Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Buletin Jeli Minimize
Author: umnojeli_admin Created: 08 September 2006
Buletin Jeli

Mat Ghaza Usahakan Ternakan Kambing Jamnapari
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 01 Julai 2008

P6300008.JPG

Mat Ghaza Bermain-Main Bersama Kambing Ternakan Beliau

AIR LANAS 01 JULAI 2008 -  “..saya nak sahut seruan YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang ingin memajukan masyarakat kita hari ini dalam bidang pertanian dan ternakan” demikianlah kata-kata yang diucapkan oleh Mat Ghaza Yusoff yang mengusahakan ternakan Kambing Jamnapari, sewaktu di temui di kediaman beliau dekat sini hari ini.

Beliau yang memulakan ternakan kambing tersebut pada 4 Disember 2006 dengan pembelian 3 ekor induk dan seekor pejantan.Memandangkan ternakan tersebut mendapat permintaan dan mempunyai potensi yang baik, beliau menambah lagi jumlah tersebut kepada 22 ekor induk dan 1 ekor penjantan pada febru ...

More...

Ziarah Masyarakat Keutamaan Datin Khamarzan Apabila Balik Ke Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 30 Jun 2008

IMG_0633.JPG

Ybhg.Datin Khamarzan Bertanya Khabar Pada Salah Seorang Dari Pesakit

PARLIMEN JELI 30 JUN 2008 – “mak cik sehat?..macam mana keadaan mak cik?..” demikianlah suara lembut yang keluar dari mulut isteri kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang juga merangkap Ahli Parlimen Jeli, Datin Kharmarzan Ahmed Meah, sewaktu melawat pesakit di Hospital Jeli dekat sini baru-baru ini.

Ybhg.Datin Khamarzan akan mengambil peluang sepenuhnya apabila pulang ke Jeli untuk melawat masyarakat di Parlimen Jeli khususnya.Setiap kali pulang ke Jeli beliau sentiasa ke Hospital Jeli untuk menziarah masyarakat Jeli yang di rawat di hospital terbabit.Beliau menghabiskan masa kira-kira ...

More...

30 Orang Peserta Ternakan Kambing Berkelompok Parlimen Jeli Ikuti Sesi Taklimat
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 29 Jun 2008

taklimat1.JPG

En.Nordin Semasa Menyampaikan Taklimat Kepada Peserta

GEMANG 29 JUN 2008 – Satu taklimat khas antara Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterina dengan kira-kira 30 orang peserta Ternakan Kambing Berkelompok Fasa 1 di Parlimen Jeli dekat bilik seminar Maktab Rendah Sains Mara Jeli hari ini.

Taklimat tersebut di sampaikan oleh En.Nordin Mahamud, Pegawai Khas kepada YB.Dato’ Mustapa Mohamed yang juga merupakan Pengarah Pusat Pembangunan Sosio Ekonomi Jeli bersama Dr.Mazlan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterina Kota Bharu.

Projek ternakan ini melibatkan kesemua Dun di Parlimen Jeli iaitu Dun Bukit Bunga, Dun Ayer Lanas dan Dun Kuala Balah serta projek khas ternakan kambing bagi Gerakan Pemud ...

More...

YB.Dato' Mustapa Rasmi Program Merakyatkan Seni Budaya
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 28 Jun 2008

seni budaya jeli 2.JPG

Ucapan Perasmian Oleh YB.Dato'

GEMANG 28 JUN 2008 – Program Merakyatkan Seni Budaya Bersama Masyarakat Jeli telah sempurna di rasmikan oleh YB. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Jeli, di padang Sekolah Kebangsaan Gemang, dekat sini semalam.

Majlis tersebut merupakan program anjuran bersama antara Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Negeri Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Merakyatkan Seni Budaya Jeli, antaranya menghidupkan seni budaya melayu Kelantan agar ia tidak ditelan zaman.

Program yang bermula kira-kira jam 3.00 petang semalam memmuatkan pelbagai aktiviti seni budaya antaranya demonstra ...

More...

KP Veterinar Melawat Parlimen Jeli
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 27 Jun 2008

DSC01987.JPG

Di Tapak Ternakan Kambing JPH Batu 11

PARLIMEN JELI 27 JUN 2008 – Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar yang diketui oleh Ketua Pengarah Vaterinar Malaysia Dato’ Dr. Aziz Jamaluddin telah turun ke Parlimen Jeli untuk melawat tapak-tapak ternakan yang berpotensi untuk di majukan dekat sini semalam.
 
Beliau yang juga di temani oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Negeri Kelantan, Dato’ Dr. Zairi telah melawat ke beberapa kawasan di Parlimen Jeli, antaranya ke projek ternakan kambing di Jabatan Perkhidmatan Haiwan(JPH) Batu 11, tapak ternakan kambing di Kg.Kelisar, ke tempat ternakan kambing dan lembu yang di usahakan oleh peserta-peserta di b ...

