|
To' Pa Mula Turun Padang |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
22 Mac 2008
|
|
|
|

Ramah-Mesra To'Pa Bersama Masyarakat Kg.Air Merah
DUN BUKIT BUNGA 22 MAC 2008 – Dato' Pa selepas dilantik sebagai Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani memulakan program menziarahi penduduk di beberapa kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga, hari ini. Kampung itu termasuk di Peti Undi kampung Tok Che Dol, kampung Lawang dan kampung Kajang. Menurutnya, program turun ke padang itu akan diberi keutamaan kerana ia boleh mengenal pasti segala pemasalahan rakyat sebagaimana telah dilaksanakan sebelum ini. Langkah itu selaras dengan kehendak kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mahukan setiap wakil rakyat daripada UMNO dan Barisan N ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
"Terima Kasih Rakyat Jeli" - To' Pa |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
13 Mac 2008
|
|
|
|

To'Pa Meraikan Kemenagan Bersama YB Aziz(Kanan) dan (Kiri) YB Adhan Kechik di Dewan SMK.Jeli -Gambar dipetik dari Berita Harian
JELI 13 MAC 2008 – Hasil berkat doa dan kesabaran To’Pa bersama ADUN-ADUN nya hari ini telah membuktikan perjuangan To’Pa membawa masyarakat Jeli maju bersama negeri-negeri lain di Malaysia mendapat persetujuan dan pengiktirafan oleh masyarakat Jeli.Ini adalah berdasarkan kemenangan To’Pa melalui Pilihanraya 2008 yang baru sahaja selesai baru-baru ini. To’Pa yang memenangi kerusi Parlimen Jeli bersama ADUN Bukit Bunga dan ADUN Kuala Balah mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Jeli yang masih mel ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
To ' Pa Tunai Kewajipan Mengundi Di Sek.Keb.Batu Gajah |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
08 Mac 2008
|
|
|
|

To ' Pa Semasa Membuang Undi
JELI 8 MAC 2008 - Setelah lama berjuang demi masyarakat Jeli khususnya,hari ini To' Pa selaku Ahli Parlimen Jeli menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telah turun mengundi seawal jam 8.00 pagi di Parlimen beliau sekaligus merupakan warga Jeli yang pertama membuang undi. To’ Pa yang di temani isteri, Datin Khamarzan Ahmed Meah serta para pengikut setia Barisan Nasional sama-sama membuang undi di saluran masing-masing hari ini.Semangat yang dibawa oleh seluruh rakyat Jeli diterjemahkan melalui kertas undi serta sama-sama mengharapkan kemenangan untuk Jeli serta sekaligus untuk Kelantan. To’Pa juga mengambil kesempatan pada hari ini mengikuti ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
BN YAKIN MENANG BESAR DI JELI |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
06 Mac 2008
|
|
|
|

Tokpa menemui para peniaga di Pasar Tani Ayer Lanas
Selepas 13 hari berkempen, calon-calon Barisan Nasional yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN di Jeli yakin akan mencapai kejayaan. Dengan jentera yang bergerak lancar, mereka percaya rakyat akan memberi mandat besar kepada BN dan UMNO dalam pengundian 8 Mac. “Kita dah kerja kuat. Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang dirancang. Kita akan mencapai kejayaan, insyaallah,” kata Tokpa, calon Parlimen Jeli, ketika ditemui di Pasar Pekan Jeli pagi tadi. Jelasnya, keyakinan ini bersandar kepada sokongan rakyat di semua kampung yang beliau lawati dan majlis yang beliau hadiri sepanjang tempoh berkempen mulai 24 Feb lalu. &a ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
BULETIN, VCD, BENDERA, POSTER, BUKU DAN RISALAH |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
06 Mac 2008
|
|
|
|

Pesta bendera memeriahkan suasana pilihanraya
Sepanjang tempoh kempen, UMNO Jeli telah menghasilkan pelbagai bahan untuk memberi penerangan mengenai isu semasa, menyebarkan maklumat parti dan menangkis dakyah Pas dan PKR. Dengan adanya bahan-bahan ini, rakyat Jeli menjadi lebih peka kepada peristiwa dan majlis yang diadakan serta lebih jelas mengenai hal-hal berkaitan pilihanraya. “Untuk kempen yang berkesan, kita perlu memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan cepat. Ini penting untuk kita ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
DR AZMI MENJADI IKON MURID SK AIR LANAS |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
05 Mac 2008
|
|
|
|

Salah seorang pelajar cemerlang yang menerima anugerah dari To'Pa
AIR LANAS, 5.MAC - Calon Barisan Nasional (BN) DUN Air Lanas, Dr Azmi Setapa merupakan antara bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Air Lanas yang berjaya dalam pencapaian akademik dan kerjaya. Sehubungan itu, sewajarlah pihak sekolah berkenaan menjadikan beliau sebagai idola bagi pencetus semangat kepada murid untuk mencipta kejayaan sama seperti dicapai oleh Dr Azmi. Pada majlis perasmian mesyuarat agung PIBG sekolah itu yang turut dihadiri Dato’ Pa hari ini, beliau sebagai murid tua, berjanji akan memberi perhatian khusus terhadap segala keperluan murid dan sekolah tersebut jika diberi mandat pada pilihan raya ini. Sempena ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
PAS TERIMA TAMPARAN BILA AHLINYA SOKONG BN |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
05 Mac 2008
|
|
|
|

