Carian  
04 September 2010 ..:: Halaman Utama ::..   Daftar Masuk
Facebook Dato Pa
Facebook Miti
Blog MITI
Klik ke Laman Liga Bola Sepak
 Pautan Minimize

    

 Berita Parlimen Jeli Minimize

  • Hati-Hati Memandu Di Musim Perayaan Ini

    Abdul Ghani menyampaikan sumbangan hari raya kepada pengguna.JPG
    Abdul Ghani(bertopi) menyerahkan sumbangan hari raya kepada pengguna.


    BUKIT NANGKA, 3 SEPTEMBER 2010 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan meminta pengguna-pengguna supaya dapat mematuhi peraturan semasa berada di jalan raya selain memandu berhemah di musim cuti perayaan ini.

    Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata, pertambahan kenderaan memasuki negeri ini pada Hari Raya Aidilfitri nanti memerlukan kerjasama pengguna-pengguna.

    "Pertambahan ini dijangka akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas dan saya nasihatkan pengguna supaya dapat mematuhi papan tanda serta arahan yang di keluarkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

    "Saya percaya jika pengguna dapat mematuhi segala kecelakaan dapat di elakkan dan kita tidak mahu kehilangan orang tersayang di musim kegembiraan ini,"katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan hari raya di Stesen JPJ Bukit Bunga.

    Program tersebut turut dihadiri beberapa jabatan dan agensi antaranya, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), KPDNKK, Kastam dan Imigresen,polis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan sebagainya.

  • Tadarus Tambah Nilai Amalan Puasa

    Kamariah mengetuai bacaan semalam.JPG
    Kamariah(duduk dari kanan) mengetuai bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.



    BATU GAJAH, 3 SEPTEMBER 2010 - Program Tadarus Al-Quran dekat sini hari ini berakhir setelah 15 hari guru-guru Al-Quran dan penggerak masyarakat berkumpul bertadarus beramai-ramai.

    Program yang diadakan sejak awal Ramadhan lalu itu disertai hampir 10 penduduk dan program-program sebegini merupakan nilai tambah kepada setiap amalan yang dilakukan.

    Penggerak Masyarakat, Kamariah Ahmad berkata tadarus ini bermaksud membaca Al-Quran berkumpulan secara tadarus iaitu saling membaca dan menyemak bacaan Al-Quran.

    "Jadi pengisian bulan penuh keberkatana ini memberikan manfaat bersama di mana yang mendengar dapat menegur yang membaca supaya bacaannya betul dan tepat.

    "Oleh itu, kedua-dua pihak itu mereka yang membaca akan mendapat pahala tilawah sekalipun bacaannya tidak lancar manakala yang mendengar pula akan mendapat pahala istima’ (mendengar tilawah/bacaan orang lain) dan pahala menegur (jika sahabat yang membaca tersalah),"katanya.

  • Suku Kaum Jahai Dirai To'Pa

    Dato Sri Mustapa Mohamed berbual dengan masyarakat orang asli.jpg
    Dato Sri Mustapa Mohamed berbual dengan masyarakat Orang Asli suku kaum Jahai.



    SUNGAI RUAL, 2 SEPTEMBER 2010 - Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Jahai dekat sini mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli,Dato Sri Mustapa Mohamed dalam kunjungannya di perkampungan berkenaan.

    Ziarah Ramadhan bersama Pentadbir Mukim, Shamsudin Ismail dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) turut menerima sumbangan hari raya disampaikan To'Pa.

    Dato Sri Mustapa Mohamed dalam ucapannya berkata, masyarakat Orang Asli di Jeli sentiasa dalam perhatiannya.

    "Semua aspek bagi membolehkan masyarakat di sini setanding dengan masyarakat lain tidak pernah diabaikan sejak sekian lama.

    "Pelbagai bantuan diberikan bagi membolehkan mereka ini dapat hidup selesa sementalah usaha-usaha kerajaan sendiri dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada mereka.

    "Kerajaan cukup mengambil berat terhadap masyarakat Orang Asli dan di Jeli sendiri mereka ini telah moden menerusi pelbagai bantuan disalurkan lebih-lebih lagi dalam soal kemudahan tempat tinggal,"katanya.

    Majlis yang diadakan di dewan orang ramai kampung berkenaan meriah apabila 122 keluarga hadir dalam majlis bersama Dato Sri Mustapa Mohamed.

  • Dewan Baru Pondok Moden Lengkapkan Kemudahan Sedia Ada

    Ismail Jusoh turun melihat projek pembinaan dewan baru.JPG
    Dewan baru Pondok Moden ini akan melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di sini.


    JENUB, 2 SEPTEMBER 2010 - Fasa baru pembangunan Pondok Moden menerusi pembinaan sebuah dewan baru yang mampu menempatkan 500 orang kini memasuki kerja-kerja terakhir.

    Tinjauan ke Pondok Moden mendapati kerja-kerja pemasangan mozek di peringkat akhir giat dilaksanakan oleh kontraktor.

    Pengurus Pondok Moden, Ismail Jusoh berkata, dijangkakan 4 September ini, Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed akan merasmikannya.

    Menurutnya,projek yang dilaksanakan lebih 40 minggu ini akan melengkapkan lagi Pondok Moden sekaligus merancakkan lagi aktiviti dan program kerohanian di pusat ini nanti.

    "Pondok ini akan membantu membentuk masyarakat dan pada masa yang sama akan memberi kemudahan kepada program-program dakwah dan kerohanian di parlimen ini samaada membabitkan pelajar mahupun penduduk di sini.

    "Siap nanti dewan baru ini, segala program yang dijalankan di sini akan memberikan keselesaan kepada semua,"katanya.

  • 120 Sertai Mencari Lailatulqadar

    Sebahagian pelajar sedang bertadarus.JPG
    Sebahagian pelajar sedang bertadarus di madrash di Pondok Moden.


    JENUB, 1 SEPTEMBER 2010 - Seramai 120 pelajar dekat sini terlibat menjayakan program Mencari Lailatulqadar hasil idea Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed.

    Program dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Jeli  itu merupakan peringkat pertama perlaksanaan program membabitkan pelajar tingkatan 3,4,5 dan 6 di daerah Jeli.

    Penyertaan membabitkan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas, Kuala Balah, Jeli dan Batu Melintang dilihat program terbaik membina keyakinan dan jatidiri dikalangan pelajar.

    Pengisiannya terdiri dari Tadarus Al-Quran, tazkirah dan qiamullail cukup mendidik dan menyuburkan lagi benih-benih terpuji kepada generasi hari ini.

    Pengurus Pondok, Ismail Jusoh berkata, program yang digerakkan dilihat cukup bermanfaat kepada pelajar bahkan sebagaimana diketahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawa malam itu lebih baik dari seribu bulan.

    "Melaluinya pelajar bukan sekadar diisi jiwa dan rohaninya supaya mantap bahkan hal inilah yang membentuk keperibadian anak-anak muda,"katanya.

  • AADK Dan UPP Ganding Jayakan Operasi

    Anggota AADK sedang melakukan pemeriksaan air kencing.jpg
    Anggota AADK sedang menjalankan pemeriksaan air kencing.


    GEMANG, 1 SEPTEMBER 2010 - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Jeli dekat sini turun padang menjayakan operasinya di kawasan rehat dan rawat Gemang.

    Operasi bermula jam 9 malam dam berakhir kira-kira jam 12 tengah malam itu mendapat kerjasama Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) yang berpangkalan di Bukit Bunga.

    Ketua Pegawai AADK Jeli, Norhayati Mahiddin berkata, operasi yang dijalankan ini bertujuan membebaskan pengguna-pengguna jalan raya bebas dari pengaruh dadah.

    Menurutnya, operasi ini bukan sahaja membantu mendidik pengguna bahkan usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya disebabkan penyalahgunaan dadah dikalangan penggun jalan raya..

    "Operasi sebegini akan diiteruskan dari semasa ke semasa memandangkan keperluannya sangat baik dan AADK akan terus berganding bahu dengan semua pihak skeiranya perlu bagi memastikan hasrat dan cita-cita kerajaan tercapai,"katanya.

  • Pusat Penempatan Banjir Maskura Siap Sedia Hadapi Bencana

    Pusat Penempatan Banjir.jpg
    Dato Sri Mustapa Mohamed turun padang meninjau pusat yang telah siap dibina.




    MASKURA, 31 OGOS 2010 - Pembinaan satu pusat penempatan banjir dekat sini membuktikan keprihatinan kerajaan sesuai dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

    Pusat yang dibina dengan kos RM50,000 itu terbina setelah Dato Sri Mustapa Mohamed bertemu dengan penduduk dan mengadu masalah banjir di kawasan mereka setiap tahun.

    Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed berkata. pembinaan pusat ini amat penting bagi memudah dan mengurangkan kos pemindahan mangsa banjir setiap tahun.

    Menurutnya, berpegang kepada kata-kata rakyat didahulukan inilah kemudahan terbaik yang kita sediakan untuk rakyat khususnya di Jeli ini.

    "Kemudahan ini mampu menampung sekurang-kurangnya 10 keluarga dalam waktu kecemasan dan pusat ini turut dilengkapi sebuah bilik air dan dapur untuk kegunaan orang ramai.

    "Saya percaya kemudahan ini cukup berguna dan bermanfaat kepada penduduk di sini memandangkan kawasan ini acapkali berlaku banjir, dalam setahun dikhabarkan dua atau tiga kali kawasan ini dilanda banjir berikutan lokasinya berdekatan dengan sungai Golok,"katanya.

    Penduduk, Jaafar Mamat,68, berkata, dia cukup gembira dengan kemudahan yang diterima penduduk di sini dan yakin kesemua keluarga yang menetap di sini akan selamat.

