUALA BALAH 22 SEPTEBER 2008 – Pembinaan R & R Kuala Balah hampir siap sepenuhnya semasa membuat liputan dekat sini, hari ini.

Pembinaan yang menelan kos hampir RM 200,000 tersebut dibawah projek Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR) dibina untuk kemudahan pengguna jalan alternatif ke selatan tanah air.

Projek yang mendapat perhatian dan pemantaun oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed ini akan dirasmikan oleh beliau sendiri yang dijangkakan berlangsung pada 25 september 2008 ini.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pembinaan R & ...

More...

Kandang Projek Ternakan Kambing berkelompok Kuala Balah Dalam Pembinaan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 22 September 2008

Picture 022.jpg

Kandang Yang Masih Dalam Pembinaan

KUALA BALAH 22 SEPTEMBER 2008 – Kandang kambing bagi Projek Ternakan Kambing Berkelompok Fasa Pertama Parlimen Jeli bagi DUN Kuala Balah masih lagi dalam fasa pembinaan, semmasa membuat liputan dekat sini, hari ini.

Projek Ternakan Kambing Berkelompok Parlimen Jeli yang kini telah memasuki fasa ke dua, adalah hasil kesungguhan Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bagi menggalakkan masyarakat Parlimen Jeli terlibat dalam aktiviti pertanian dan ternakan.

Selain DUN Kuala Balah, terdapat 2 buah DUN lagi yang terlibat iaitu DUN Bukit Bunga d ...

More...

Warga Emas Juga Dapat Perhatian YB.Dato' Mustapa Mohamed
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 20 September 2008

warga emas 1.JPG

YB.Dato' Mustapa Mohamed Menyampaikan Sumbangan

BUKIT NANGKA 20 SEPTEMBER 2008 – Seramai 600 orang warga emas di Parlimen Jeli menerima sumbangan zakat daripada YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, dekat sini, semalam.

Majlis yang di adakan khas untuk generasi vateren tersebut juga merupakan acara tahunan yang selalu di adakan untuk mereka yang berumur di Parlimen Jeli.

Majlis yang berlangsung di Kompleks UMNO Bahagian Jeli itu semalam diserikan dengan slot ceramah agama yang di sampaikan oleh Ustaz Mat Che Kob.

Sehubungan dengan itu, semalam juga memuatkan sesi penyamaian zakat kepada 1200 orang ibu t ...

More...

1200 Ibu Tunggal Terima Zakat
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 19 September 2008

P9170305.JPG

YB.Dato' Mustapa Menyampaikan Zakat Kepada Ibu Tunggal

BUKIT NANGKA 19 SEPTEMBER 2008 – Seramai 1200 orang Ibu Tunggal Parlimen Jeli hari ini menerima sumbangan zakat sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Majlis Penyampaian Zakat tersebut disempurnakan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed selaku Ahli Parlimen Jeli yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di Kompleks UMNO Bahagian Jeli pagi tadi.

Dalam majlis yang sama, YB.Dato’ Mustapa Mohamed menyeru kepada masyarakat Parlimen Jeli umumnya bersatu-padu dalam mengekalkan serta mengeratkan tali persaudaraan yang sedia ada dapat diperkukuhkan.

Hal yang demi ...

More...

6 Kelompok Ternakan Ayam Parlimen Jeli Terima Ternakan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 18 September 2008

P9160271.JPG

Norazima Nordin Antara Peserta Ternaka Ayam Berkelompok Parlimen Jeli

SUNGAI RUAL MELAYU 18 SEPTEMBER 2008 – Sebanyak 6 kelompok Peserta Ternakan Ayam Berkelompok Parlimen Jeli menerima anak ayam untuk dipelihara, dekat sini hari ini.

Terdapat tiga buah DUN yang terlibat dalam pengagihan bantuan anak ayam terbabit iaitu DUN Bukit Bunga, DUN Air Lanasdan DUN Kuala Balah masing-masin dua buah kampung setiap DUN.

Bagi DUN Bukit Bunga melibatkan Kg. Kelisar dan Kg. Bendang Keladi manakala DUN Air Lanas pula melibatkan Kg. Kalai dan Kg. Sungai Rual Melayu serta bagi DUN Kuala Balah pula melibatkan Kg. Kubur Datu dan Kg. Lubok Bongor.

Kesem ...