To'Pa dan Mohd Adhan bersama beberapa bekas ahli Pas
CHEDOK, 5 MAC – Beberapa penyokong dan ahli Pas di dua kampung, hari ini telah mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Pa dan calon BN DUN berkenaan, Mohd Adhan Kechik, bagi mengistihyarkan sokongan mereka kepada BN pada pilihan raya 8 Mac ini. Mereka ialah dari kampung Nibong dan kampung Buyong terletak dalam kawasan DUN Bukit Bunga. Keputusan untuk menyokong BN dibuat bukan kerana paksaan mana-mana pihak tetapi lahir daripada keikhlasan sendiri yang melihat BN Jeli di bawah kepimpinan Dato’ Pa begitu telus untuk membela nasib agama, bangsa dan Negara.
|
 |
|
|
|
|
|
2010 KITA SEMUA DAPAT LIHAT JELI BARU – TO’PA |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
04 Mac 2008
|
|
|
|

Tonggak Pembangunan Jeli
JELI, 4 MAC – Penduduk Jeli hari ini bakal menikmati anjakan taraf hidup yang lebih sempurna menjelang tahun 2010. Setiap hari penduduknya menerima perubahan positif ke arah membangunkan sosio ekonomi seimbang dengan ilmu keagamaan. Tanpa pemimpin berkaliber yang mampu memjadi penggerak, Jeli tidak akan menjadi seperti hari ini. Suatu tika dahulu di gelar sebagai Hulu Kelantan yang kawasannya hanyal dilitupi hutan belantara. Tetapi Jeli hari ini telah keluar dari kepompongnya bertukar menjadi bandar modal insan yang berjaya dan sedang berada di alam pembangunan. Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia menjadi perintis menjadikan Jeli sebagai bandar baru yang lengkap dengan kemudahan awam dan infrakstr ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
WAKIL RAKYAT ANDA ADALAH RAKAN ANDA – DR AZMI |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
04 Mac 2008
|
|
|
|

Contoh terbaik yang seorang pemimpin
JELI, 4 MAC – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Air Lanas, Dr Azmi Setapa memberi jaminan akan mengambil berat dan berlaku adil kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik jika diberi mandate pada pilihanraya ini.
Pada beliau setiap wakil rakyat adalah rakan kepada rakyatnya. Ini dapat memecahkan jurang perbezaan antara pemimpin dan rakyatnya di mana pemimpin menjadi tempat rakyat mengadu permasalahan mereka. Seorang pemimpin yang baik harus menjadi sahabat baik kepada rakyat naungannya.
 |
|
|
More...
|
|
|
7 JUTA PERBESAR JALAN JELI |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
04 Mac 2008
|
|
|
|

JELI, 4 MAC – Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Malaysia hari ini sekali lagi merasmikan upacara pecah tanah projek pembinaan jalan di Jeli. Projek perbesarkan 9 kilometer jalan di antara Kampung Baru Malaysia ke Kampung Sungai Satan ini akan dimulakan pada Julai tahun ini dan di jangka siap pada akhir tahun 2009. Menurut Ir Nik Mohd Manan Wan Ab Majid, Pengarah JKR KESEDAR, yang hadir mengiringi Dato’ Mustapa, jalan ini akan dibaik pulih dan dilengkapi dengan sistem longkang yang sempurna dan pemasangan semula papan tanda- papan tanda. To’ Pa dalam ucapannya berharap kemudahan yang diberikan ini akan memberi faedah besar kepada penduduk setempat dan penuntut-penuntut Politeknik Jeli yang bakal di bina berdekatan projek ini.
|
 |
|
|
|
|
|
SATU LAGI JAMBATAN AKAN DIBINA DI JELI |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
03 Mac 2008
|
|
|
|

To'Pa dan Abdul Aziz Derashid
KUALA BALAH, 3 MAC – Hari ini satu lagi jambatan baru akan dibina di Jeli bakal dinikmati oleh penduduk di Kuala Balah pada tahun 2010. Projek membina dan menyiapkan Jambatan Konkrit yang merintangi Sungai Pergau di Kampung Jerimbong, Jeli telah dirasmikan pagi ini oleh Dato’ Mustapa Mohamed dengan peruntukan sebanyak RM11.4 juta. Turut mengiringi Dato’ Mustapa pada majlis ini ialah Abdul Aziz Derashid calon DUN Kuala Balah yang akan bertanding pada pilihanraya umun ke 12 ini. To’Pa dalam ucapannya berkata, dengan siapnya jambatan ini akan dapat memudahkan lagi kegiatan seharian penduduk setempat. Manakala Abdul Aziz Derashid pula berkata beliau akan menjadikan Jeli ini jajahan yang paling unggul di Kelantan dan akan meneruskan perjuangan Dato’ Mustapa Moh ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
AZIZ MEMASAK BERSAMA PENDUDUK |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
03 Mac 2008
|
|
|
|