More...

Latihan Bersepadu - Tingkatkan Kecekapan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 26 Jun 2008

P6250017.JPG

Anggota Bomba Mengeluarkan Mangsa Dari Kenderaan

GEMANG 26 JUN 2008 – Agak mengemparkan semua pihak, tiba-tiba kedengaran bunyi siren kenderaan dari Jabatan Bomba Jeli, Hospital Jeli dan juga kenderaan dari Ibupejabat Polis Daerah Jeli yang berhenti di R & R Gemang dekat sini pagi tadi.

Setelah hampir 10 minit perkara tersebut berlaku, baru lah semua orang ramai sedar bahawa kejadian tersebut hanya lakonan dalam menjalankan kempen keselamatan jalan raya yang mempertontonkan kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan kereta.

Sehubungan dengan itu juga, ia juga merupakan satu latihan menyelamat mangsa kemalangan sekali gus menilai tahap kecekapan yang ada pada setiap jabatan dan menjalankan tanggungjawab mereka masing ...

More...

R & R Kuala Balah Hampir Siap
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 24 Jun 2008

Untitled-1rnr2 copy.jpg

KUALA BALAH 24 JUN 2008 – Perjalanan projek pembinaan R & R Kuala Balah berjalan lancar sewaktu di kunjungi oleh penulis dekat sini hari ini.

 Projek yang menelan kos sebanyak RM 195 ribu ini sentiasa dibuat pemantauan oleh YB.Dato’ Mustapa Mohamed sebagai Ahli Parlimen Jeli yang akan memastikan projek tersebut akan siap sepenuhnya dengan keadaan yang sempurna.

YB.Dato Mustapa Mohamed sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan setiap projek yang di laksanakan di Parlimen Jeli dan sentiasa memandang serius sekiranya terdapat masalah yang akan membantutkan pembangunan di Parlimen Jeli khususnya.

Sehubungan dengan itu juga, dengan terbinanya tempat rehat ini ia sekaligus akan memberi kemudahan kepada pengguna j ...

More...

Masjid Kuala Balah Di Baik-Pulih
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 24 Jun 2008

masjid kuala balah 2.JPG

Kerja-Kerja Pemasangan Jubin Sedang Di Jalankan

KUALA BALAH 24 JUN 2008 – sebanyak RM 300 ribu diperuntukkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian dan baik-pulih masjid Kuala Balah dekat sini hari ini.

Kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik untuk memastikan kerja-kerja berjalan lancar dan siap sepenuhnya bagi memberi kemudahan khususnya kepada masyarakat setempat, mengerjakan amal ibadat.

Masjid ini di baik-pulih bagi memastikan keselesaan kepada masyarakat tempatan untuk mengerjakan solat serta melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan.Baik-pulih juga melibatkan penukaran bumbung masjid, pemasangan jubin, pembinaan tandas ...

More...

Sehati Wanita Jeli Di Sungai Satan
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 24 Jun 2008

RIMG0025.JPG

Turut Hadir: Puan Roslinah Dari Wanita UMNO Jeli Menyampaikan Ucapan Sebelum Program Di Teruskan

SUNGAI SATAN 24 JUN 2008 – sedikit kelainan pada program Sehati Wanita Jeli hari ini yang seperti biasa diadakan di Pusat dakwah Parlimen Jeli tetapi pada hari ini diadakan di Kg.Sungai Satan atas permintaan masyarakat tempatan.

Kira-kira 90 orang telah hadir ke program tersebut yang diadakan di Dewan RPT KESEDAR  Sungai Satan dan ternyata mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari masyarakat tempatan.

Ceramah agama hari ini di sampaikan oleh Ustazah Hjh.Sharifah Che Bedollah Yang dijemput khas dari Kota Bharu oleh pihak pentadbiran Pusat Dakwah Parlimen Jeli untuk bersama-sama masyar ...

More...

Sumbangan Buat PPM
Berita Parlimen Jeli By umnojeli_admin on 23 Jun 2008

P6200067.JPG

YB.Hj.Abd.Aziz Menyampaikan Sumbangan Kerusi Dan Meja Kepada PPM Bukit Tok Ali

KUALA BALAH 23 JUN 2008 – YB.Hj. Abdul Aziz Derasyid, ADUN Kuala Balah, telah menyampaikan sumbangan kerusi serta meja kepada semua Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) di DUN Kuala Balah bagi memberi keselesaan kepada PPM untuk menjalankan tugas mereka, dekat sini baru-baru ini

 Keprihatinan YB.Aziz terhadap anak buah beliau amat membanggakan semua pihak terutama golongan PPM di kawasan Kuala Balah. YB.Aziz semasa ditemui di majlis perjumpaan bersama YB.Dato’ Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli, di Kg. Bukit Tok Ali baru-baru ini, berkata, sumbangan ini adalah bertujuan memberi keselesaan kepada PPM untuk menjalankan ...

More...


    

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement