
Kerja-kerja Membuat Lanskap Sedang Di Jalankan.
Bukit Nangka 23 JUN 2009 – Kawasan simpang tiga jalan yang menghubungkan Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) berdekatam Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ceria apabila landskapnya menerima sentuhan terbaru.
Keceriaan itu di lihat menambahkan seri wajah parlimen ini yang sarat dengan pembangunan samada projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mahupun Politeknik.
Landskap itu dapat di kategorikan sebagai ‘penyambut tetamu’ di kawasan membeli belah Bukit Bunga terutama kepada pengguna jalan raya Timur Barat melalui Jeli.
Bagi pengguna, Mohd Asri Muhamad, 38, berkata, perubahan itu menyerikan suasana Bukit Bunga sekaligus berfungsi sebagai ‘santapan mata’ kepada pengguna.
-Sinar Harian-