    "Kawasan ini cukup teruk bila banjir dan adanya pusat ini saya rasa lega dan bersyukur.Inilah nikmat atas sokongan yang kami beri selama ini, terima kasih To Pa,"katanya.

    Bagi Mat Jusoh,43,pula berkata, kegembiraan ini adalah untuk penduduk di sini, insyaa Allah pusat ini akan membantu kami menghadapi banjir.

  • 600 Warga Emas Terima Zakat

    Dato Sri Mustapa Mohamed bersalam dengan warga emas.jpg
    Dato Sri Mustapa Mohamed bersalam dengan warga emas yang hadir.



    BUKIT NANGKA, 31 OGOS 2010 - Lebih 600 warga emas parlimen Jeli dekat sini menerima zakat dalam majlis penyampaian zakat di Kompleks UMNO Bahagian Jeli.


    Majlis tahunan itu dihadiri Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derasid dan Naib Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Dr.Azmi Setapa.

    Turut mengembirakan Pengurus Cawangan Tanah Merah, Abd.Rashid Mohd Noor dan Pengurus Cawangan Bank Rakyat Machang, Noor Hayah Muslim hadir sama ke majlis.

    Program menjelang Aidilfitri ini bukan sahaja memberikan kegembiraan kepada penduduk di sini bahkan inilah sebahagian tanggungjawab sosial memberi kebajikan kepada mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi di bulan penuh keberkatan ini.

    Dato Sri Mustapa Mohamed dalam ucapannya turut mengajak umat Islam supaya dapat merebut peluang di 10 terakhir Ramadhan dengan mengisinya pengisian baik mencari nilai tambah.

    Selain itu, Dato Sri Mustapa Mohamed turut menyeru masyarakat supaya terusbersatu-padu dalam mengekalkan serta mengeratkan tali persaudaraan yang sedia ke arah 1Malaysia yang berjaya. 

  • 900 Ibu Tunggal Terima Wang Zakat

    Datin Sri Khamarzan bersalaman dan menyampaikan zakat kepada ibu tunggal.jpg
    Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah bersalaman dengan ibu tunggal di seluruh parlimen Jeli.


    DARUL FALAH, 30 OGOS 2010 - Seramai 900 ibu tunggal seluruh Parlimen Jeli menerima zakat serta sumbangan sempena hari raya pada 1 syawal nanti disampaikan Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah, dekat sini.

    Majlis seumpama ini merupakan majlis tahunan yang sentiasa diadakan untuk ibu-ibu tunggal di Parlimen Jeli sebagai menghargai jerih payah mereka dalam membina sebuah keluarga.

    Hadir sama ke majlis Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abd.Aziz Derashid, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Roslinah Mohamed,pihak korporat, Yayasan Kebajikan Negara, Bank Muamalat dan Bank Islam.

    Dato Sri Mustapa Mohamed dalam ucapannya berkata, keselesaan dan keharmonian hidup yang dinikmati rakyat pada hari ini bertitik tolak dari sokongan yang diberikan kepada kerajaan.

    "Oleh itu, sokongan dan kerjasama rakyat memastikan kerajaan pada hari ini terus kekal dan kukuh perlu dipertahankan demi agama, bangsa dan negara,"katanya.

  • To'Pa Bersahur Bersama Anak-Anak Yatim Mumtahanah

    Dato Sri Mustapa Mohamed bersalam dengan anak-anak yatim.jpg
    Dato Sri Mustapa Mohamed bersahur bersama anak-anak yatim pagi tadi.


    KOTA BHARU, 30 Ogos 2010 - Seramai 160 anak yatim dari Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah dekat sini pagi tadi diraikan dalam majlis bersahur bersama Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Indutsri, Dato Sri Mustapa Mohamed anjuran Editorial Sinar Harian Kota Bharu.

    Lebih menggembirakan anak-anak yatim berkenaan kunjungan Ahli Parlimen Jeli itu bukan sahaja dapat bersahur dengan anak-anak yatim tetapi turut menerima duit raya daripada To'Pa.

    Bernaung dibawah Persatuan Kebajikan Al Rahman pusat berkenaan menempatkan 60 anak-anak berumur 7 hingga 14 tahun dan 20 orang berumur 13 hingga 20 tahun.    

    Penyelaras Pusat, Nik Naemah Nik Leh berkata, penubuhan pusat ini adalah wadah untuk individu yang berminat dan suka membuat amal kebajikan menyalurkan bantuan mereka kepada golongan layak.          
    Menurutnya,usaha ini secara tidak langsung dapat melahirkan generasi yang cintakan tuhan.                  
    Selain itu,kewujudan pusat ini juga dapat membina peribadi anak-anak ke arah pembinaan generasi pelapis yang menjadi aset berguna kepada agama bangsa dan negara.              

    "Jadi  bagi memantapkan lagi aktiviti dan perkhidmatan kita alu-alukan mereka yang ingin bekerjasama membuat amal jariah,sumbangan boleh disampaikan menerusi MBB no.akaun : 5530 3802 3803,"katanya.

    Hadir sama bersahur ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Wan Ghani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Zul Ghani,Setiusaha Bahagian dan Penaung PJK,Wan Mahmod Wan Ismail.

  • Hidupkan Semangat Patriotisme

    pelajar mengibarkan bendera Malaysia.JPG
    Sebahagian pelajar mengibarkan bendera Malaysia.


    BATU MELINTANG, 29 OGOS 2010 – Hari ini genaplah 53 tahun Malaysia merdeka dan ulangtahun kemerdekaan negara yang jatuh pada Ramadan ini pasti memberikan signifikasi yang amat positif pada diri individu dimana akan dapat membangkitkan kesan semangat patriotism yang lebih mendalam terutamanya kalangan belia.

    Pengerusi Belia Seni Lukis Negara, Datuk Mohd Rozali Isohak berkata, sambutan kemerdekaan penting bagi melahirkan rasa cinta kepada tanahair kerana di era pomodenan kini jati diri sudah semakin pudar kerana dipengaruhi oleh budaya luar.

    “Pada masa yang sama sambutan bagi mengingati dan mengenang jasa-jasa pahlawan dan tokoh pejuang tanah air yang berjuang mendapatkan kemerdekaan serta kebebasan buat kita pada hari ini.

    “Golongan muda dinasihatkan menjaga keamanan dan keharmonian pada hari ini kerana golongan tersebut merupakan penyambung kepada pembangunan dan kecemerlangan bangsa agar terpelihara,”katanya dalam majlis Sambutan bulan kemerdekaan ke- 53 Sekolah menengah kebangsaan  Batu Melintang (SMKBM).

    Menurutnya majlis sambutan sebegini juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum melalui semangat kemerdekaan.
    Pengetua SMKBM, Shaari Daud berkata, penghayatan sambutan kemerdekaan perlu subur setiap tahun bagi memberikan semangat yang berterusan kepada golongan muda iaitu para pelajar yang bakal menjadi pemangkin masa depan bangsa.

    “Bertemakan 1Malaysia menjana transformasi saya harap ia bakal memberikan pembaharuan dari pelbagai aspek.
    “Kemerdekaan dari segenap aspek supaya bebas sepenuhnya dari pengaruh luar yang tidak elok agar mereka sedar asal usul dan jati diri harus kuat,”katanya.

    Dalam pada itu seramai 765 orang pelajar memeriahkan majlis sambutan tersebut dengan nyanyian bersemangat  pelajar menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan pengisian ceramah dari tokoh-tokoh merdeka tempatan yang menceritakan pengalaman sebelum dan selepas merdeka.

  • Projek Naik Taraf Masjid Jeli Lancar, Dua Minggu Lagi Dijangka Siap

    Projek menaik taraf Masjid Bandar Jeli lancar.JPG
    Projek menaiktaraf Masjid Bandar Jeli lancar.



    BANDAR JELI, 29 OGOS 2010 - Projek menaik taraf Masjid Bandar Jeli dekat sini dijangka akan siap sebelum ketibaan 1 Syawal nanti.

    Pembinaan satu lagi bangunan tambahan itu kini sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik dan kerja-kerja menaiktaraf itu bukan sahaja memenuhi hasrat rakyat dan membuktikan keperihatinan kerajaan tetapi akan memberikan kemudahan kepada pertambahan jemaah pada masa depan menerusi usaha dilaksanakan oleh To'Pa.

    Imam Masjid Bandar Jeli, Halim Shaari berkata, ketika ini kerja-kerja pemasangan mozek dan longkang sedang giat dijalankan.

    Menurutnya, dijangkakan dua minggu lagi projek ini akan siap sepenuhnya seterusnya dapat digunakan selesa oleh jemaah pada hari raya nanti.

    "Kerja-kerja menaiktaraf itu bukan sahaja memenuhi hasrat rakyat dan membuktikan keperihatinan kerajaan tetapi akan memberikan kemudahan kepada pertambahan jemaah menerusi tiga projek di zon ilmu membabitkan pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik dan sebuah sekolah menengah sains.

    “Siap kelak kerja-kerja menaiktaraf itu, Masjid Bandar Jeli dijangka akan dapat menampung 1,200 jemaah dalam satu-satu masa.

    "Kemudahan disediakan kerajaan ini membuktikan keprihatinannya kepada rakyat sejajar pembangunan Jeli dan hal ini sekaligus akan menjadikannya sebagai pusat penyatuan serta pengemblengan kekuatan umat Islam,”katanya.

    Katanya, kerja-kerja menaiktaraf telahpun bermula sejak Februari lalu dan kerja-kerja ini akan memberikan manfaat kepada semua peringkat di sini.

    "Masjid utama di Bandar Jeli ini nanti siap sepenuhnya kelak akan memberi kemudahan terbaik kepada masyarakat terutama dari segi berkaitan dengan agama.

    “Aktiviti mahupun program keagamaan selaps ini akan lebih baik dan lancar memandangkan ruangnya yang selesa mampu menempatkan lebih ramai jemaah.