Abdul Aziz memasak bersama penduduk
KUALA BALAH, 3 MAC – Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Abdul Aziz Derashid, calon DUN Kuala Balah ringan tulang membantu penduduk kampung menyediakan masakan untuk majlis pecah tanah di Kampung Jerimbong pagi ini. Sementara menunggu ketibaan Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bagi merasmikan Majlis Pecah Tanah Tanah Membina dan Menyiapkan sebuah Jambatan Konkrit merintangi Sungai Pergau di Kampung Jerimbong, Jeli, Aziz telah meluangkan masa bergotong-royong memasak gulai kawah bersama penduduk di situ. Manakala jentera Pemuda Umno pula menyusun kerusi dan memasang khemah untuk para tetamu. Dianggarkan lebih 300 tetamu yang hadir memeriahkan upacara majlis pecah tanah ini.
|
 |
|
|
|
|
|
PERASMIAN KOLEJ KOMUNITI JELI MERIAH |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
03 Mac 2008
|
|
|
|

Dato' Mustapa menandatangi plak perasmian
BUKIT BUNGA, 3 MAC – Semalam telah berlangsungnya majlis Perasmian Kolej Komuniti Jeli di Bukit Bunga dalam suasana yang sangat meriah. Kolej yang menawarkan pendidikan dan latihan berkualiti dan dinamik kepada pelajar ini telah mempunyai 152 pelajar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia diiringi Dato’ Hj Imran Idris, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. Turut memeriahkan lagi majlis ini, para tetamu dihiburkan dengan persembahan dikir barat dari kumpulan Sri Kalai dan nyanyian daripada Mek Salam Pantai Timur. Dalam ucapan To'Pa semalam, beliau bangga dengan kewujudan kolej ini di sini yang dulunya dilihat sebagai kawasan yang terpencil tetapi kini bertukar wajah ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
PEMUDA BERI SOKONGAN PADU |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
02 Mac 2008
|
|
|
|

To'Pa dan Dr Azmi bersama Pemuda UMNO Air Lanas
AIR LANAS, 2 MAC – Bertempat di Bilik Gerakan Umno Air Lanas, satu majlis anjuran Pemuda Umno DUN Air Lanas telah diadakan di dewan rakyat di sini. Majlis yang di hadiri Dato’ Mustapa Mohamed ini turut dihadiri Dr Azmi Setapa, calon DUN Air Lanas. Ternyata sokongan padu daripada barisan Pemuda Umno masih lagi menebal terhadap pemimpin mereka terutama To’Pa yang banyak membela nasib pemuda-pemuda Jeli selama ini. To’Pa dalam ucapannya yakin dengan sokongan padu para jentera penggerak akan dapat mengatasi jumlah majoriti yang dimenanginya pada tahun 2004. “Kita perlu menang supaya Kelantan menjadi negeri makmur dengan rakyatnya mendapat pembelaan sewajarnya” Kata To’Pa kepada lebih 100 Pemuda Umno yang hadir pada petang ini.
|
 |
|
|
|
|
|
SESI PENERANGAN MENDAPAT SAMBUTAN |
|
Hebahan
|
By umnojeli_admin on
02 Mac 2008
|
|
|
|
JELI, 2 MAC - Sesi ceramah dan penerangan yang diadakan setiap malam di peti-peti undi semua DUN sejak 24 Feb lalu mendapat sambutan baik daripada penduduk sekitar.
|
 |
|
|
More...
|
|
|
4 SEBAB SOKONG UMNO - Tokpa |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
01 Mac 2008
|
|
|
|

Dato' Mustapa Mohamed pemimpin berjiwa rakyat
JELI, 1 MAC – Ketua Bahagian UMNO Jeli Dato Mustapa Mohamed memberi empat sebab mengapa penduduk Jeli perlu sokong UMNO dalam pilihanraya kali ini.
|
 |
|
|
More...
|
|
|
PUTERI PASTIKAN BN MENANG |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
01 Mac 2008
|
|
|
|
JERIMBONG, 29 FEB - Puteri UMNO Jeli akan memastikan jenteranya berjalan lancar sepenuhnya untuk menjamin kejayaan semua calon BN dalam pilihanraya kali ini. “Kita bukan sahaja mahu pastikan penyandang kekal jawatan, malah calon baru DUN Ayer Lanas, Dr Azmi Setapa juga menang besar,” kata ketuanya, Norwahida Patuan. Beliau menyeru semua ahli Puteri memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada jentera Bahagian. Tambahnya, beliau berpuas hati dengan kerja keras dan komitmen semua ahli Puteri alam usaha memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah Pas atau Parti Keadilan.
|
 |
|
|
|
|
|
“CUKUP LA 18 TAHUN, SERIK BENAR DOH” |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
01 Mac 2008
|
|
|
|

Hanani ketika ditemui di rumahnya
AIR CANAL, 29 FEB – Banyak pihak mempertikai keberkesanan Pas memerintah Kelantan sejak 1990 dan mahu melihat perubahan kerajaan. Veteran Haji Abdul Samad Deraman berkata 18 tahun adalah tempoh yang lama namun kemajuan yang dicapai kerajaan negeri Pas amat terhad sekali. Kehidupan dan pendapatan rakyat, terutama di luar bandar, tidak banyak berubah sepanjang tempoh itu. “Pas ni banyak ceramah dan bual kosong. Perancangan itu ini tapi banyak yang tak menjadi. Rakyat yang jadi mangsa bila tidak ada kemajuan,” katanya dengan nada kesal. Pelajar Hana ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
TO’PA IRINGI PM PECAH TANAH UMK |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
29 Februari 2008
|
|
|
|
 
