Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Noriha gigih usahakan salon Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 28 Januari 2010
Noriha gigih usahakan salon.JPG

Noriha sedang memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya.

BUKIT BUNGA  28 JAN 2010 - Berbekalkan modal permulaan RM 12,000 pada tahun 2007, Che Noriha Che Noh, 42, kini mampu berbangga apabila kedai salon rambutnya kini mampu berdiri teguh di Bandar Baru Bukit Bunga.

Tempoh tiga tahun menceburi pernigaan ini banyak suka dan duka ditempuhi beliau dengan penuh kesabaran disebabkan minat mendalam terhadap bidang berkenaan.

Menurut Noriha, langkah kanan yang diambil sebelum ini cukup membanggakannya apabila kedainya kini sudah dikenali ramai.
“Biarpun agak  kurang dikenali sebelum ini, namun ianya tidak mematahkan semangat juang saya untuk terus membina kedai ini.

“Berkat kesabaran yang ada, kedai ini telah mula dikenali ramai terutama sekali dikalangan guru-guru,”katanya.

Kata Noriha, untuk memajukan bidang ini, perkara paling utama yang perlu dititik beratkan ialah soal perkhidmatan untuk pelanggan.

“Persembahan perkhidmatan terbaik selain ramah dengan pelanggan mampu memberikan pulangan lumayan kepada pemiliknya.

“Di samping itu, perkhidmatan salon rambut ini juga perlu mengikut citarasa pelanggan, berjayanya kita memenuhi citarasanya, maka sudah pasti ianya akan terus menjadi pelanggan tetapi kita.

Katanya, salon yang dimilkinya ini turut menyediakan pelbagai perkhidmatan antara rebonding, stim, kerinting dan highlight rambut.

“Perkhidmatan ini dikenakan pada harga yang berpatutan dan munasabah, orang ramai yang berminat boleh menghubungi saya di talian 019-9263780 untuk membuat temujanji,”katanya.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement