Carian  
23 November 2008 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Buletin Jeli Minimize
Author: umnojeli_admin Created: 08 September 2006
Buletin Jeli

Program Lawatan YB. Dato' Mustapa Mohamed
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 01 September 2008

copy1.jpg

Koleksi Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed

PARLIMEN JELI 01 SEPTEMBER 2008 – Kira-kira 15 program telah dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sempena pulang ke Parlimen Jeli, sabtu lalu.

Seperti kebiasaan, aktiviti YB.Dato’ Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli adalah melibatkan pertemuan dengan masyarakat, agensi-agensi kerajaan, NGO, lawatan pemantauan projek-projek pembangunan dan sebagainya.

Program pertama di Parlimen Jeli ialah ramah-mesra bersama rakyat di gerai 12 di Kg.Bukit Bunga dan di ikuti pula lawatan projek baik-pulih Pusat Dakwah Parlimen Jeli.Tidak berhenti di situ, program di teruskan dengan lawatan dan ramah-mesra bersama pegawai di CIQ ( Cust ...

More...

Teguran Kepada Pemaju Demi Keselesaan Rakyat
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 01 September 2008

P8280079.JPG

Gambaran Hadapan R&R Kuala Balah

KUALA BALAH 01 SEPTEMBER 2008 – Pembinaan hentian rehat R & R Kuala Balah hampir siap sepenuhnya sewaktu membuat tinjauan bersama YB.Dato’ Mustapa Mohamed, baru-baru ini.

YB.Dato’ Mustapa dalam program pemantauan tersebut membuat beberapa teguran berguna untuk keselesaan pengguna yang akan menggunakan kawasan rehat terbabit. Antara tegurannya ialah berkenaan jalan keluar-masuk kawasan rehat terbabit hanya dibuat satu jalan sahaja dan YB.Dato’ Mustapa Mohamed segera menghubungi pemaju yang berkaitan supaya membuat dua laluan jalan yakni satu jalan masuk dan satu lagi jalan keluar supaya memudahkan pengguna serta memberi keselesaan kepada pengguna.

More...

60 Orang Sertai Kursus Ternakan Kambing Boer Secara Komersil
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 29 Ogos 2008

P8260042.JPG

Dr. Mahmad Menyampaikan Ceramah Kepada Peserta

BUKIT NANGKA 29 OGOS 2008 – Seramai 60 orang masyarakat Parlimen Jeli yang melalui Pusat Pembangunan Sosial Ekonomi Parlimen Jeli telah menyertai Kursus Penternakan Kambing yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI ), dekat sini, semalam.

Kursus yang bermula jam 9.00 pagi tersebut, memuatkan pelbagai intipati dan perbincangan serta taklimat berkenaan ternakan kambing termasuklah cara mengurus ternakan, pembiakkan kambing, dan kesan-kesan yang positif hasil ternakan serta input-input yang berguna.

Hasil taklimat yang di sampaikan oleh Dr. Mahmad Mustafa dari MARDI berkenaan penternakan ...

More...

Murid-Murid Sekolah Kebangsaan Batu Melintang Sertai Perarakan Kemerdekaan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 28 Ogos 2008

DSC03343.JPG

En.Noordin Memerhati Perarakan Murid-Murid Beliau.

BATU MELINTANG 28 OGOS 2008 – Seramai 780 orang pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsan Batu Melintang telah menyertai perarakan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dekat sini, semalam.

Majlis semalam merupakan majlis kemuncak sempena menyambut kemerdekaan kali ke 51 pada tahun ini yang dirasmikan oleh Guru Besar  sekolah terbabit, En.Noordin bin Mustaffa.

Sempena menyambut kemerdekaan pada tahun ini, pihak sekolah telah memulakan program sejak awal bulan lagi yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya seperti pertandingan mewarna, pertandingan menulis sajak, pertandinga ...

More...

PUSPA Tani Tambah Maklumat Petani Dan Penternak
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 28 Ogos 2008

DSC02336.jpg

Pegawai Dari Jabatan Veterinar Menyampaikan Kursus

GEMANG 28 OGOS2008 – Seramai 16 orang telah menghadiri kursus ternakan lembu di Pusat Urusan Sehenti dan Perkhidmatan Agro Tani (PUSPA Tani) Parlimen Jeli, dekat sini, semalam.

Kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada penternak yang baru ingin menceburi bidang penternakan lembu.

Sehubungan dengan itu juga, peserta kursus akan didedahkan dengan cara-cara penternakan lembu dengan terurus dan bersistematik serta penjagaan lembu dengan baik.

Bagi seorang peserta ...

More...

Abdul Somad Pengusaha Tanaman Herba Pertama Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 27 Ogos 2008

Picture 031.jpg

Abdul Somad Menunjukkan Tanaman Herba Beliau Di Tanah Seluas Satu Setengah Ekar

WAKAF ZING 27 OGOS 2008 – Abdul Somad Abdullah,46, merupakan pengusaha Tanaman Herba Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) yang pertama di Parlimen Jeli, sewaktu ditemui, dekat sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau juga merupakan Ketua Kelompok Projek Limau Madu, Ayer Lanas, yang kini telah mencecah hampir 4 tahun.

Projek Tanaman Misai Kucing tersebut merupakan projek percubaan hasil kerjasama denga ...

More...

Sehati Wanita Jeli Rawat Penyakit Hati
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 27 Ogos 2008

RIMG0121.JPG

Antara Yang Hadir

JENUB 27 OGOS 2008 – Seramai 75 orang telah menyertai Program Sehati wanita Jeli dekat sini, semalam.

Ceramah di sampaikan oleh Ustazah Hjh. Sharifah Che Bedollah yang telah menyentuh beberapa perkara penting berhubung dengan perkara-perkara fardhu ain terutama rawatan penyakit hati sebagai penerusan kepada sidang-sidang yang lalu.

Selain itu, majlis juga turut membincangkan persediaan yang seharusnya dilakukan oleh masyarakat Islam dalam menghadapi bulan ramadhan yang mulia September nanti.

Peserta yang hadir juga didedahkan dengan sifat-sifat yang terpuji yang agar dapat menjauhi sifat-sifat yang dikeji oleh ALLAH ...

More...

Peserta Projek Kambing Berkelompok Fasa II Dihantar Berkursus
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 26 Ogos 2008

P8240034.JPG

Sesi Bergambar Sebelum Bertolak Ke Pengkalan Hulu

 PUSPA Tani 26 OGOS 2008 – Seramai 15 orang penternak bagi Projek Ternakan kambing Berkelompok Fasa II telah dihantar berkursus di Pengkalan Hulu, Perak dekat sini, hari ini.

Kesemua mereka bertolak menggunakan kenderaan UMNO Bahagian Jeli lebih kurang jam 10.00 pagi tadi dan akan berada disana selama 3 hari 2 malam.

Kursus yang berlangsung di Ladang ternakan Kambing, Kampung Bukit Serdang ini secara praktikalnya akan memberi pendedahan secara langsung terhadap cara-cara penternakan dan penjagaan kambing secara teratur dan efektif.

Hal yang demikian juga, hasil temubual bersam ...

More...

Taklimat Projek Ternakan Ayam Di PUSPA Tani
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 26 Ogos 2008

P8240037.JPG

Dua Dari Kanan: En.Nordin Mahamud Mempengerusikan Taklimat

PUSPA Tani 26 OGOS 2008 – Satu taklimat berkenaan Projek Ternakan Ayam Berkelompok Fasa I telah di adakan, dekat sini, hari ini.

Taklimat tersebut di pengerusi oleh Pegawai Khas YB.Dato’ Mustapa Mohamed, En. Nordin Mahamud bersama dua orang pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta Pegawai Khas Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi, En. Mustafa Musa.

Taklimat disampaikan kepada lebih kurang 10 orang ketua projek ternakan bagi menjayakan projek tersebut.Penerangan serta perbincangan yang rapi telah dibuat bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sehubungan den ...

More...

Lawatan Kerja Jeneral Tentera Darat Thailand Ke Malaysia
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 25 Ogos 2008

IMG_5859.JPG

Dari Kanan: Tan Sri Muhammad Ismail Berjabat Salam Bersama Jeneral Anuphong

BUKIT BUNGA 25 OGOS 2008 – Panglima Angkatan Tentera Darat Thailand Jeneral Anuphong Paojinda bersama 13 pegawai kanan Angkatan Tentera Negara berkenaan mengadakan lawatan kerja sehari ke kawasan sempadan Malaysia-Thailand, hari ini.

Ketibaan beliau, bersama deligasi tersebut di sambut oleh Panglima Tentera Darat Malaysia ( ATM) Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin di Jambatan Muhibbah yang menghubungkan Malaysia – Thailand di Bukit Bunga pagi tadi.

Rombongan berkenaan kemudian dibawa ke Pengkalan Pendaratan Helikopter di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga untuk dibawa ke K ...

More...

Unit Hidupan Liar ( WPU) Pertama Di Malaysia
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 25 Ogos 2008

IMG.JPG

YB.Aziz Derasyid Menyampaikan Sijil Pengiktirafan Ahli WPU

JELI 25 OGOS 2008 - Satu Unit Perlindungan Hidupan Liar (WPU) pertama di Malaysia yang terdiri daripada 21 masyarakat kampung Lubok Bongor ditubuhkan dekat sini dalam usaha mengurangkan konflik antara penduduk tempatan dengan hidupan liar baru-baru ini.

Ketua Pengarah Eksekutif WWF, Malaysia, Dato' Dr. Dionysius Sharma berkata, unit ini berfungsi sebagai pengawal dan melakukan rondaan pada waktu malam di sepanjang jalan dan sungai bersenjatakan alatan asas seperti lampu suluh, hon dan haler untuk mencipta bunyi bising bagi menghalau gajah.

“Kumpulan yang terdiri dari petani hinggalah ahli perniagaan dilatih serta dedahkan dengan kaedah –kaedah ...

More...

Tanaman Anggur Dan Ternakan Lintah Taman PUSPA Tani
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 24 Ogos 2008

P8220013.JPG

Pokok Anggur yang Ditanam Di PUSPA Tani

PUSPA Tani 24 OGOS 2008 – Agak menarik perhatian ramai apabila pokok anggur telah mula ditanam di Taman PUSPA Tani, sewaktu membuat tinjauan, dekat sini, hari ini.