To'Pa (empat dari kiri) bersama PM dalam upacara Majlis Pecah Tanah UMK
BACHOK, 29 FEB – Hari ini 4.30 petang telah berlansungnya upacara Majlis Pecah Tanah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Bachok. Pada majlis yang berbahagia ini, Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pendidikan Malaysia mengiringi YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Selain kampus Bachok, sebagai kampus utama Universiti ini, UMK mempunyai sebuah lagi kampus di Jeli. Kampus Bachok ini, akan memuatkan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah serta Pusat Pentadbiran Universiti. Manakala Kampus Jeli akan memuat ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
LEBIH 10,000 RIBU MEMBANJIRI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
29 Februari 2008
|
|
|
|

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir diupacara Majlis Pecah Tanah UMK
BACHOK, 29 FEB – Universiti Malaysia Kelantan atau ringkasnya UMK merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke 19 akan dibina di Kelantan tidak lama lagi. Pada upacara Majlis Pecah Tanah Universiti Malaysia Kelantan ini telah menyaksikan lebih 10,000 ribu orang telah membanjiri kawasan ini. Ini dapat dilihat rakyat Kelantan memberi sokongan padu di atas pembinaan Insititusi Pengajian Tinggi Awam yang ke 19 ini yang menantikan sebuah universiti induk wujud di Kelantan. Pada Majlis yang Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ini telah diiringi oleh Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir di majlis petang yang berbahagia ini ialah, YB Dato’ Dr Awang Adek Hussi ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
TO’ PA TEMUI PENIAGA PASAR TANI |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
29 Februari 2008
|
|
|
|

To'Pa bermesra dengan pengunjung Pasar Tani Mega
AIR LANAS, 29 FEB – Kesibukan Tok’ Pa menjalankan kempen bagi memancing undi menjelang pilihan raya umum 8 Mac ini, tidak hanya tertumpu terhadap kempen dari rumah ke rumah. Sehubungan itu, kempen turut dijalankan di tempat terbuka termasuk di tapak Pasar Tani Mega Air Lanas, pagi ini. Dalam kunjungan itu, beliau sempat beramah mesra bersama peniaga ketika melawat setiap gerai jualan dan pada masa sama pula berpeluang bertemu dengan ramai pengunjung ke Pasar Tani Mega berkenaan. Kemudiannya, calon BN bagi kerusi Air Lanas juga menyusul untuk bertemu dengan peniaga dan pengunjung pasar tani itu sebaik Dato’ Pa beredar dari situ bagi menghadiri program lain. Sem ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
DR AZMI MAHU BELA NASIB RAKYAT |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
29 Februari 2008
|
|
|
|

Dr Azmi bersama seorang penduduk kampung Air Lanas
AIR LANAS, 29 FEB - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas, Dr Azmi Setapa memberi jaminan akan berlaku adil kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing, jika diberi mandat pada pilihan raya umum 8 Mac ini. “Inilah prinsip yang akan diamalkan dan diterjemahkan jika rakyat memberi kepercayaan kepada saya menjadi wakil mereka pada pilihan raya umum ini. Azmi yang juga Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, berkata, fokus kempen menekankan kewajaran BN menubuhkan kerajaan baru di Kelantan selepas hampir 18 tahun berada dalam pemerintahan Pas. Katanya, rakyat di Air Lanas harus menyedari nikmat pembangunan yang dikecapi di kawasan itu adalah ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
RUMAH TETAMU DIRASMIKAN |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
28 Februari 2008
|
|
|
|

Dato' Mustapa Mohamed merasmikan Rumah Tetamu
JELI, 28 FEB – Bertempat di Batalion Pertama Rejimen Sempadan, di Kem Batalion 301, Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah hadir merasmikan Rumah Tetamu di kem ini. Kem ini ditubuhkan pada 1979 dan berperanan untuk menjaga keselamatan sempadan Malaysia-Thailand. Dalam ucapan Dato’ petang tadi, beliau memanjatkan kesyukuran di atas keperihatinan Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana pada 12 Januari lalu membuat penyerapan 500 askar Wataniah di sini kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan penyerapan ini, semua tentera akan lebih banyak mendapat kemudahan seperti pencen dan pinjaman. Turut hadir pada majlis ini ialah Leftenan Kolonel Amiruddin b Dato’ Sulaiman, Mejar Az ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
JELI DILANDA BANJIR |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
28 Februari 2008
|
|
|
|

Mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Kegiatan Ummah (PKU), Jeli
JELI, 28 FEB. - Beberapa kawasan rendah kampung Jeli Lama dilanda banjir kira-kira pukul 7 malam tadi. Akibat daripada banjir ini, seramai 55 penduduk kampung di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara yang terletak di Pusat Kegiatan Ummah (PKU), Jeli. Sejurus mendapat berita, Dr Azmi Setapa calon DUN Air Lanas hadir melihat sendiri keadaan banjir di kawasan ini seterusnya melawat mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan. Segala bantuan seperti bekalan makanan dan keperluan asas lain akan disalurkan segera kepada semua mangsa Manakala menurut Kamilah Yusof, Ketua Wanita Jeli Bandar yang ditemui di pusat pemindahan ini, seramai 12 keluarga telah dipindahkan ke sini termasuk 4 bayi yang berumur dari 4 hari hingga 5 ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
JELI SUDAH ADA PPD SENDIRI |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
27 Februari 2008
|
|
|
|

Dato' Alimuddin (tengah) menyampaikan biasiswa kepada ibubapa pelajar diiringi Tuan Hj Mohd Ghazali (dua dari kanan)
JELI, 27 FEB – Bermula hari ini, guru-guru dan ibubapa yang ingin berurusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah tidak lagi perlu ke Tanah Merah lagi. Ini kerana, bermula pada hari ini Pejabat Pendidikan Daerah dengan rasmikan dibuka di Jeli. Menggunakan bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli yang telah diubahsuai, pejabat pendidikan ini akan beroperasi dengan menempatkan 4 orang pegawai yang bersedia untuk berkhidmat di sini. Yang Berbahagia Dato’ Alimuddin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berbesar hati merasmikan majlis ini seterusnya merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Jeli. Turut hadir pada majlis petang ini ialah Dr Azmi Setapa, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Mala ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
Konsep Negara Kebajikan PAS Dangkal |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
26 Februari 2008
|
|
|
JELI, 26 FEB - Calon Parlimen Jeli Dato Mustapa Mohamed berkata bahawa Negara Berkebajikan yang menjadi asas manifesto Pas adalah satu konsep yang dangkal. Katanya, Pas telah membuang konsep Negara Islam yang diidamkannya dahulu dan kini cuba mengenengahkan satu idea yang mentah dan dangkal. “Saya percaya konsep ini belum difikir masak-masak oleh Pas. Ia cuma satu slogan pilihanraya, tapi intinya tidak jelas. Rakyat tidak faham, ahli Pas sendiri pun kabur,” kata beliau ketika diminta mengulas manifesto Pas yang ilancarkan oleh Presidennya Dato Hadi Awang. Sebagaimana Dokumen Negara Islam yang dilancarkan Pas pada tahun 2004 dulu, manifesto Pas bagi pilihanraya kali ini juga tidak menjelaskan konsepnya dengan terperinci. Antara ciri yang disebut iala memberi elaun sara hidup bulanan kepada warga emas tanpa mengira bangsa. & ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
Jentera Kereta Sewa Bantu Kempen BN |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
26 Februari 2008
|
|
|
BUKIT BUNGA, 26 FEB – Seramai 50 pemandu teksi Jeli dan Tanah Merah akan membantu kempen BN dalam pilihanraya umum kali ini. Kumpulan pemandu yang diketuai Pak Su Jak menzahirkan kesungguan mereka untuk memenangkan calon-calon UMNO dalam satu pertemuan dengan calon Parlimen Jeli Dato’ Mustapa Mohamed, di sini pada Jumaat lalu. Turut hadir di majlis ini ialah Mustafa Musa, Naib Ketua Bahagian UMNO Jeli. “Sejak Tokpa menjadi tok wakil kita daripada tahun 1995 lagi, banyak perubahan yang berlaku. Kami yang bekerja sebagai pemandu teksi juga dapat merasa perubaannya. Bukan sahaja banyak kemudahan yang disediakan kepada pemandu teksi, malah pendapatan kami pun meningkat,” kata Pak Su Jak. Katanya lagi, para pemandu akan membantu jentera UMNO dengan menyediakan perkhidmatan teksi yang cekap dan percuma kepada orang ramai sepanja ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
Calon Layak Disenangi Rakyat |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
26 Februari 2008
|
|
|
|

Jentera Kuat Parlimen dan DUN di Jeli
AYER LANAS, 26 FEB – Para pengundi di Jeli mempunyai pilihan yang baik kerana calon-calon BN yang bertanding mempunyai kelayakan dan rekod perkhidmatan yang meyakinkan. Ramai yakin BN akan menyapu bersih kerusi Parlimen dan DUN kerana calon-calon BN memiliki sifat kuat bekerja untuk rakyat, mudah menghulurkan bantuan yang dipohon rakyat, rajin turun padang untuk bertemu penduduk, serta mudah mengadakan perbincangan dan pertemuan. “Tokpa, Aziz dan Adhan memang dikenali rakyat mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Kita yakin calon DUN Ayer Lanas, Dr Azmi Setapa juga mampu menjadi wakil rakyat yang bagus memandangkan pengalamannya yang luas berkhidmat dalam kerajaan dan sebagai setiaus ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
Penanam Tembakau Jeli Di Bela |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
26 Februari 2008
|
|
|
|

To'Pa Merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Integrasi kepada Bekas Penanam Tembakau
BUKIT NANGKA, 26 FEB – Kira-kira 500 penanam tembakau di Jeli diberi bantuan antara RM300 dan RM5000 untuk membolehkan mereka menukar ke tanaman lain. Selain itu, hutang mereka kepada institusi berkaitan juga dilangsaikan sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Calon Parlimen Jeli Dato Mustapa Mohamed berkata keputusan ini diambil bagi memudahkan semua penanam terbabit meninggalkan penanaman tembakau dan beralih ke tanaman lain seperti kenaf, sayur, ubi dan buah naga. “Kerajaan faham masalah yang dihadapi oleh penanam tembakau. Sebab itulah, Kerajaan Pusat memberi bantuan kewangan ini,” kata Tokpa dalam s ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
Jentera UMNO Jeli Turun Padang Sebar Manifesto |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
26 Februari 2008
|
|
|
|

AYER LANAS, 26 FEB – Jentera UMNO semua peringkat diarah turun padang memberi penerangan mendalam Manifesto BN – Selamat, Aman dan Makmur. Ketua Bahagian UMNO Jeli Dato Mustapa Mohamed, ketika mengeluarkan arahan hari ini, berkata adalah penting jentera Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri mengadakan sesi ceramah dan penerangan bagi menjelaskan isi kandungan Manifesto BN. Manifesto BN telah dilancarkan Perdana Menteri semalam, mengandungi misi dan visi jelas membawa Malaysia ke arah masa depan lebih gemilang. Ia ditunjangi lapan perkara pokok: ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, undang-undang dan keselamatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan tadbir urus, agama dan perpaduan serta dasar luar negara. & ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
Pengalaman Tokpa Sebagai Penanam Tembakau |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
26 Februari 2008
|
|
|
|

BUKIT NANGKA, 26 FEB – Walaupun pernah berjawatan Menteri Kabinet, Penasihat Kementerian Kewangan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan Ketua Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Dato Mustapa Mohamed tetap ingat asal usulnya. Jawatan tinggi tidak pernah menjadikan dia leka atau lupa pada kampung halaman dan pengalamannya semasa kecil. Ini menjadikan beliau sentiasa bersyukur kepada Allah swt dan sedar akan tanggungjawabnya kepada rakyat di luar bandar. “Mak ayah saya orang kampung. Mereka penanam tembakau. Masa kecil dulu, saya juga menanam tembakau. Sebab itu, saya faham masalah yang dihadapi penanam tembakau, terutama di Jeli,” kata Tokpa, yang menanam tembakau sekitar pertengahan 1960an. ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
PERUBAHAN NYATA DI BUKIT BUNGA – Mohd Adhan |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
26 Februari 2008
|
|
|
|

Adhan...berbangga menjadi warga Jeli
BUKIT BUNGA, FEB 26 – Perubahan yang nyata dan pantas sejak 10 tahun lalu telah memperbaiki taraf hidup dan meningkatkan pendapatan penduduk di Bukit Bunga. Calon DUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik berkata pembangunan dan kemajuan yang berlaku di kawasan ini juga meningkatkan potensi Bukit Bunga menjadi bandar baru menjelang 2010. Katanya, lokasi Bukit Bunga di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat yang dibina 25 tahun lalu, menjadikan ia tempat persinggahan ramai pengunjung selain memendekkan masa perjalanan ke bandar-bandar besar di Pantai Barat seperti Ipoh, Pulau Pinang dan Seberang Perai. “Dulu, ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
PENANAM TEMBAKAU DAPAT TANAMAN GANTIAN |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
25 Februari 2008
|
|
|
|

Dato' Pa sedang berucap pada Program Kursus Tanaman Intergrasi
BUKIT NANGKA, 25 FEB - Semua penanam tembakau di seluruh Parlimen Jeli bakal beralih mengusahakan tanaman gantian yang lebih lumayan pendapatannya, demikian kata Dato' Pa ketika berucap pada program kursus tanaman intergrasi bertempat di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Jeli. Tanaman gantian dikenal pasti adalah kenaf, buah naga dan keledek besar yang mempunyai pasaran luas di dalam serta luar negeri termasuk harganya lebih tinggi berbanding tanaman tembakau. Seramai 150 penanam tembakau hadir pada program itu yang dirasmikan Dato' Pa manakala majlis penutup disempurnakan oleh calon BN Ayer Lanas, Dr Azmi Setapa.
|
 |
|
|
|
|
|
Jalan dan Jambatan 6.2 Juta di bina di Kampung Kalai, Jeli |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
25 Februari 2008
|
|
|
|

Dato' Mustapa merasmikan Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kg Kalai ke Pos Kalai
Kalai, 25 – Bermula Mei 2009, semua penduduk Kampung Kalai, Hulu Jeli bakal menikmati kemudahan jalan dan jambatan sejauh 5.3 kilometer bermula dari Kampung Kalai ke Pos Kalai, Jeli.
Jalan dan jambatan yang bakal dibina ini menelan belanja lebih 6 juta dijangka siap awal tahun depan. YB Dato’ Mustapa Mohamed, merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada Majlis Pecah Tanah yang dirasmikan olehnya pagi ini berkata, projek itu akan menambahkan lagi kemudahan pembangunan yang pesat membangun di daerah Jeli.
Beliau berharap dengan terb ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
2009 Penduduk Kalai bakal merasa Jalan dan Jambatan baru |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
25 Februari 2008
|
|
|
|