    “Lengkapnya pembinaan ini nanti, fungsi masjid ini dapat dipertingkatkan lagi dan pengisiannya bukan hanya kepada hal-hal agama sahaja,”katanya lagi.

  • 106 Terima Hadiah Kecermelangan Ujian Tilawah Al-Quran

    Roslinah bergambar dengan pemenang ujian.JPG
    Sebahagian penerima bergambar selepas majlis penyampaian.



    JENUB, 28 OGOS 2010 - Seramai 106 peserta Kelas Al-Quran dan Kuliah Jumaat mingguan dekat sini menerima hadiah sumbangan Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed apabila mereka cemerlang dalam ujian Tilawah Al-Quran Surah-Surah Pilihan bagi tahun 2010.

    Program anjuran Pondok Moden parlimen Jeli itu membabitkan kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak.

    Pengurus Pondok Moden, Ismail Jusoh berkata, menerusi program yang dijalankan itu ramai diantara peserta telah menunjukkan prestasi membanggakan.

    Menurutnya, hasil kelas Al-Quran dan kuliah Jumaat mingguan yang diikuti peserta, bacaan mereka semakin baik dan memberangsangkan.

    "Bagi kategori lelaki, johannya disandang oleh  Mat Nawi Mat Ripin dari Gemang,ketegori wanita, Rahimah Mohamed dari Ayer Lanas dan kategori kanak-kanak pula disandang oleh adik Mohd Shafik Azizi,"katanya.

    Hadir menyampaikan hadiah ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli, Roslinah Mohamed.

  • Projek Naik Taraf Masjid Lakota RM200,000 Lancar

    Dato Sri Mustapa Mohamed turun meninjau projek dekat sini.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed turun meninjau projek menaik taraf Masjid Lakota.



    LAKOTA,28 OGOS 2010 - Projek menaik taraf Masjid Lakota dekat sini berjalan lancar.

    Peruntukan RM200,000 hasil usaha Ahli Parlimen Jeli,Dato Sri Mustapa Mohamed untuk kemudahan umat Islam menunaikan solat itu membuktikan keprihatinan kerajaan pusat.

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Perseketuan (JKKKP) Mukim Gemang, Ab.Razak Ismail berkata, projek naik taraf tersebut adalah antara usaha-usaha ke arah memantapkan perpaduan umat Islam.

    Menurutnya, kemudahan ini bukan sahaja akan memberi keselesaan kepada jemaah tetapi pada masa yang sama membuktikan aspek dakwah dan kerohanian cukup diambil berat kerajaan pada hari ini.

    "Siap nanti masjid ini sepenuhnya maka program-program keilmuan dan dakwah dapat digerakkan dengan lebih baik,terancang dan tersusun.

    "Selain itu,keluasan masjid yang diperbesarkan ini juga secara tidak langsung akan mampu menampung pertambahan penduduk lima tahun akan datang berikutan projek-projek pembangunan yang dijalankan kawasan sekitar,"katanya.

    Dalam pada itu, Dato Sri Mustapa Mohamed berkata, projek naik taraf ini adalah antara salah satu projek yang dilaksanakan di parlimen Jeli.

    "Projek untuk kemudahan semua ini sangat bermakna kepada umat Islam kerana masjid ini adalah simbol kekuatan,"katanya.

  • Ahli PPIM Disaran Kuasai Ilmu

    Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah menyampaikan sumbangan kepada pelajar.JPG
    Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar.



    JENUB, 27 OGOS 2010 - Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia disarankan meningkatkan penguasaan ilmu.

    Pengerusinya, Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah berkata, keperluan tersebut dilihat cukup penting dalam era ini.

    Menurutnya, penguasaan pelbagai ilmu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada diri pelajar bahkan kepada keluarga dan masyarakat.

    "Untuk menjadi insan cemerlang ilmu sangay penting dan ianya menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

    "Oleh itu, pelajar-pelajar amat digalakkan untuk mencari dan menambah ilmu di dada kerana ianya akan memberi panduan dalam kehidupan seharian,"katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Ihya Ramadhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Negeri Kelantan di Pondok Moden.

    Program selama tiga hari dua malam itu disertai 150 pelajar dan guru membabitkan 10 daerah di negeri ini antaranya Machang, Gua Musang dan Kota Bharu.

    Hadir sama ke majlis ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli, Roslinah Mohamed, Setiausaha PPIM, Noraidah Menor dan Pegawai Perhubungan dan Aduan PPD Jeli, Meor Mohd Zain.

  • 400 Meriahkan Sambutan Hari Wanita Jeli

    Sebahagian yang hadir semalam di kompleks UMNO Jeli.jpg
    Sebahagian yang hadir sempena sambutan di Kompleks UMNO Bahagian Jeli.



    BUKIT NANGKA, 27 OGOS 2010 - Sambutan Hari Wanita Peringkat Parlimen Jeli dekat sini di Kompleks UMNO BahgaianJeli meriah apabila hampir 400 wanita hadir menjayakannya.

    Majlis anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli itu bermula pada jam lebih kurang 8.30 pagi itu di mulakan dengan solat sunat Tasbih sebelum dilanjutkan dengan ceramah di sampaikan oleh Muhammad Afandi Mat Sain.
     
    Hadir merasmikan majlis ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abd.Aziz Derashid merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah.

    Ketua Pergerakannya, Roslinah Mohamed berkata,acara tahunan yang disambut ini bertujuan menghargai dan mengiktiraf kedudukan wanita yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

    Menurutnya, sambutan ini bukan sahaja sebaagai menhgargai jasa dan pengorbanan wanita yang banyak berjasa dalam semua aspek bahkan ianya menjadi paltform membina hubungan kemesraan lebih baik.

  • SK Ayer Lanas Dapat Sumbangan Datuk Abd.Aziz

    Datuk Abd Aziz menyampaikan sumbangan kepada Hassan Isa.jpg
    Datuk Abd.Aziz (kiri)menyampaikan sumbangan kepada Hassan Isa.


    AYER LANAS,26 OGOS 2010 - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abd. Aziz Derashid dekat sini menyumbangkan sejumlah RM1,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Lanas bagi menggerakkan pelbagai program pendidikan dan sukan sekolah berkenaan.

    Majlis penyampaian yang diadakan di sekolah berkenaan itu diterima oleh Yang Dipertuanya, Hassan Isa.

    Datuk Abd.Aziz berkata, sumbangan tersebut merupakan keprihatinan UMNO dibahagian ini dalam membantu sekolah merancakkan lagi pelbagai program di sekolah ini.

    Katanya,UMNO Jeli cukup prihatin dalam soal pendidikan di parlimen ini dan sumbangan ini diharapkan dapat menggerakkan usaha yang dilakukan sekolah ini untuk meningkatkan lagi pencapaian pendidikannya.

    Dalam pada itu, Hassan Isa turut berterima kasih dan bersyukur dengan sumbangan yang disampaikan.

    "Kedatangan Ramadhan ini cukup bermakna kepada kami warga sekolah bagi mencapai hasrat memantapkan lagi kualiti dan pencapaian pendidikan mahupun dalam bidang sukan.

    "Sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk pelajar-pelajar sekolah ini supaya mereka mendapat pendidikan terbaik,"katanya.

  • Kubur Bayi Misteri, Polis Jalankan Siasatan

    Pasukan forensik melakukan pemeriksaan.JPG
    Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan.


    TELAGA BIJIH, 26 OGOS 2010 - Misteri kewujudan sebuah kubur dekat sini yang menimbulkan tanda tanya dikalangan penduduk terjawab apabila  apabila sepasukan anggota forensik bersama polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah, Majlis Agama Islam Kelantan, serta majistret Tanah Merah menjalankan operasi menggali kubur terbabit.

    Penggalian tersebut menemui mayat bayi lengkap dibungkus kain kafan di sebuah kawasan Tanah Perkuburan Islam di Telaga Bijih, Batu Gajah dan dikatakan mayat berkenaan ditanam bertentangan dengan arah kiblat.

    Kubur yang jaraknya terletak jauh daripada kawasan perkuburan iaitu kira-kira 50 meter dari kubur yang sedia ada mencurigakan dan atas arahan majistret Tanah Merah akhirnya bertindak menjalankan siasatan dan menggali kubur berkenaan bersama anggota forensik.

    Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Assistant Komisioner, Mazlan Lazim, operasi menggali kubur berkenaan bermula pada jam lebih kurang 11 pagi.

    "Kerja-kerja menggali mengambil masa lebih 35 minit dengan kedalaman hampir dua kaki.

    "Hasil siasatan dijalankan dan mengikut maklumat bedah siasat yang dilakukan, mayat terbabit ditanam dikawasan berkenaan lebih tiga bulan lalu berdasarkan keadaan mayat yang hanya tinggal rangka,"katanya.

    "Rangka mayat bayi berkenaan masih belum dapat dikenal pasti jantinanya dan masih dalam keadaan baik serta tidak mengalami sebarang kecedaraan dan patah di bahagian mana-mana tulang.

    "Buat masa ini polis masih menjalankan siasatan dan rangka tulang terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk diambil sampel DNAnya bagi memastikan jantina bayi terbabit.

    "Berdasarkan keadaan mayat bayi itu, kemungkinan ia dilahirkan di hospital kerana terdapat ikatan simpul yang diletakkan tanda di bahagian pusatnya yang pada kebiasaannya dilakukan oleh pihak hospital selepas proses kelahiran seorang bayi,"katanya.

  • Pemuda Bersama SUSK Ziarah Penduduk Jeli

    susk 1.jpg
    Datuk Irwan bersama Khairul turun menziarahi penduduk di DUN Kuala Balah.


    KUALA BALAH, 25 OGOS 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dekat sini turun menghubungkan silaturrahim bersama penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah.