Hasil temubual bersama Pegawai penyelaras Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli, En. Amsyar Othman, berkata, pokok tersebut mula dibawa oleh pihak Jabatan Pertanian pada minggu lalu.

“Ia agak menarik perhatian ramai…pada musim cuti sekolah, ramai yang mengunjungi taman ini, ia adalah dikalangan pengguna lebuhraya Timur-Barat yang berhenti rehat di sini ( R & R Gemang)” katanya.

“selain pokok anggur, pihak Jaba ...

More...

50 Orang Terima sumbangan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 24 Ogos 2008

IMG_0911.JPG

Pelajar Menerima Sumbangan Mewakili YB.Dato' Mustapa Mohamed

BANDAR JELI 24 OGOS 2008 – Seramai 50 orang pelajar, fakir miskin, warga emas dan golongan yang memerlukan menerima sumbangan sempena Majlis Penutup Program Basikalthon baru-baru ini.

Pengerusi Belia Bandar Jeli, Wan Thakormunshi Wan Mustafa ketika ditemui berkata, sumbangan yang di berikan merupakan salah satu usaha untuk meringankan beban golongan yang memerlukan di Parlimen Jeli

“Sumbangan ini merupakan inisiatif Dato’ Mustapa Mohamed selaku Ahli Parlimen Jeli dengan kerjasama, Pertubuhan Penggerak Generasi Muda(M) Kelantan dan Persatuan Belia Bandar Jeli.

Katanya, tujuan ...

More...

Basikalthon Rakan Muda Didik Peserta Hayati Kemerdekaan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 23 Ogos 2008

IMG_5202.JPG

100 Orang Peserta Basikalthon Jeli 2008

BANDAR JELI 23 OGOS 2008 – Bagi menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-51 pada tahun ini, peserta –peserta Program Basikalthon Rakan Muda yang berlangsung, semalam di didik menghayati erti kemerdekaan, dekat sini baru-baru ini.

Pengarah Progam, Malika Abdul Malek merangkap Timbalan Presiden Pertubuhan Penggerak Generasi Muda(M) Kelantan ketika di temui berkata, setiap hentian yang perlu di lalui peserta di selitkan dengan unsur-unsur patriiotik serta kemerdekaan.

“Peserta-peserta di didik supaya dapat berfikir tentang kemerdekaan lebih –lebih lagi kepada golongan muda.

Katanya, kaedah ini merupakan salah satu cara untuk men ...

More...

Gonzales VI Gegarkan Bandar Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 22 Ogos 2008

IMG_5575.JPG

Kiri: En.Ruji Ubi Melepaskan Rombongan Ekspidisi Gonzales VI

JELI 22 OGOS 2008 – Ekspedisi Gonzales VI mengegarkan Jeli apabila sejumlah lebih 202 pacuan empat roda singgah di Padang Istiadat Bandar Jeli melalui acara pelepasan kedua yang di lepaskan oleh Pegawai Khas Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, En. Ruji Ubi, dekat sini, semalam.

Penyeleras Teknilkal Program, Zulkifli Mohd Ali ketika ditemui berkata, ekspedisi pada kali ini cukup mencabar ketahanan peserta.

“Trek laluan baru di teroka bagi memberikan satu cabaran dan pengalaman berguna kepada peserta, inilah yang dinamakan cabaran ekstrem.

Katanya,& ...

More...

PUSPA Tani Anjur Kursus Ternakan Ikan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 21 Ogos 2008

IMG_0814.JPG

Taklimat Dari En.Hamat

GEMANG 21 OGOS 2008 – Seramai 15 orang telah menyertai Kursus Asas Ternakan Ikan bertempat di PUSPA Tani dekat sini, hari ini.

Kursus tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perikanan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Parlimen Jeli dengan tujuan memberi pendedahan kepada penternak yang baru sahaja ingin berkecimpong dengan bidan ternakan ikan.

Sehubungan dengan itu juga, kursus ini secara langsung memberi pendedahan yang lengkap tentang cara-cara penternakan ikan termasuklah dari aspek menternak, penjagaan ternakan, pemakanan ikan, jenis-jenis air yang sesuai untuk ternakan dan sebagainya.

Kursus ternaka ...

More...

Kem Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Ayer Lanas 2008
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 20 Ogos 2008

Picture 006.jpg

Dr.Sahrol Sewaktu Menyampaikan Ucapan

AIR CHANAL 20 OGOS 2008 – Seramai 100 orang warga emas telah hadir memeriksa kesihatan mereka dekat sini, hari ini.

Kehadiran mereka adalah sempena Kem Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Ayer Lanas 2008 yang dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Ayer Lanas. Air Chanal pada kali ini merupakan tuan rumah kepada program tersebut.

Terdapat 3 buah kampung yang terlibat dalam program ini iaitu Kampung Legeh, Kampung Sg.Satan dan Kampung Air Chanal.Program tersebut dirasmikan oleh Pegawai Perubatan Dan Kesihatan Klinik Ayer Lanas, Dr. Sahrol Nizam Bin Abu Bakar.

Hasil temubual ...

More...

Usahawan IKS Anjur Kursus Pembuatan Kek dan Biskut
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 20 Ogos 2008

Picture 019.jpg

(Kanan) Ishak Bergambar Bersama Peserta Kursus Di Bengkel Milik Beliau

RENYUK 20 OGOS 2008 – Seramai 20 orang dari Kampung Seting, Renyuk telah mengikuti Kursus Membuat Biskut dan Kek dekat sini, hari ini.

Kursus tersebut di anjurkan bersama oleh Bengkel IKS yang dimiliki oleh Ishak Abu Hanifah bersama isteri, dan Pejabat RISDA.

Kursus ini dianjurkan adalah bertujuan untuk membantu penduduk meningkatkan sumber pendapatan mereka.

“..inilah yang kita usahakan..kursus ini diharap dapat memberi pengetahuan tentang cara-cara pembuatan kek dan biskut”

“ia secara tidak langsung dapat mela ...

More...

Peserta Ternakan Ayam Berkelompok Parlimen Jeli Sertai Kursus di Institut Ternakan Ayam Johor Bharu
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 19 Ogos 2008

DSC02311.JPG

Peserta Kursus Bergambar Sebelum Bertolak Ke Johor Bharu

GEMANG 19 OGOS 2008 – Seramai 26 orang Peserta Ternakan Ayam Berkelompok Parlimen Jeli telah menyertai Kursus di Institut Kemajuan Ternakan Ayam di Johor Bharu, dekat sini, semalam.

Kursus 3 hari 2 malam ini akan memberi pendedahan kepada penternak tentang pengurusan ternakan ayam termasuklah dari segi penjagaan kesihatan, pemakanan, dan sebagainya.

Peserta seramai 26 orang ini terdiri daripada 21 orang lelaki dan selebihnya terdiri daripada wanita.Kesemua yang terlibat ini adalah dikalangan mereka yang akan mengusahakan ternakan ayam secara berkelompok di Parlimen Jeli dan mereka yang terpilih adalah melibatkan ...

More...

Sehati Wanita Jeli Pillihan Tepat
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 19 Ogos 2008

RIMG0094.JPG

Antara Yang Hadir

JENUB 19 OGOS 2008 – “..hati manusia bermacam-macam jenis ada yang baik dan ada pula yang tidak baik” kata Ustazah Sharifah Che Bedollah dalam Program sehati Wanita Jeli yang berlangsung di Pusat Dakwah Parlimen Jeli , dekat sini, hari ini.

Sebagai sambungan kepada minggu yang lepas, Usatazah Sharifah hari ini meneruskan lagi perbincangan berhubung dengan penyakit hati yang dialami oleh manusia ciptaan ALLAH S.W.T di muka bumi ini.

Sehubungan dengan itu juga, ustazah juga turut mebuat pendedahan berhubung dengan perbuatan atau perlakuan serta sifat-sifat munafik yang seharusnya dijauhi oleh seluruh umat Islam di dunia ini.

More...

YB.Dato' Mustapa Gembira Kedatangan Warga Parlimen Jeli di MAHA 2008
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 18 Ogos 2008

P8150101.JPG

YB.Dato' Mustapa Menyampaikan Ucapan Kepada Peserta Lawatan

 

BUKIT NANGKA 18 OGOS 2008 – Seramai 100 orang peserta telah menyertai program lawatan sambil belajar di Malaysia Agriculture Horticulture Agrotourism Show 2008 (MAHA 2008) Serdang,Selangor, semalam. ...

More...

Sesi Taklimat Bersama Setiausaha Politik YB.Dato' Mustapa Mohamed
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 18 Ogos 2008

P8150068.JPG

Kiri: Dr.Azmi (Berucap) Bersama Urusetia Lawatan Roslan Mohamed  

KUALA LUMPUR 18 OGOS 2007 – Satu sesi taklimat lawatan telah diadakan di bilik seminar, Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur dekat sini malam semalam.

Sesi taklimat tersebut diadakan oleh pihak urusetia lawatan sambil belajar di MAHA 2008, Serdang, Selangor bagi menjamin kelancaran perjalanan rombongan lawatan serta menerangkan etika sewaktu berada di tapak pameran terbabit.

Dalam Majlis yang sama, turut hadir, Dr.Azmi Setapa, Setiausaha Politik kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang turut menyampaikan sepatah-dua kata kepada peserta lawatan yang hadir.

“..tuan-t ...

More...

Pembinaan Kandang Bagi Projek Kambing Berkelompok Kg.Kelisar Siap Sepenuhnya
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 17 Ogos 2008

DSC00715.JPG

Kandang Yang Telah Siap Dibina

KELISAR 17 OGOS 2008 – Pembinaan kandang kambing bagi Projek Ternakan Kambing Berkelompok Parlimen Jeli telah siap sepenuhnya, sewaktu pemantauan projek oleh En.Nordin Mahamud, Pegawai Khas Kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed, dekat sini semalam.

Kampung Kelisar merupakan kampung yang diletakkan dibawah projek khas YB.Dato’ Mustapa Mohamed bagi menggalakkan muda-mudi di kampung terbabit terlibat dalam aktiviti pertanian.

Selain Kampung Kelisar, terdapat 3 buah DUN yang terlibat dalam projek ternakan ini antaranya DUN Bukit Bunga, DUN Air Lanas dan DUN Kuala Balah. Hasil tinjauan tersebut, kandang telah siap sepenuhnya dan hanya menunggu masa ...

More...

Kembara Merdeka 2008
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 16 Ogos 2008

P8130059.JPG

Bersiap Sedia Untuk berlepas Dari Kompleks UMNO Bahagian Jeli

BUKIT NANGKA 16 OGOS 2008 – Kira-kira 150 buah motosikal berkuasa tinggi telah memenuhi Kompleks UMNO Bahagian Jeli , dekat sini, semalam.

Rombongan tersebut adalah dari Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi dari Kota Bharu dalam Program Kembara Merdeka 2008 sempena bulan kemerdekaan menuju ke Pusat Peranginan Lata Stong di Gua Musang.

Rombongan tersebut berhenti rehat seketika di Kompleks UMNO Bahagian Jeli bagi makan tengahari bersama kakitangan UMNO Bahagian Jeli.

Setelah selesai makan tengahari dan solat jumaat di Masjid Bukit Bunga, rombongan tersebut meneruskan kembara mere ...

More...

Bukit Jering Kampung Angkat " I Curve U "
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 15 Ogos 2008

P8120061.JPG 

Wan Amalina Syamie Wan Aziz Menunjukkan Cara-Cara Menggunakan Portal I Curve U kepada En.Hamad Bin Mat Jais

BUKIT JERING 15 OGOS 2008 –  Kampung Bukit Jering Parlimen Jeli antara salah sebuah kampung yang terpilih di Negeri Kelantan sebagai kampung angkat “ I Curve U” dibawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Penyelaras Program, Pn.Noor Shafina Shafie, sewaktu ditemui semalam berkata, terdapat 2 lagi kampung terpilih dalam program tersebut, antaranya Kampung Gual Ipoh, Tanah Merah dan Kampung Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan. 

Program yang telah dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abd ...

More...

Kuliah Jumaat Wadah Ilmu Masyarakat Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 15 Ogos 2008

RIMG0085.JPG

Masing-Masing Melihat Buku Panduan Bacaan

JENUB 15 OGOS 2008 – Seramai 164 orang telah menyertai Program Kuliah Jumaat yang dianjurkan oleh pengurusan Pusat dakwah Parlimen Jeli dekat sini, hari ini.

Hari ini Ustazah Hjh.Sharifah Che Bedollah mengupas intipati Surah Al-Inssan yang mana dapat disimpulkan bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T dan akan mendapat ganjaran daripada ALLAH S.W.T  bagi orang-orang yang mengikuti petunjuk –Nya.

Sambutan yang amat membanggakan semua pihak setiap kali kuliah jumaat berlangsung dan ia sekaligus menggambarkan kejayaan program yang dianjurkan serta secara tidak langsung mencapai hasrat YB.Dato’ ...

More...

Mangsa Ribut Dapat Perhatian YB.Dato' Mustapa Mohamed
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 14 Ogos 2008

P8120074.JPG

En.Ruji Ubi Menyampaikan Sumbangan Kepada Salah Seorang Yang Ditimpa Bencana

NIBONG 14 OGOS 2008 – “….deruman angin yang datang umpama bunyi helikopter yang terbang rendah…” kata, Stapa Yussof,65 tahun, sewaktu ditemui dikediaman beliau yang musnah akibat rebut kencang yang melanda dekat sini,baru-baru ini.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam pada rabu lalu, menerbangkan keseluruhan bumbung rumah beliau yang diduduki oleh beliau dan isteri serta 2 orang cucu dan menantu amat mengejutkan beliau dan keluarga.

Hasil temubual bersama beliau, sebelum ribut tersebut, beliau telah mengarahkan keluarga beliau ke rumah jiran yang agak lebih selamat dan hampir 5 minit mereka kelu ...

More...

Kitab Penawar Bagi Hati
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 13 Ogos 2008

RIMG0039.jpg

Peserta Khusyuk Meneliti Buku Panduan

JENUB 13 OGOS 2008 – Seramai 40 orang telah menyertai Program Kitab Penawar Hati yang di anjurkan oleh Pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli, dekat sini, hari ini.

Program yang diatur dan yang dianjurkan ini adalah semata-mata memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat di Parlimen jeli dan sentiasa melalui detik-detik kehidupan dengan perkara-perkara yang mulia.

Sudah menjadi hasrat YB.Dato’ Mustapa Mohamed agar Pusat Dakwah Parlimen Jeli menjadi satu wadah dan tempat penyebaran ilmu agama dan sebagai medan menuntut ilmu bagi seluruh masyarakat Jeli.

Seperti kebiasaannya, program ini merupakan pr ...

More...

160 Orang sertai Sehati Wanita Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 12 Ogos 2008

P8100053.JPG

Ucapan Dari Pengurus Pusat Dakwah Sebelum Memulakan Majlis

JENUB 12 OGOS 2008 – Program Sehati Wanita Jeli hari ini diteruskan lagi dengan topik-topik yang agak menarik dekat sini, hari ini.

Sambungan kepadam minggu lepas, topic hari ini membincangkan soal penyakit hati dan rawatannya.Minggu lepas, Ustazah Hjh.Sharifah mengupas beberapa perkara penting berkenaan hati, antaranyanya jenis hati kering, hati keras, dan hati yang basah.Minggu ini sebagai sambungan kepada episod yang lepas, beliau mengupas lagi soal penyakit hati dan rawatan.

Di samping perbincangan tersebut, ustazah juga mengupas tentang sifat-sifat munafiq dan yang seharusnya dijauhi oleh umat Islam.Sifat ...

More...

Petani Parlimen Jeli Sertai Lawatan ke MAHA 2008
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 11 Ogos 2008

P8090063.JPG

Antara Peserta Lawatan MAHA 2008

JELI 11 OGOS 2008 – Seramai 38 orang dari masyarakat Parlimen Jeli yang dipilih oleh Jabatan Pertanian Daerah Jeli dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sosio-Ekonomi Jeli menyertai lawatan ke Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show 2008 (MAHA 2008) di Serdang, Selangor, yang selamat bertolak dari Pejabat Pertanian Daerah Jeli, dekat sini, hari ini.

Mereka yang terpilih adalah di kalangan peserta projek ternakan di Parlimen Jeli yang secara tidak langsung membuka minda mereka berhubung dengan pertanian Negara. Pameran terbesar di Asia Tenggara ini mempamerkan pelbagai aktivi pertanian Negara antaranya bidang ternakan, pertanian, dan pelbagai lagi ind ...

More...

YB.Dato' Mustapa Mohamed Rasmi Majlis Perjumpaan Khas Kepimpinan Pelajaran Kelantan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 10 Ogos 2008

P8090052.JPG

YB.Dato' Mustapa Mohamed Menyampaikan Sumbangan Kepada Wakil SMK.Batu Melintang

BUKIT BUNGA 10 OGOS 2008 – Majlis Perjumpaan Khas, Kepimpinan Pelajaran Kelantan bersama pengetua, guru besar serta AJK PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Jeli dan Kawasan KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) sempurna di rasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, di Dewan SMK.Bukit Bunga, dekat sini, hari ini.

Majlis tersebut diadakan sempena penyampaian bantuan kecemerlangan kepada kira-kira 41 buah sekolah yang berada di Parlimen Jeli dan kawasan KESEDAR, dibawah peruntukkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) sebanyak RM 113 ...

More...

Kuliah Jumaat Sentiasa Dapat Sambutan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 08 Ogos 2008

RIMG0070.JPG

Peserta Khusyuk Melihat Buku Panduan Tajwid

JENUB 08 OGOS 2008 – Seramai 100 orang telah menyertai kuliah jumaat yang di anjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli dekat sini hari ini.

Kuliah jumaat yang di adakan semalam di pimpin oleh Ustazah Hjh. Sharifah Che Bedollah yang mengadakan bacaan Surah Sejaddah secara bergilir-gilir oleh setiap yang hadir di kuliah terbabit.

Sehubungan dengan itu, teknik ini dapat membantu perserta meningkatkan kualiti bacaan serta teguran terus dapat dibuat sekiranya terdapat kesalahan pada bacaan.Inilah antara faktor yang menarik ramai peserta kuliah kerana masing-masing ingin membaiki kelemahan dalam bacaan terutama dari segi t ...

More...

Pelajar Perempuan SMK.Batu Gajah Sertai Program Insan Kamil Pusat Dakwah
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 07 Ogos 2008

RIMG0067.JPG

Antara Pelajar Yang Mengikuti Program

JENUB 07 OGOS 2008 – Seramai 50 orang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu gajah telah mengikuti Program Insan Kamil, yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli dekat sini hari ini.

Seperti program-program yang lain yang di anjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli, ia mempunyai agenda yang sama iaitu memajukan Parlimen Jeli dari aspek ilmu dan keagamaan, perbedaannya Cuma program ini lebih menfokuskan golongan muda atau lebih jelasnya dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Antara intipati program hari ini, para pelajar akan didedahkan dengan perkara-perkara yang menyebabkan dosa-dosa besar, cara-cara ...

More...

Sehati Wanita Jeli-Program Berterusan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 06 Ogos 2008

RIMG0053.JPG

Antara Yang Hadir Program Pada Terbabit

JENUB 06 OGOS 2008 – Seramai 124 orang di kalangan wanita Parlimen Jeli telah menyertai Program Sehati wanita Jeli dekat sini, semalam.

Program mingguan yang sentiasa mendapat perhatian dan pemantauan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed ini sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja di kalangan masyarakat Parlimen Jeli untuk mengikuti program agama secara sukarela.

Seperti program-program lain, Sehati Wanita Jeli juga sentiasa dipenuhi dengan hadirin termasuk para pelajar dari Kolej Komuniti Cawangan Jeli yang turut sama menyertai program tersebut.Program keagamaan ini secara tidak langsung membentuk masyarakat yang berilmu dan bermoral.&l ...

More...

Solat Jumaat YB.Dato' Mustapa Bersama KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 05 Ogos 2008

IMG_2140.jpg

Keberangkatan Tiba Y.M.M TUANKU ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

JELI 05 OGOS 2008 – Sempena baliknya YB.dato’ Mustapa Mohamed pada jumaat lalu, beliau sempat solat jumaat bersama AL-Sultan Kelantan KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA dan Raja Mahkota Kelantan YANG TERAMAT MULIA TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA D.K., S.P.M.K, dekat Masjid Bandar Jeli, Baru-baru ini.

YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang sentiasa rapat dengan pihak Istana Kelantan bersama-sama KEBAWAH DULI TUANKU serta rakyat jelata menunaikan solat jumaat. KEBAWAH DULI TUAKU ISMAIL PETRA sentiasa turun ke Jeli bagi melihat keadaan rakyat jelata dibawah naugan.Keprihatinan TUANKU ISMAIL PETRA ...

More...

Unit Bagunan Hemodialisis Hospital Jeli Sempurna Di Rasmikan Oleh YB.Dato' Mustapa Mohamed
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 04 Ogos 2008

Picture 005.jpg

YB.Dato' Mustapa Mohamed Menandatangani Plak, Sempena Mersmikan Unit Bangunan Hemodialisis Hospital Jeli

JELI 04 OGOS 2008 – Majlis Perasmian  Bangunan Unit Hemodialisis Hospital Jeli sempurna di rasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, dekat sini semalam.

Unit baru yang ditubuhkan tersebut adalah secara khususnya memberi kemudahan alatan perubatan khususnya untuk masyarakat sekitar Parlimen Jeli terutama bagi mereka-mereka yang mengidap penyakit buah pinggang.

Sebanyak 4 buah mesin hemodialisis dibekalkan kepada pihak hospital untuk membantu pesakit b ...

More...

Program YB.Dato' Mustapa Di Parlimen Jeli Semalam
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 03 Ogos 2008

editdato1.jpg

Antara Koleksi Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed Semalam

PARLIMEN JELI 03 OGOS 2008 – Setiba sahaja di Parlimen Jeli setelah manghadiri majlis di Kota Bharu, YB.Dato’ Mustapa terus sahaja ke majlis kenduri perkahwinan iman muda di Kg.Jedok dekat sini semalam.

Selesai sahaja ramah-mesra di rumah terbabit, YB.Dato’ Mustapa bergerak pula sempat beramah-mesra bersama masyarakat di kedai kopi Pok Yeh yang juga di Kg. Jedok.

Program lawatan YB.Dato’ diteruskan dengan ziarah kematian di rumah arwah Che Moh Kg.Maskura, Wakaf Zing.Selesai di sana, YB. Dato’ Mustapa bergerak pula ke Masjid Nibong untuk solat asar berjemaah bersama masyarakat Kg. Nibong.

More...

Program Lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 02 Ogos 2008

lawatan YBDato2.jpg

Koleksi Gambar Lawatan YB.Dato' Mustapa

PARLIMEN JELI 02 OGOS 2008 – Sepanjang berada di Parlimen Jeli selama 2 hari sebanyak 27 program telah di hadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed dekat sini semalam.

Pada 01hb Ogos 2008, sebanyak 19 program telah dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, antaranya melibatkan ziarah masyarakat Parlimen Jeli yang uzur serta ramah-mesra bersama masyarakat.Program pertama YB.Dato’ Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli ialah solat jumaat bersama Yang Mulia Al-Sultan Negeri Kelantan serta masyarakat sekitar.di Masjid Bandar Jeli.Program di teruskan pula dengan Majlis Minum Petang bersama pegawai dan anggota di Kem Regimen ke 2 Sempadan Batu Melintang ...

More...

160 Orang Hadiri Kuliah Jumaat
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 01 Ogos 2008

RIMG0010.JPG

Antara Yang Hadi Mengikuti Kuliah

JENUB 01 OGOS 2008 – Seramai 160 orang dikalangan masyarakat dari Parlimen Jeli telah menghadiri kuliah jumaat yang di anjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli dekat sini hari ini.

Seperti minggu-minggu sebelumnya, kuliah jumaat sentiasa mendapat sambutan di kalangan masyarakat sekitar Parlimen Jeli.Di samping mendapat ilmu agama mereka juga dihiburkan dengan celoteh Ustazah Sharifah yang mampu menarik hati mereka di samping mesej keagamaan dapat disampaikan.

“…..program-program seperti ini wajar diteruskan, banyak perkara yang dapat dipelajari, disamping tertarik dengan celoteh yang disampaikan oleh ustazah Sharifah..” kata salah seo ...

More...

Jeneral Lapan Briged Lawat Jalan Keselamatan Kg.Kalai
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 31 Julai 2008

P7290140.JPG

Pertama Dari Kanan: Jeneral Azizan Di Sempadan Bendera Malaysia-Thailand

KALAI  31 JULAI 2008 – Jalan dan jambatan Kg.Kalai yang menghubungkan Kg.Kalai dengan Pos Kalai yang bernilai 6.2 juta yang dirasmikan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed kira-kira mei lalu mendapat lawatan dari Panglima Lapan Briged, Brigedier Jeneral Azizan Md. Delin, dekat sini hari ini.