Dato' Mustapa dalam Majlis Pecah Tanah di Kampung Kalai
Kalai, 25 – Warga Kampung Kalai, Jeli menyambut baik kemudahan jalan dan jambatan yang akan dibina di kampung itu. Seramai 500 orang penduduk Kampung Kalai keluar pada Majlis Pecah Tanah yang dirasmikan oleh Dato’ Mustapa Mohamed pagi ini. Sebilangan besar penduduk melahirkan perasaan gembira dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan kemudahan jalan dan jambatan yang menghubungkan Kampung Kalai ke Pos Kalai yang bersempadan dengan negara Thailand. Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jeli, En Adnan Abd Ghani ketika mempengerusikan majlis berkenaan, berkata apabila siap jalan dan jambatan itu ia akan dapat meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi penduduk di Kampung Kalai.
|
 |
|
|
|
|
|
Wanita Kelisar Tetap Beri Sokongan Padu |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
25 Februari 2008
|
|
|
|

Puan Pauziah Abd Rahman sedang memberi penerangan kepada hadirin
KELISAR, 25 FEB – Kira-kira 150 orang memenuhi Dewan Umno Kelisar bagi mendengar penerangan bagaimana menjadi pengundi yang bijak. Dalam kandungan ucapan diberikan oleh Puan Pauziah Abd. Rahman, merangkap Naib Pengerusi Wanita Umno Jeli, beliau berkata kebanyakan pengundi di Daerah Jeli sudah pandai menilai akan memilih pemimpin yang berwibawa untuk mereka. Majlis malam ini dirasmikan Datin Khamarzan, isteri kepada Dato’ Mustapa Mohamed turut menunjukkan kesungguhan beliau dalan membela nasib rakyat di Jeli khususnya. Dalam majlis ini Puan Pauziah turut menyatakan bahawa satu kelas akan diadakan bagi mengajar bagaimana untuk para pengundi mengundi dengan cara yang betul di setiap kawasan Peti Undi. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko berlakunya u ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
To’ Pa Insan Istimewa - Haji Ismail Jusoh |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
25 Februari 2008
|
|
|
|

Ustaz Ismail Jusoh
BUKIT BUNGA, 25 FEB - Dato' Mustapa Mohamed insan istimewa. Ini pendapat beliau tentang siapa To' Pa, insan yang dikenalinya 27 tahun dahulu. Tuan Haji Ismail Jusoh yang merangkap tokoh agama di sini menyatakan kegembiraan beliau di atas terbinanya Pondok Moden di Bukit Nangka yang baru dibuka 2 bulan yang lalu. Pondok yang diasaskan oleh To’ Pa ini adalah sebahagian daripada program keagamaan yang dilaksanakan di Daerah Jeli. Menurutnya lagi, terdapat 3 fungsi utama Pondok Moden ini dibina iaitu sebagai tempat mengadakan kursus-kursus keagamaan, kelas agama kepada pelajar-pelajar sekolah seperti kelas Fardu Ain, Kafa, dan Iqra’. Pondok ini juga bakal dijadikan Pusat Tahfiz di Jeli pada masa akan datang. Beliau sangat mengkagumi kewibawaan To’Pa yang tidak pernah mengabaikan soal keagamaan agar seiri ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
PAS Mundar Mandir - Dr Azmi |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
24 Februari 2008
|
|
|
|

Dr Azmi Setapa (kiri) berarak pada penamaan calon pagi ini.
AYER LANAS, 24 FEB - Pas telah menggadaikan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam, semata-mata kerana ingin meneruskan pakatan dengan PKR dan DAP. Calon DUN Ayer Lanas, Dr Azmi Setapa berkata konsep negara kebajikan yang diutarakan Pas dalam pilihanraya umum kali jelas membuktikan bahawa ia tidak mampu meneruskan agenda politiknya. "Pas sudah mundar mandir. Tak jelas lagi apa yang ingin diperjuangkannya," kata beliau ketika dihubungi wartawan umnojeli.net. "Daripada negara Islam kepada negara berkebajikan. Mungkin dalam pilihanraya umum ke-13, Pas melancar pula konsep negara percuma." Kata beliau, dakwaan Presiden Pas bahawa negara Islam tid ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
HAMPIR 10,000 MENGIRINGI CALON BN KE PUSAT PENAMAAN CALON |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
24 Februari 2008
|
|
|
|

10 ribu penyokong Barisan Nasional berarak ke Majlis Penamaan Calon
BANDAR JELI, 24 FEB - Sambutan penyokong terhadap Barisan Nasional (BN) di Jeli semakin padu apabila hampir 10,000 penyokong dan ahli UMNO menyertai perarakan calon BN ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, hari ini. Perarakan bermula jam 8.40 pagi dari perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli dan tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 9 pagi. Semua kerusi yang dipertandingkan menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara calon BN dengan PAS dan Keadilan (PKR).Bagi kerusi parlimen, Dato' Pa ditentang musuh tradisi dari PAS, Mohd Apandi manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga menyaksikan pertandingan antara Mohd Adhan Kechik (BN) dengan Sulfley (PAS). &a ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
Calon BN Selamat Dicalonkan |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
24 Februari 2008
|
|
|
|