    Ziarah Ramadhan Pergerakan Pemuda UMNO itu turut diiringi Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Irwan Mansor.

    Kunjungan tersebut menziarahi tujuh buah rumah sekitar DUN membabitkan orang sakit, miskin dan kunjungan berkenaan turut menyampaikan sumbangan serta salam Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed.

    Program acap kali diadakan itu adalah usaha dan langkah dilaksanakan Pergerakan Pemuda sempena Ramadhan dalam mengimarahkan bulan ini sebagai bulan kebajikan.

    Turut serta ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari dan kepimpinan pemuda.

    Majlis turut diisi dengan program berbuka puasa di Kubur Datu membabitkan kepimpian di kawasan berkenaan anjuran Pemuda Cawangan.

  • Projek Pelebaran Jalan Kampung Baru Jalan Malaysia Ke Sungai Satan Lancar.

    Dato Sri Mustapa Mohamed turun meninjau perkembangan projek.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed turun meninjau perkembangan projek.


    KAMPUNG BARU JALAN MALAYSIA, 25 OGOS 2010 - Projek pelebaran jalan Kampung Baru Jalan Malaysia ke Sungai Satan dekat sini berjalan lancar.

    Projek dianggarkan bernilai RM7 juta ini apabila siap kelak akan memberi kemudahan dan faedah besar kepada penduduk serta pelajar dan kakitangan Politeknik Jeli.

    Penduduk Kamal Majid,40,berkata projek yang dilaksanakan ini dilihat akan memberi keselesaan terbaik kepada dua-dua pihak.

    Menurutnya, siap kelak projek ini ianya akan mengurangkan kesesakan lalulintas selain melancarkan perjalanan.

    "Kawasan ini sudah tentu akan membangun dan mengalami pertumbuhan penduduk jadi pelebaran jalan ini sekaligus akan mengurangkan kesibukan.

    "Selain itu, naik taraf jalan ini juga turut dilengkapi dengan sistem longkang yang sempurna dan pemasangan semula papan tanda- papan tanda,"katanya ketika ditemui.

    Dalam pada itu,Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed berkata, projek membesarkan jalan sepanjang sembilan kilometer ini akan memberi keselesaan kepada penduduk di kampung Sungai Satan, Kampung Baru dan Legeh.

    "Pelebaran ini secara tidak langsung turut membantu penduduk terutama dalam mengeluarkan hasil-hasil pertanian seperti getah, hal ini cukup memudahkan mereka,"katanya.

  • Datin Sri Khamarzan Jengah Penduduk Di DUN Bukit Bunga

    Datin Sri Khamarzan bergambar dengan penduduk dalam ziarahnya.JPG
    Datin Sri Khamrzan Ahmed Meah ramah mesra dengan penduduk dalam ziarah Ramadhannya.


    KAJANG, 24 OGOS 2010 - Isteri Ahli Parlimen Jeli, Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah dekat sini turun menjengah penduduk parlimen Jeli di empat buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga.

    Ziarahnya bersama kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli itu membabitkan 14 buah rumah orang sakit, uzur dan warga emas di sini.

    Program dimulai jam 10 pagi itu berakhir sekitar jam 12 tengahari dan perkara yang tidak pernah dilupai ialah salam dari Dato Sri Mustapa Mohamed kepada penduduk di parlimennya.

    Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Shamsiah Abdullah berkata, program yang dijalankan itu merupakan program tetap setiap kali Ramadhan.

    Menurutnya, selain Ramadhan, setiap bulan Pergerakan Wanita UMNO juga tetap turun menjenguk penduduk di parlimen Jeli walaupun tidak bersama Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah.

    "Usaha sebegini merupakan pendekatan terbaik bagi membina kekuatan di parlimen Jeli dan apa yang penting program mengukuhkan silaturrahim ini sentiasa berjalan,"katanya.

  • To'Pa Ziarah Keluarga Allahyarham Shahidam

    Dato Sri Mustapa Mohamed berborak dengan ahli keluarga Shahidam.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed berborak dan bertanyakan keadaan Mohd Yusoff dan Semah.


    LAKOTA, 24 OGOS 2010 - Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed dekat sini meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Shahidam Mohamed Yusoff,15,pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli yang maut dalam kemalangan baru -baru ini di kawasan rehat dan rawat Gemang.

    Kunjungan Dato Sri Mustapa Mohamed disambut dengan penuh senyuman oleh ayah Allahyarham, Mohd Yusoff Ismail, 58 dan ibunya Semah Mamat,56.

    Kesempatan menziarahi keluarga Allahyarham sempena bulan Ramadhan ini mengeratkan lagi ukhuwah antara kedua-dua pihak apabila keluarga Allahyarham turut berasal dari Bachok dan mempunyai keluarga di sana.

    Dalam kejadian sebelum ini, Allahyarham Shahidam dikatakan dalam perjalanan membeli buah kurma di Bazar Ramadhan seblum terlibat dalam kemalangan tersebut.

    Shahidam dikatakan membuat pusingan ‘U’ secara mengejut di hadapan hentian Rehat dan Rawat (RR) Gemang dekat sini sebelum motosikal ditungganginya merempuh treler dari arah bertentangan menyebabkan mangsa diseret beberapa meter.

    Turut sama dalam ziarah itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Gemang, Abd.Razak Ismail.

  • Wang Ihsan Suntik Semangat, Usaha Lebih Gigih Capai Kecermelangan


    Mustapa menyampaikan wang ihsan kepada pelajara tingkatan enam.JPG
    Gambar kecil: Nabihah kamarudin dan Mohd Syukri Che kamarudin
    .


    AYER LANAS, 23 OGOS 2010 - Pemberian wang ihsan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam parlimen Jeli disifatkan penerima sebagai penyuntik semangat untuk melakar kecermelangan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) nanti.

    Selain itu, mereka menyifatkan pemberian tersebut membuktikan bahawa kerajaan pusat menunaikan janjinya.

    Penerima, Nabihah kamarudin,19 berkata, pemberiaan tersebut cukup menyakinkannya untuk belajar lebih baik.

    Menurutnya, wang yang diberikan amat bermakna kepada dirinya dan rakan-rakan yang lain dan beliau berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh.

    "Saya cukup gembira dan bersyukur kerana terpilih untuk menerima wang ihsan ini setelah diumumkan kerajaan baru-baru ini.

    "Saya percaya sedikit sebanyak pemberian ini memberi galakkan kepada kesemua 488 pelajar-pelajar di parlimen Jeli yang akan menduduki peperiksaan STPM,"katanya ketika ditemui dekat sini baru-baru ini barselepas menerima wang berkenaan daripada Ahli Parlimen Jeli,Dato Sri Mustapa Mohamed.

    Penyampaian wang berkenaan membabitkan dua buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Gajah dan Ayer Lanas.

    Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Makhtar Mustapa dan Pengarah Pelajaran, Hussein Awang.

    Sementara itu, seorang lagi pelajar Mohd Syukri Che kamarudin,19,berkata wang yang diterima membantunya untuk melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan nanti.

    "Kegembiraan ini saya dapat kongsi dengan keluarga dan saya percaya langkah kerajaan pusat menyalurkan wang ini kepada kami sangat tepat dalam usaha meningkatkan lagi mutu pendidikan di negeri ini.

    "Terima kasih kepada ahli parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed kerana mengambil berat kebajikan pelajar-pelajar STPM.

    "Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan memenuhi hasrat kepimpinan negara yang mahukan generasi akan datang mantap pendidikannya,"katanya.

  • To'Pa Ziarah 23 Buah Rumah, Jengah Rakyat

    Dto Sri Mustapa berbual dengan Mohamed dalam ziarahnya di DUN Ayer Lanas.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed berbual dengan Mohamad,75 dalam ziarahnya.


    JELI, 23 OGOS 2010 - Barakah kedatangan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini sentiasa di isi dengan pengisian ziarah Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed.

    Ziarah Ramadhannya di parlimen Jeli pada 22 Ogos, kelmarin memberi peluang kepadanya menziarahi 23 buah rumah di sekitar kampung Gemang, Lakota dan Kampung Baru Jalan Malaysia.

    Ziarahnya bermula sembahyang Subuh bersama penduduk di Madrasah As-Safa bermula 5.30 pagi itu memberikanya masa untuk bersama rakyat membabitkan golongan warga emas,orang sakit selain meninjau projek-projek pembangunan di Jeli.

    Biarpun masa terhad, Dato Sri Mustapa Mohamed tidak pernah mengabaikan parlimennya sejak mula bertapak di sini sebaliknya terus mengalas tanggungjawab dan amanah diberikan rakyat Jeli yang memilihnya sebagai pemimpin di kawasan ini.

  • Imam Mesir Meriahkan Solat Teraweh

    Sebahagian yang hadir.jpg
    Sebahagian penduduk berbual mesra dengan tetamu.



    AYER LANAS, 22 OGOS 2010 – Imam Mesir Syeikh Muhammad Saad Nomani Madani memeriahkan solat teraweh dekat sini dengan harapan dapat memberikan kelainan serta menarik lebih ramai orang untuk mengimarahkan masjid dengan datang beramai-ramai menunaikan teraweh pada bulan yang penuh keberkatan

    Pengerusi sekretariat pembelaan dan pemerkasaan Wanita islam (SENADA ), Roslina Mohamed berkata,majlis berbuka puasa serta solat taraweh tersebut merupakan pengisian tahunan yang menjadi tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebagai menghargai penduduk setempat.

    “Pada tahun ini kita bawa imam Mesir untuk mengimarahkan lagi solat teraweh kita dan peluang sebegini jarang di tempat lain jadi penduduk disini sangat bertuah dan harus memanfaatkannya.