Jenaral yang ditemani pegawai dan anggota ke kawasan tersebut kira-kira jam 10.00 pagi tadi, memantau perkembangan projek jalan tersebut.Projek membina dan menyiapkan jalan keselamatan tersebut juga merupakan projek yang sentiasa mendapat pemantauan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed.

Dengan adanya Projek terseb ...

More...

YB.Aziz Sampaikan Hasrat YB.Dato' Mustapa Mohamed
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 31 Julai 2008

P7290146.JPG

YB.Aziz Disambut Dengan Iringan Kompang Oleh Para Pelajar

BATU MELINTANG 31 JULAI 2008 – YB.Abdul Aziz Derasyid ADUN ( Ahli Dewan Undangan Negeri) Kuala Balah hari ini merasmikan Program Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Batu Melintang dekat sini hari ini

YB.Abdul Aziz yang diringi dengan paluan kompang oleh Persatuan Kompang SK.Batu Melintang tiba kira-kira jam 2.30 petang disamping ditemani oleh pengetua sekolah terbabit En. Noordin Mustafa untuk merasmikan program terbabit.

Sehubungan dengan itu, dalam ucapan program tersebut, YB.Abdul Aziz secara jelas menyampaikan niat murni YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, untuk membangunkan bidang pendidikan terutamanya di Parlimen Jeli.

More...

RM 100 Ribu Baik-Pulih Dewan UMNO Bahagian
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 30 Julai 2008

P7280123.JPG

Kerja-kerja Sedang Baik-Pulih Sedang Dijalankan

BUKIT NANGKA 30 JULAI 2008 – Hampir RM 100 ribu dibelanjakan untuk baikpulih Dewan UMNO Bahagian Jeli Bukit Nangka dekat sini hari ini.

Proses baikpulih dewan yang telah hampir 2 minggu dilaksanakan untuk memberi keselesaan kepada pengurusan UMNO Bahagian Jeli terutama dalam menganjurkan program-program untuk masyarakat Parlimen Jeli khususnya.

Boleh dikatakan Dewan UMNO Bahagian Jeli tidak pernah putus dengan pelbagai program yang dianjurkan.UMNO Bahagian Jeli sentiasa aktif dan agrasif dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat di Parlimen Jeli.

Hasil tinjuan mendapati, pengubahsuaian melibatkan bilik audio video, bilik mesyuarat, dataran bendera, serta lant ...

More...

Sehati Wanita Jeli Utamakan Kesempurnaan Mengerjakan Solat
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 29 Julai 2008

RIMG0120.JPG

Antara Hadirin Yang Hadir

JENUB 29 JULAI 2008 – Seramai 100 orang telah menyertai Program Sehati Wanita Jeli yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Parlimen Jeli, dekat sini hari ini.

Seperti minggu-minggu yang lalu kehadiran adalah melibatkan masyarakat sekitar parlimen Jeli serta penglibatan wajib pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti Cawangan Jeli. Penglibatan mereka dalam aktiviti seumpama ini sekaligis merapatkan hubungan dengan masyarakat sekitar Parlimen Jeli di samping menimba ilmu agama.

Program Sehati wanita Jeli menekankan beberapa aspek penting, antaranya perkara-perkara berkaitan dengan Fardhu Ain, solat yang berkualiti, serta sesi soal-jawab agama. Asp ...

More...

Program lawatan YB.Dato' Mustapa Mohamed Di Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 27 Julai 2008

P7240025.JPG

Ramah-Mesra YB.Dato' Mustapa Di Majlis Perasmian Mesyuarat Berkelompok

PARLIMEN JELI 27 JULAI 2OO8 – Sepanjang berada di Jeli semalam, sebanyak 8 program telah dihadiri oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed, dekat sini semalam.

Seawal jam 5.40 pagi, YB.Dato’ Mustapa Mohamed telah turun ke Masjid Kg.Kelisar untuk solat subuh berjemaah dengan masyarakat kampung tersebut.Selesai sahaja solat berjemaah, YB.Dato’ Mustapa bergerak pula menghadiri majlis kesyukuran di rumah Rohaiman di kampung yang sama.

Program seterusnya, YB.Dato’ melawat dan memantau Projek Ternakan Kambing Berkelompok Kampung Kelisar.Selain itu juga, YB.Dato’ Mustapa Mohamed juga meluangkan masa beliau untuk men ...

More...

Kuliah Jumaat Di Penuhi Warga Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 25 Julai 2008

RIMG0115.JPG

Ustazah sharifah Menyampaikan Kuliah Kepada Hadirin

JENUB 25 JULAI 2008 – Seramai 160 orang masyarakat di Parlimen Jeli telah keluar untuk bersama-sama mengikuti kuliah jumaat yang di anjurkan oleh pengurusan Pusat Dakwah Parlimen Jeli dekat sini hari ini.

Boleh di katakana setiap minggu sambutan terhadap kuliah jumaat amat membanggakan.Dari segi angka kehadiran, peserta kuliah akan melebihi dari 100 orang peserta.

Sehubungan dengan itu, program ini sekaligus bertepatan dengan cita-cita YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, yang ingin mengim,arahkan Pusat Dakwah sebagai medan menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Hal yang demikian, ...