Proses Pendaftaran Penamaan Calon bersama SPR
JELI 24 FEB – Ribuan penyokong telah membanjiri perkarangan Sek Men Keb Jeli seawal jam 8.30 pagi. Perarakan ke Pejabat Tanah & Jajahan Jeli di mana berlangsungnya majlis penamaan calon diiringi dengan selawat. Suasana ternyata meriah sekali dengan penyokong membawa sepanduk sambil melaungkan ‘Jeli Baru, Kelantan Baru’. Walaupun ribuan penyokong hadir mengiringi calon, perarakan ini tetap berlangsung dalam suasana aman dan lancar. Dalam majlis ini Dato’ Pa bakal bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Jeli sementara Mohd Adhan Kechik bagi kerusi DUN Bukit Bunga. Dr. Azmi Setapa pula bertanding bagi kerusi DUN Ayer L ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
SOKONG SEMUA CALON UMNO - Pa Musa |
|
Hebahan
|
By umnojeli_admin on
24 Februari 2008
|
|
|
|
BUKIT NANGKA, 24 FEB - Semua ahli UMNO Jeli mesti menyokong calon-calon yang terpilih dan bekerja habis-habisan untuk memastikan kemenangan UMNO di semua kerusi dalam Parlimen Jeli, kata Naib Ketua UMNO Bahagian Mustafa Musa hari ini.
|
 |
|
|
More...
|
|
|
|
Kenyataan Hadi Awang dipertikai |
|
Hebahan
|
By umnojeli_admin on
23 Februari 2008
|
|
|
|
KUALA BALAH, 23 FEB - Calon DUN Kuala Balah, Aziz Derashid, hari ini mempertikai kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengenai punca parti itu gagal melaksanakan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu.
|
 |
|
|
More...
|
|
|
SOLAT HAJAT MOHON RESTU |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
23 Februari 2008
|
|
|
|

Solat Hajat diadakan di Darul Falah
DARUL FALAH, 23 FEB - Sempena hari penamaan calon hari ini, semua peti undi Barisan Nasional (BN) Jeli, mengadakan program solat hajat bagi memohon restu, selepas maghrib malam tadi. Program sama turut diadakan di kediaman Dato' Pa di Darul Falah dan dihadiri kira-kira 200 penduduk. Program solat hajat itu bertujuan memohon restu agar hari penamaan calon hari ini berjalan lancar.
|
 |
|
|
|
|
|
Kesinambungan Sekolah Antarabangsa Alice Smith Di Darul Falah |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
23 Februari 2008
|
|
|
|

Mr Mike Welland memberi sedikit penerangan kepada para pelajar di Darul Falah
DARUL FALAH 23 FEB - Hari ini lebih kurang 200 anak-anak Jeli sekali lagi menerima kunjungan daripada Sekolah Antarabangsa Alice Smith. Seramai 14 pelajar dan 4 orang guru dari sekolah antarabangsa ini datang untuk meneruskan kesinambungan mereka mengadakan aktiviti di sini bagi memberi pemantapan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Jeli.< ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
Anak-Anak Jeli berjaya menguasai Bahasa Inggeris |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
23 Februari 2008
|
|
|
|

Iman dan Aiman sedang mendengar pelajar membaca buku cerita
DARUL FALAH 23 FEB – Penduduk Jeli harus berbangga dengan tahap pencapaian penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah di sekitar Jeli. Ini diakui sendiri oleh Iman dan Aiman, pelajar dari Sekolah Antarabangsa Alice Smith yang hadir menjadi fasilitator untuk program pemantapan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar di Jeli. Inisiatif yang diilhamkan oleh Ketua Bahagian Umno Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed ini telah menampakkan hasil positif dan anak-anak Jeli tidak ketinggalan dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang selalunya menjadi masalah di kalangan anak-anak Melayu.
|
 |
|
|
|
|
|
Jeli Baru, Kelantan Baru |
|
Berita Parlimen Jeli
|
By umnojeli_admin on
23 Februari 2008
|
|
|
|

Dato' Mustapa Mohamed berucap pada majlis bersama Pemuda dan Puteri Umno Jeli
JELI 23 FEB - Bertempat di Dewan Pejabat Umno Jeli, satu perjumpaan bersama Pemuda dan Puteri Umno Jeli yang dirasmikan oleh Ketua Bahagian Umno Jeli, Dato' Mustapha Mohamed. Pada majlis yang telah menghimpunkan lebih dari 2 ribu belia dan belianis Jeli yang di ketuai oleh Mohd Bakri bin Daud, ketua Pemuda Umno Jeli dan Norwahida Patuan selaku Ketua Puteri Umno Jeli. Sekali lagi di dalam majlis ini Tokpa menyatakan keyakinan beliau bahawa Parti Barisan Nasional akan mengambil alih tampuk pimpinan Pas di negeri ini seterusnya membolehkan Umno membina kerajaan baru. "Kota Darul Naim Kita Punya" inilah seruan Tokpa di da ...
|
 |
|
|
More...
|
|
|
|