     “Dengan adanya majlis kerohanian seperti ini dapat meningkatkan lagi amalan-amalan murni dalam diri supaya komuniti kita dekat sini lebih giat menyertai majlis-majlis seperti ini,”katanya.

    Menurutnya majlis Ramadan Nur Kareem tersebut merupakan majlis anjuran SENADA di bawah Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat bersama majlis SENADA negeri sangat berjaya dengan kehadiran 500 orang yang datang memeriahkan majlis tersebut.

    Beliau yang juga ketua wanita UMNO bahagian berharap aktiviti sedemikian dapat memberi input yang bernilai kepada semua yang hadir luangkan masa untuk berbuka bersama-sama serta solat teraweh.

    “Terima kasih kepada imam serta ahli jawatankuasa masjid yang banyak membantu serta komited bagi menjayakan impian SENADA.

    Penduduk kampung yang ditemui Hanisah Harun, 51, berkata, dengan adanya majlis berbuka puasa ini dapat mengeratkan lagi silaturahim  sesama penduduk setempat

    “Bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk kampung untuk berkumpul malah solat taraweh turut meriah dengan kehadiran imam dari Mesir yang memberikan kelainan,”katanya kepada Sinar Harian.

  • Rebut Peluang Di Ramadhan Ini

    Dato Sri Mustapa Mohamed dan isteri bergambar dengan penduduk dalam ziarahnya.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed bergambar dengan penduduk dalam ziarahnya.



    PERUMAHAN AWAM JALAN SAWMILL,21 OGOS 2010– Masyarakat di galakkan merebut peluang kehadiran Ramadhan memantapkan keimanan dan ketaqwaan.

    Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed berkata, peluang yang di berikan kepada umat Islam ini perlu di gunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri dalam masa sebulan.

    Menurutnya, Ramadhan adalah bengkel untuk mempekasa serta memperbaiki diri selain memperbanyakkan amalan-amalan yang boleh memberi nilai kepada puasa.

    “Peluang berada pada bulan Ramadhan ini perlu di syukuri kerana inilah masanya untuk kita meningkatkan ibadah.

    “Apa yang penting ialah kedatangan Ramadhan ini perlu di jadikan platform untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim ke a ah satu Malaysia,”katanya.

    Beliau berkata demikian dalam majlis makan colek bersama rakyat dekat sini, baru-baru ini.

    Hadir bersama ke majlis ialah Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah dan kepimpinan UMNO Bahagian Jeli

  • Rezeki Ramadhan

    Seorang peniaga sedang menjual di Bazar Ramadhan Bandar Jeli.JPG
    Seorang peniaga di Bazar Ramadhan Bandar Jeli sedang menunggu pelanggan datang.


    BANDAR JELI,21 OGOS – Bagi mereka yang rajin berusaha kedatangan Ramadan dan ketibaan Syawal tidak lama lagi menjanjikan satu pendapatan berlipat ganda.

    Oleh kerana itulah Ramadan bukan sahaja bulan beribadah namun bulan pemberian rezeki kepada sesiapa sahaja yang berusaha.

    Bagi peniaga-peniaga yang di temui di sekitar Jeli, kedatangan Ramadhan memberikan rahmat kepada mereka kerana keuntungan akan berlipat ganda daripada biasa.

    Seorang peniaga, Rosmarina Mohamad, 30, berkata bahawa keuntunganya bertambah.

    “Hari-hari biasa jualan di mana-mana pasar minggu di jajahan Jeli saya hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM100 hingga 200 sahaja namun tiba sahaja hujung minggu pendapatan bertambah dan mampu mencapai RM1000 apabila Syawal semakin dekat.

    “Kebiasaanya penduduk di sini lebih suka membeli kelengkapan perayaan seminggu sebelum kedatanggan Syawal.

    “Ketika itu suasana cukup meriah dari orang dewasa hinggalah kanak-kanak, pasar minggu menjadi tumpuan ramai,”katanya.

    “Ketika itu rezeki kami sebagai peniaga pakaian cukup melimpah dari pakaian kanak-kanak hnggalah dewasa sudah tentu ianya menjadi pilihan untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

    Bagi peniaga lain, Mahayus Ismail, 45, berkata dari pengamatannya pengguna lebih berhemah membeli barangan keperluan pada Ramadhan ini.

    “Mereka hanya membeli perkara-perkara yang perlu sahaja kerana belanja berhemah sangat dititikberatkan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri nanti,”katanya.

  • Satu Rumah Satu Jalur Gemilang

    Penduduk memegang Jalur Gemilang.JPG
    Penduduk memegang Jalur Gemilang.Gambar kecil : Mohd Noor Hamat.



    BANDAR JELI, 21 OGOS 2010 - Kempen Kibaran Jalur Gemilang anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jeli sempena menyambut kemerdekaan negara pada tahun ini akan dilaksanakan dengan pengisian lebih baik apabila setiap rumah akan dibekalkan satu Jalur Gemilang.

    Pengerusinya, Mohd Noor Hamat berkata, penyerahan bendera berkenaan dilihat usaha terbaik untuk menyemai semangat cintakan negara di kalangan penduduk.

    Menurutnya, langkah sedemikian bukan sahaja akan memberi kesedaran kepada masyarakat bahkan memberi kesan mendalam supaya kemerdekaan dikecapi sehingga hari ini dapat dikekalkan oleh generasi baru nanti.

    "Hal ini secara tidak langsung akan mendidik masyarakat agar menghargai jasa dan pengorbanan orang-orang lama dalam memperjuangkan kebebasan tanah air.

    "Apa yang penting semangat cintakan negara ini dapat dikekalkan kerana harga dan nilainya cukup tingggi,"katanya.

    Kempen kibaran Jalur Gemilang dijayakan di Bandar Jeli itu meriah apabila 30 pemandu kereta sewa dan penduduk menyertainya menyemarakkan lagi kempen berkenaan.

  • Penduduk Bertadarus Di bulan Ramadhan

    Penduduk bertadarus di Batu Gajah.JPG
    Sebahagian penduduk yang menyertai tadarus dekat sini.



    BATU GAJAH, 20 OGOS 2010 – Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak penuh keberkatan yang terkandung beribu kebajikan cukup bererti kepada umat Islam seluruh dunia.

    Tidak hairanlah pada bulan ini umat Islam berlumba-lumba mencari kebajikan termasuk bertadarus, qiamullail dan pelbagai lagi pengisian.

    Di sini, program-program kerohanian subur dalam masyarakat apabila ada diantara penduduk berkumpul bertadarus Al-Quran secara silih berganti dengan satu harapan dan barakah Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

    Penggerak Masyarakat, Kamariah Ahmad berkata, program berkenaan merupakan salah satu program pengisian rohani dan merupakan acara tahunan dekat sini.

    Menurutnya, pengisian sedemikian bukan sahaja memberi bimbingan serta nasihat kepada masyarakat supaya dalam memperbaiki dan menambahkan amalan-amalan di bulan Ramadhan ini bahkan pahala amal kebaikan dilipat gandakan oleh Allah SWT.

    "Di samping itu, membaca Al-Quran di bulan Ramadhan sangat dianjurkan oleh agama dan ianya harus diteruskan dari semasa ke semasa selain perlu dijadikan amalan harian umat Islam,"katanya.

  • 182 Hadiri Kuliah Jumaat Danm Kelas Al-Quran

    Antara peserta kuliah jumaat hari ini.jpg
    Antara penduduk yang hadir pagi tadi.


    JENUB, 20 OGOS 2010 - Kuliah Jumaat dan Kelas Al-Quran di bulan Ramadhan hari ini terus membanggakan apabila seramai  182 peserta terdiri dari pelbagai peringkat umur samaada lelaki mahupun wanita menghadirinya di Pondok Moden.

    Pengurusnya, Ismail Jusoh berkata, program dikendalikan ustazah Sharifah Che Bedollah hari ini mengupas surah Al-Ahzab.

    Menurutnya, hari ini juga merupakan hari terakhir ujian tilawah Al-Quran di adakan dekat sini membabitkan penyertaan 104 orang dari pelbagai peringkat.

    "Oleh yang demikian, penutup penyampaian hadiah kita akan menjemput isteri Ahli Parlimen Jeli, Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ujian tersebut.

    "Jadi kita sangat bangga, program sebegini mendapat tempat dihati masyarakat dan kita akan teruskan dari semasa ke semasa,"katanya.

  • Keluarga Miskin Dapat Bantuan Segera To Pa

    102_0007.JPG
    Gambar kecil : Kamilah Yaacob.



    BECHAH PULAI, 19 OGOS 2010 - Sebuah keluarga miskin dekat sini mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed apabila menerima peruntukan segera pengendalian elektrik.

    Ketua Cawangan Salor/Tumbi Rapat, Abd. Rahim Abd.Rahman berkata, keluarga miskin Kamilah Yaacob,41, yang mempunyai lima anak ini sangat gembira dengan perhatian dan kecaknaan Dato Sri Mustapa Mohamed.

    Menurutnya, peruntukan segera itu bertujuan membekalkan elektrik ke rumah mereka memandangkan kelima-lima anaknya masih bersekolah.

    "Bekalan elektrik yang diterima bukan sahaja menyenangkan mereka untuk belajar bahkan memudahkan segala urusan harian keluarga ini.

    "Selain itu, kemudahan ini juga mengelakkan berlakukanya kebakaran memandangkan peratusan besar penggunaan lilin dan pelita boleh menyebabkan kebakaran,"katanya.

    Dalam pada itu, Kamilah berkata, dia sangat gembira dan berterima kasih diatas sumbangan Dato Sri Mustapa Mohamed.

    "Kemudahan yang diterima cukup bermakna dan bermanfaat kepada saya di sini, terima kasih banyak-banyak,"katanya.

  • Penduduk Bukit Tok Ali Dapat Dewan Baru RM40,000

    Dato Sri Mustapa Mohamed menunjukkan isyarat 1Malaysia.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed bergambar dengan sahabat AIM Bukit Tok Ali.


    BUKIT TOK ALI, 18 OGOS 2010 - Sebanyak RM40,000 telah diperuntukkan bagi membina Dewan Orang Ramai baru di Kampung Bukit Tok Ali di sini untuk kemudahan penduduk.

    Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan pembinaan dewan tersebut dibina bagi menggantikan dewan lama yang sudah tidak sesuai lagi untuk menampung keperluan penduduk di situ yang semakin bertambah.

    Menurutnya,pembinaan sebuah dewan orang ramai yang baru yang lebih besar dan selesa ini telah dibina untuk kegunaan masyarakat setempat

    "Dewan baru yang dibina dengan reka bentuk lebih menarik selain selamat untuk penduduk menggunakannya dan di lengkapi dengan lain-lain kemudahan.

    "Dewan baru ini lebih baik sekali gus membolehkan penduduk di sini menjalankan pelbagai aktiviti sama ada kegiatan masyarakat, dakwah dan sebagainya,"katanya ketika ditemui.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau keadaan dewab baru kampung berkenaan yang digunakan oleh Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kawasan berkenaan membabitkan 40 sahabat.

    Dalam pada itu, Pentadbir Mukim, Rodzi Mohamed berkata, kemudahan sempurna itu cukup bermakna kepada penduduk di sini dan inilah hasil kecaknaan kepimpinan UMNO yang sentiasa mendauhlukan rakyat dalam segenap aspek.

  • AADK Gerakkan Program Kesedaran

    Kepimpinan DUN Kuala Balah mendengar taklimat yang disampaikan.JPG
    Sebahagian penduduk yang hadir.


    KUALA BALAH, 18 OGOS 2010 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Jeli dekat sini terus berusaha sebaik mungkin memastikan masyarakat terutamanya golongan muda bebas dari dadah apabila menggerakkan program pendidikan dan kesedarannya.

    Program dengan kerjasama komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah itu turut membabitkan Pusat Serenti Jeli, Polis dan kepimpinan penduduk di DUN berkenaan.

    Pegawai AADK Jeli, Norhayati Mahiddin berkata, AADK akan terus bergerak sebaik mungkin dalam usaha menangani masalah negara ini.

    Menurutnya, AADK akan terus turun ke akar umbi menjayakan program pendidikan dan kesedaran supaya kehidupan generasi akan datang lebih baik.

    "Program yang diatur ini juga sekaligus memberi ilmu bermanfaat untuk disebarkan dan hal ini akan menjayakan lagi usaha kerajaan.

  • Ziarah Ramadhan To Pa Parlimen Jeli

    Dato Sri Mustapa Mohamed menziarahi bekas Tok Gawa Hassan di Kuala Balah.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed menziarahi bekas penggawa Kuala Balah, Tok Gawa Abg Hasssan.


    JELI, 18 OGOS 2010 - Bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed melaksanakan Program Ziarah Ramadhan di parlimennya.

    Progran tersebut bukan sahaja bergerak setiap kali Ramadhan namun seperti hari-hari kebiasaan pun, Dato Sri Mustapa Mohamed sentiasa mendekati penduduk setempat selain daripada program-program kemasyarakatan lain.

    Program turun ke bawah ini memberi peluang Dato Sri Mustapa Mohamed bersama penduduk setempat selain mengeratkan siratulrahim dalam Ramadhan ini.

    Pengisian bersama akar umbi ini juga pada masa yang sama dapat berkongsi masalah yang di hadapi oleh rakyat selain berkongsi apa jua pandangan.

    Program Ziarah Ramadhan ini sekaligus akan memberi satu keyakinan berterusan kepada rakyat terutama dalam usaha berterusan mencapai misi menawan kembali kawasan-kawasan dimenangi pembangkang.

  • Anak PERMATA Didedah Ilmu Pencegahan Kebakaran

    Roslan (kanan) memberikan taklimat.JPG
    Roslan(kanan) memberikan taklimat.


    BANDAR JELI, 17 OGOS 2010 - Pendedahan dan pendidikan secara khusus dalam aspek pencegahan kebakaran di kawasan luar bandar digerakkan Bomba Sukarela daerah Jeli menerusi program pendedahan dekat sini.

    Program dengan kerjasama Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) membabitkan 36 kanak-kanak dari umur satu tahun hingga empat tahun.

    Ketua Pasukan Bomba Sukarela, Roslan Mat Nordin berkata, program pendidikan itu mendedahkan teknik mencegah kebakaran di kalangan kanak-kanak.

    Menurutnya, objektif utama pengisiannya lebih kepada mengajar mereka langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila berada dalam kecemasan.

    "Ini kerana kanak-kanak sangat mudah diajar dan dilentur maka program sebegini memberi nial tambah kepada mereka dalam proses pembelajaran.

    "Program ini cukup positif memandangkan kanak-kanak seronok dengan pengisiannya seperti aktiviti, mewarna, ceramah pertandinga memakai pakaian bomba dalam masa 2 minit oleh ibubapa serta teknik mencegah kebakaran dengan alat pemadam api dengan cara betul,"katanya.

  • Musalla Bandar Baru Bukit Bunga Dapat Kemudahan Siaraya Sumbangan To Pa

    siaraya 1.JPG
    Sebahagian kemudahan siaraya yang diterima.Gambar kecil : Hanafiah Jaafar.

    BANDAR BARU BUKIT BUNGA, 17 OGOS 2010 - Musalla Bandar Baru Bukit Bunga dekat sini menerima sumbangan Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed.

    Sumbangan berbentuk peralatan kemudahan siaraya dan kelengkapan lain seperti kipas siling dan dinding itu bagi mengimarahkan lagi kegiatan ilmu dan dakwah di musalla berkenaan pada bulan Ramadhan ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bukit Bunga, Hanafiah Jaafar berkata, sumbangan To'Pa itu bukan sahaja melancarka segala program di musalla ini bahkan turut memberi kemudahan kepada pelajar Kolej Komuniti Jeli di sini untuk menunaikan solat terawih.

    Selain itu,sumbangan ini juga akan memudahkan segala program ilmu dan dakwah di musalla berkenaan dengan kelengkapan yang diterima.

    Sehubungan dengan itu, kelengkapan ini akan memberi keselesaan kepada jemaah yang hadir ke musalla ini dan kita cukup bangga dengan perhatian dan kecaknaan To'Pa.

    "Terima kasih kepada To'Pa diatas sumbangan ini demi kebaikan bersama,"katanya ketika ditemui dekat sini hari ini.

  • Datin Sri Khamarzan Bersama Wanita Jayakan Skuad Penyayang

    Datin Sri Khamarzan bergambar kenangan dengan penduduk.JPG
    Datin Sri Khamarzan bergambar dengan penduduk ketika menjayakan program Skuad Penyayang.


    AYER LANAS, 17 OGOS 2010 - Skuad Penyayang Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli dekat sini turun menjengah penduduk bersama isteri Ahli Parlimen Jeli, Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah.

    Ziarah rumah ke rumah itu diiringi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jeli, Roslinah Mohamed dan kepimpian pergerakan berkenaan.

    Ziarah Skuad Penyayang membabitkan rumah warga emas, uzur dan kematian itu menjengah 23 buah rumah sekitar kawasan Ayer Lanas.

    Lebih mengembirakan, Datin Sri Khamarzan turut menyampaikan sumbangan dalam ziarahnya itu selain menyampaikan salam Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed.
     

  • Remaja maut rempuh treler, To'Pa Hulur Sumbangan Segera

    Dato Sri Mustapa Mohamed bertanyakan sesuatu kepada Hanifah.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed turun ke lokasi kemalangan untuk melihat kejadian.



    GEMANG, 16 OGOS 2010 - Hasrat seorang remaja membeli kurma di Bazar Ramadan dekat sini tidak kesampaian apabila motosikal di tunggangnya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 5 petang di percayai berlaku apabila Shahidam Mohamed Yusoff,15,pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli membuat pusingan ‘U’ secara mengejut di hadapan hentian Rehat dan Rawat (RR) Gemang dekat sini.

    Akibat kejadian itu, motosikal ditungganginya merempuh treler dari arah bertentangan menyebabkan mangsa diseret beberapa meter.

    Ibu mangsa Semah Mamat, 56, berkata, arwah tidak meninggalkan pesanan sebelum kejadian kerana kelihatan bergegas pergi sejurus selesai membaiki motosikal menuju ke Bazar Ramadan.

    “Sebelum kejadian, arwah sering termenung seorang diri serta tidak banyak bercakap malah selalu mengadu letih-letih badan, namun saya tidak mengedahkannya kerana fikir dia letih kerana berpuasa.

    “Sebelum ni arwah pernah mengalami dua kali kemalangan namun hanya mengalami luka-luka kecil sahaja dan kami tidak menyangka kemalangan kali ketiga ini meragut nyawanya,”katanya.

    Sebelum kejadian arwah dikatakan sedang membaiki motosikal pemberian abangnya dengan keadaan tergesa-gesa untuk membeli kurma.

    Manakala, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan (DSP) Hanifah Ab. Malik ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

    Dalam pada itu,Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed mengucapkan takziah kepada mangsa dan menghulurkan sumbangan segera kepada keluarga berkenaan sejurus selepas kejadian, semalam selain keperluan dapur.

  • Hak Rakyat Kelantan Tidak Pernah Dinafikan

    Dato Sri Mustapa Mohamed melihat buku akaun penerima wang ihsan.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed melihat buku akaun pelajar yang menerima bantuan semalam.

    AYER LANAS,16 OGOS 2010 - Hak rakyat Kelantan tidak pernah dinafikan kerajaan pusat dimana pemberian RM25 juta kepada pelajar tingkatan enam di negeri ini membuktikan keprihatinan dan kecaknaannya.

    Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan RM25 juta disediakan kerajaan pusat pada tahun ini kepada pelajar yang layak itu bukan sahaja menyuntik semangat mereka untuk belajar bahkan menunjukkan kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan rakyat negeri ini.

    Menurutnya, tidak timbul isu kerajaan Pusat tidak membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan yang dituntut oleh kerajaan negeri itu.

    "Wang Ihsan ini adalah sebahagian daripada lima peratus daripada hasil minyak diperoleh di luar tiga batu nautika perairan negeri ini," katanya.

    Hadir bersama pada majlis ialah Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Hussein Awang dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Makhtar Mustapa.

    Dato Sri Mustapa Mohamed sebelum itu turut menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 488 pelajar tingkatan enam dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Batu Gajah dan Air Lanas dekat sini yang dihadiri ibu bapa masing-masing.

  • Bazar Ramadhan Bantu Peniaga Kecil

    Dato Sri Mustapa Mohamed memotong riben merasmikan bazar.JPG
    Dato Sri Mustapa Mohamed memotong riben merasmikan Bazar Ramadhan,semalam.



    GEMANG, 16 OGOS 2010 - Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed berkata, pembukaan bazar Ramadhan dilihat membantu peniaga-peniaga kecil di daerah Jeli menjana pendapatan mereka.

    Menurut Mustapa Mohamed, bulan Ramadhan bukan sahaja membuka peluang keemasan kepada peniaga-peniaga bahkan memberi peluang kepada rakyat menjana pendapatan mereka.

    Selain itu, wujudnya bazar seperti ini maka dengan pelbagai juadah berbuka dijual ianya mewujudkan suasana kemeriahan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

    "Namun, di bulan mulia ini kita sesekali jangan lupa kepada mereka yang susah, mereka yang miskin.Sedekahkan sedikit kepada mereka untuk kita sama-sama nikmati bulan penuh keberkatan ini,"katanya ketika berucap pada majlis perasmikan Bazar Ramadhan anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gemang dekat sini,semalam.

    Seramai 30 peniaga kecil terlibat menjual pelbagai juadah berbuka dan kuih raya membabitkan penduduk daerah Jeli.

  • Lebih 1,000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Parlimen Jeli

    Dato Sri Mustapa Mohamed menerima sumbangan daripada ambank.JPG

    Dato Sri Mustapa Mohamed menerima sumbangan daripada Ambank.


    BUKIT NANGKA, 15 OGOS 2010 - Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jeli di Kompleks UMNO Bahagian Jeli dekat sini, semalam meriah apabila lebih 1,000 orang hadir ke majlis tersebut.

    Program tahunan UMNO Bahagian Jeli itu dihadiri Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed, kepimpinan UMNO bahagian dan cawangan serta ketua-ketua jabatan dan agensi di daerah Jeli.

    Program tahun ini turut mendapat perhatian Berita Harian dan Ambank apabila hadir menyampaikan sumbangan kepada tiga buah masjid di parlimen Jeli iaitu Masjid Jedok, Kalai dan Lubok Bongor.

    Selain itu, seperti biasa kesemua 103 cawangan turut menerima sumbangan untuk berbuka puasa di sampaikan oleh Dato Sri Mustapa Mohamed.

    Keceriaan majlis berkenaan dirasai sendiri penduduk apabila Mat Mesir atau Dr Sheikh Mohamed Abdel Aziz Ghonim hadir sama memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum berbuka puasa.

  • Datin Sri Khamarzan Ziarah Hospital Jeli

    Datin Sri Khamarzan (kanan) berborak dengan pesakit.JPG
    Datin Sri Khamarzan (kanan) berbual mesra dengan pesakit di Hospital Jeli.


    BANDAR JELI,15 OGOS 2010 - Ziarah tetap bulanan Isteri Ahli Parlimen Jeli, Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah ke Jeli dekat sini terus berjalan seperti biasa.

    Semalam, kehadiran Datin Sri Khamarzan ke Jeli membuka peluang kepadanya turun padang menjenguk rakyat Jeli di Hospital Jeli.

    Ziarah beliau ke Hospital Jeli dekat sini diiringi Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Roslinah Mohamed dan Ketua Pergerakan Puteri, Norwahida Patuan.

    Ziarah Ramadhan Al-Mubarak itu bukan sahaja mengikat hubungan silaturrahim sedia ada bahkan hal sebeginilah yang mengukuhkan hubungan umat Islam dan perkara ini telah dimulakan Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed sejak 15 tahun lalu.

  • Pemuda Siapkan Lima Lagi Rumah Menjelang Syawal Ini

    Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli menziarahi peserta di Jeli Dalam.jpg
    Khairul (ke empat kanan) bergambar dengan penduduk, Ismail Abdullah selepas program membaikpulih siap.



    JELI, 14 OGOS 2010 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli bertekad akan menyiapkan lima buah lagi rumah menjelang Syawal nanti menerusi program Pemuda Prihatin bersama SME Bank.

    Program membaikpulih rumah itu sebelum ini telah berjaya menyiapkan enam buah rumah sebelum ketibaan Ramadhan Al-Mubarak.

    Ketua, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, lima buah rumah membabitkan lima tempat berasingan iaitu membabitkan penduduk yang tidak berkemampuan di kampung Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Belahat, Sungai Satan dan Bukit Selar.

    Menurutnya, selaras usaha Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed yang berusaha memberikan kemudahan terbaik kepada rakyat Jeli, Pergerakan Pemuda akan pastikan penerima sumbangan ini akan mendapat tempat tinggal sempurna.

    "Apa yang kita mahu ialah mereka yang tidak berkemampuan ini dapat menyambut Aidilfitri dalam keadaan selesa dan sempurna

    "Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tok Pa dalam usahan mendapatkan sumber-sumber untuk meneruskan gerak kerja di peringkat akar umbi ini,"katanya.

  • 172 Hadiri Kuliah Bulan Ramadhan

    Pondok Moden.jpg
    Sebahagian peserta yang hadir.



    JENUB, 13 OGOS 2010 - Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak penuh keberkatan ini terus memeriahkan program ilmu dan dakwah parlimen Jeli apabila seramai 172 penduduknya hadir mendengar kupasan ayat-ayat suci Al-Quran di Pondok Modennya.

    Hari ini, jumlah membanggakan itu mendengar surah Al-Fathir yang dikupas mendalam oleh Penceramah Bebas, Ustazah Sharifah Che Bedollah.

    Pengurusnya, Ismail Jusoh berkata, kelas Al-Quran dan kuliah Jumaat sempena Ramadhan ini juga membanggakan apabila terdapat kehadiran orang-orang baru di sini.

    Menurutnya, kehadiran ini amat menggembirakan kerana selain berpuasa program-program sebegini akan memberi nilai tambah kepada umat Islam di bulan penuh kemuliaan ini.

  • Mayat Bayi Ditemui Di dalam Lubang Kumbahan

    Pegawai polis mengangkat mayat bayi yang ditemui.JPG
    Pegawai polis mengangkat mayat bayi dipercayai perempuan untuk dibedah siasat di Hospital Tanah Merah.


    BANDAR BARU BUKIT BUNGA, 13 OGOS 2010 - Mayat bayi dipercayai perempuan di temui dalam keadaan terlentang di dalam lubang kumbahan yang tidak di gunakan di belakang sebuah rumah kedai di Bandar baru Bukit Bunga.

    Mayat tersebut ditemui pada jam lebih kurang 5 petang oleh seorang kanak-kanak lelaki,Mohd Arif Ibrahim,8,yang ketika kejadian sedang bermain bunga api di kawasan berkenaan.

    Bayi malang terbabit dipercayai sudah dua hari dibuang di kawasan berkenaan berikutan keadaannya yang sudah tidak sempurna.

    Menurut Arif, dia menemui mayat tersebut bersama seorang lagi rakannya Mohd Ikhwan Rosman, 10, yang turut berada ditempat kejadian.

    Ketika ditemui mayat bayi tersebut tidak dibaluti sehelai kain sehingga memaklumkannya kepada orang ramai dikawasan berdekatan.

    Sepasukan anggota polis termasuk unit forensik dari Kota Bharu dikejarkan ke tempat kejadian kira-kira pukul tujuh petang dan mengambil masa selama tiga puluh minit untuk mengeluarkan mayat bayi berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

  • Mesyuarat Bazar Ramadhan Jamin Kelancaran

    Mesyuarat bazar Ramadhan.JPG
    Mesyuarat yang berlangsung di PPSE, semalam.



    GEMANG, 13 OGOS 2010 - Satu mesyuarat berhubung pembukaan tapak jualan Bazar Ramadhan di adakan di Pusat Pembangunan Sosio Ekonomi (PPSE) Parlimen Jeli.

    Mesyuarat membabitkan pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri dan daerah, pengurusan pasar tani dan kepimpinan penduduk kawasan sekitar membincangkan perkara-perkara yang perlu dalam usaha menjayakan bazar berkenaan.

    Bazar yang dijangka akan membabitkan 30 peserta di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gemang itu turut akan menarik perhatian pengguna jalan raya Timur Barat yang pulang untuk berbuka di kampung halaman pada awal bulan ini.

    Pelbagai resipi masakan mahupun kuih tradisional bakal dijual sebagai pembuka selera berbuka puasa kepada orang ramai.

    Bazar tersebut turut menyediakan kemudahan khemah, meja dan tong sampah secara percuma untuk kemudahan peniaga-peniaga.

  • Pemuda Prihatin Berjaya Siapkan 6 Rumah

    Sebahagian rumah yang telah berjaya disiapkan oleh pemuda.JPG
    Sebahagian rumah yang telah berjaya disiapkan pemuda UMNO Bahagian Jeli.



    JELI, 12 OGOS - Program Pemuda Prihatin Parlimen Jeli dekat sini telah berjaya menyiapkan enam buah rumah membabitkan penerima zakat dibawah SME Bank.

    Program digerakkan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli itu sehingga kini telah menjelajah enam buah kampung antaranya, kampung Nibong, Bukit Bunga, Lubok Dulang, Jeli Lama, Salor dan Jeli Dalam.

    Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, program kerja-kerja amal pemuda ini bertujuan membantu meringankan beban ditanggung.

    Menurutnya, program amal turun padang melihat sendiri masalah rakyat ini dilakukan selaras dengan apa yang selama ini ditekankan oleh kerajaan.

    "MEB yang menekankan pembangunan negara bersifat 'inclusive', iaitu tidak ada mana-mana rakyat yang akan disisihkan, ditinggalkan dan dipinggirkan daripada mendapat manfaat pembangunan dan pembaharuan yang akan diusahakan kerajaan.

    "Jadi menerusi jaringan sosial seperti ini lebih ramai orang kurang upaya,tidak berkemampuan, golongan daif dan kurang upaya dapat dibantu, oleh, itu pembangunan secara inclusive dapat dicapai," katanya.

  • Masyarakat Islam Jeli di sini Menerima Kunjungan Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Mesir, Dr Sheikh Mohamed Abdel Aziz Ghonim

    Dr Sheikh Mohamed Abdel Aziz Ghonim membacakan doa selepas mengimamkan solat terwaih di Kelisar.jpg
    Dr Sheikh Mohamed Abdel Aziz Ghonim membacakan doa selepas mengimamkan solat terawih di Kelisar.



    JELI,12 OGOS 2010 - Sambutan Ramadan di parlimen Jeli pada tahun ini lebih bermakna kepada masyarakat Islam di sini kerana menerima kunjungan Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Mesir, Dr Sheikh Mohamed Abdel Aziz Ghonim, 32.

    Kehadiran beliau itu bagi mengimankan sembahyang sunat Tarawih di beberapa masjid dan musalla di sekitar kawasan itu sepanjang bulan mulia dan penuh keberkatan ini.

    Kunjungan Dr Sheikh Mohamed Abdel Aziz Ghonim ini adalah jemputan  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed kawasan in setiap tahun.

    Beliau yang fasih bertutur loghat Kelantan, berkata kunjungannya kali ini adalah yang ke tujuh sejak 2003 lalu.

    "Ramadan tahun lalu saya tidak dapat memenuhi permintaan Mustapa dan masyarakat Islam di Jeli kerana ketika itu terpaksa memenuhi undangan pihak Majlis Fatwa Eropah yang berpusat di Perancis.

    "Syukur kerana pada kesempatan Ramadan tahun ini kita dapat bersama semula dengan masyarakat Islam di sini untuk menjalankan ibadat solat sunat Tarawih di masjid dan musalla," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Mat Kelantan.

    Bagaimanapun kedatangannya kali ini tanpa ditemani isteri, Marwa Mohamed, 25, dan anak  perempuan sulung mereka, Nour yang baru berusia 8 bulan.

    Sheikh Mohamed Abdel Aziz, berkata beliau kagum dengan masyarakat Islam di negara ini termasuk di Jeli kerana menganjurkan pelbagai program penghayatan Ramadan.

    "Langkah itu sememangnya menjadi suruhan dalam agama Islam kita Yang Maha Suci, lebih-lebih lagi ketika menyambut Ramadan, bulan yang dipenuhi keberkatan dan dicucuri rahmat," katanya.
     
    Sementara itu, Mustapa berkata Sheikh Mohamed Abdel Aziz juga akan menyampaikan kuliah agama kepada masyarakat Islam di Jeli disamping mengimankan sembahyang Tarawih.

    Sehubungan itu, katanya masyarakat Islam terutama di Jeli perlu manfaatkannya kerana peluang untuk mendapat tunjuk ajar dan bimbangan daripada seorang tokoh agama dari Majlis Fatwa Kerajaan Mesir bukan sesuatu yang mudah.

  • Sinar Ramadhan Untuk Daud, Terima Kasih To'Pa

    Wan Muhzani menyangkul tanah merasmikan majlis pecah tanah.JPG
    Wan Muhzani(kedua kanan) bersama Adnan merasmikan tapak rumah Daud Pandak dekat sini.



    BATU 11, 11 OGOS 2010 - "Saya gembira sangat hari ini, terima kasih To'Pa,"kata seorang warga emas, Daud Pandak,78, ketika ditemui selepas majlis pecah tanah untuk pembinaan rumah barunya dekat sini.

    Menurut Daud, dia sangat bersyukur dengan usaha dan kecaknaan Ahli Parlimen Jeli, Dato Sri Mustapa Mohamed setelah berjumpa pada 15 Julai lalu di kediamannya di Darul Falah.

    "Alhamdulilah, hari ini setelah aduan saya kemukakan kepada To'Pa, saya dapat sebuah rumah baru dan dijangkakan ianya akan siap sebelum Ramadhan ini, insya Allah.

    "Suka sangat hari ini kerana akan duduki rumah baru menghabiskan usia dipenghujung usia,"katanya tersenyum ceria pada majlis tersebut.

    Hadir sama Pegawai Pembangunan Jeli, Wan Muhizani Wan Idris dan Pentadbir Mukim, Adnan Hamid.

    Daud berkata, beliau menetap di parlimen Jeli sejak 45 tahun lalu selepas berhijrah dari Tumpat.

    Anaknya, Mariah Daud,39, berkata dia cukup berterima kasih kepada Dato Sri Mustapa Mohamed membantu meringankan beban ditanggungnya.

    "Saya terlalu gembira sangat, harga rumah RM33,000 dengan tiga buah bilik ini cukup sempurna untuk ayah,ibu dan dua cucunya yang menetap di sini, terima kasih To'Pa,"katanya.

  • FAMA Giat Bantu Petani

    Juaini memberikan penerangan kepada petani.JPG
    Juaini (berdiri) memberikan penerangan kepada petani.



    KUALA BALAH, 11 OGOS 2010 - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telahpun menandatangani 24 perjanjian persefahaman (MoU) bagi membeli dan menjual hasil-hasil pertanian di beberapa daerah di negeri ini.

    Pengurus Operasi FAMA Machang, Juaini Shaharain berkata, daripada MoU ITU,sejumlah 600 petani terlibat dalam usahasama jual beli dan memasarkan hasil tersebut.

    Menurutnya,menerusi MoU tersebut,FAMA akan membeli buah buahan dan sayur sayuran petani mengikut harga semasa pasaran.

    "Pada tahun ini,pihak kita telah mencapai targetnya dan MoU ini cukup bermanfaat kepada petani untuk memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.

    "Ianya bukan sahaja membantu petani bahkan memberi kelegaan kepada mereka dalam mencari pasaran untuk
    memasarkan hasil-hasil yang ada,"katanya ketika ditemui.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis MoU bersama petani Projek DiRaja Padang Satu yang mengusahakan tanaman labu madu.

    Menerusi perjanjian itu FAMA akan memasarkan labu madu berkenaan setelah ianya matang dimana hasilnya dijangka dapat dikutip September ini.


    

"Akan ada Jeli baru yang menyaksikan berlakunya perubahan besar di sini"
- To' Pa ketika berucap semasa Majlis Pecah Tanah Sek Men Sains Jeli

 Program @ Jeli Minimize
(UTC +08:00) Malaysia

      

 Terkini umno-online Minimize

Lipatgandakan Amalan Menjelang Minggu Terakhir Ramadan
KUALA LUMPUR 3 Sept – Khatib jemputan Surau Ar-Rahman, PWTC, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin hari ini mengajak seluruh umat Islam agar memperhebatkan lagi ibadat dan segala amalan menjelangnya minggu terakhir Ramadhan Al-Mubarak.
Dakwaan UMNO Lemah Karut – Reezal
KUALA LUMPUR 3 Sept – Peningkatan sokongan rakyat terutama golongan Melayu terhadap UMNO menyebabkan parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu menjadi bahan iri hati kepada parti pembangkang.
Tak Habis-Habis Pas Peralat al-Quran Pertahan DAP Kafir Harbi
BULAN Ramadan banyak tazkirah digunakan oleh penceramah-penceramah Pas bagi mempertahankan tindakan wakil DAP masuk surau.
Nasihat Ikhlas Buat Nik Aziz, Jangan TerGopoh-Gapah Keluar Hukum!
APA yang ingin saya nyatakan di sini ialah isu berhubung orang bukan Islam masuk ke masjid atau surau.
Pas Ekstrim, Parti Putar Belit – Aishah Ghani
KUALA LUMPUR, 1 Sept – Tokoh Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 76, memberitahu bahawa Pas sememangnya menggunakan taktik putar-belit sejak dari awal kepimpinan mereka termasuklah memperalatkan agama sebagai modal politiknya.

    

 Pengumuman Minimize
Langkah Berjaga-jaga Penyakit Influenza H1N1 - 10 Ogos 2009
  • Influenza A (H1N1) adalah penyakit pernafasan yang semakin tinggi menular menjangkiti tubuh disebabkan virus terbaru.
  • Tanda-tanda awal jangkitan seperti demam, batuk, sakit kepala, sengal sendi dan otot, luka atau sakit saluran hidung, muntah dan cirit-birit
  • Penyebaran bermula apabila seorang batuk atau bersin, jangkitan titisan kecil yang didapati dari tangan yang menutup hidung ketika bersin
 


      

 Talian Bantuan Minimize
Bantuan No Telefon
Balai Bomba Daerah Jeli 09 9440444
Balai Polis Daerah Jeli 09 9440403
Hospital Daerah Jeli 09 9440092
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jeli 09 9470586

      

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement