
Penerangan Kerjaya Oleh Pegawai Tentera Darat Kepada Para Pelajar
AYER LANAS 17 JUN 2009 – Sambutan Hari Kokurikulum dan Hari kerjaya merupakan acara kemuncak yang dilaksanakan di peringkat sekolah setiap tahun sekali gus memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bidang kerjaya.
Kira-kira 23 agensi kerajaan dan swasta terlibat dengan carnival berkenaan yang di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer lanas, dekat sini, hari ini.
Program dua hari tersebut secara tidak langsung memotivasikan para pelajar untuk lebih berjaya dalam bidang akademik memandangkan peluang pekerjaan yang menarik ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta setelah tamat pengajian kelak.
Sehubungan dengan itu, karnival tersebut dapat membuka minda pelajar supaya memahami bidang pengajian sejajar dengan kerjaya yang ingin diceburi kelak.
Melalui program tersebut juga, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim masyarakat setempat serta para pelajar dengan agensi-agensi yang terlibat sekali gus memupuk kerjasama dan sifat bertanggungjawab kepada diri,masyarakat, rakan sebaya dan sekolah.
Salah seorang pelajar yang ditemui, Mohd Syafiq Ismail,17, beliau berkata, program seumpama ini sangat member manfaat kepada pelajar khususnya, kerana secara tidak langsung para pelajar mendapat pendedahan yang jelas berhubung peluang kerjaya setelah menamatkan pengajian kelak.

Pelajar Melihat Kelayakan Wajib Menyertai Jabatan Kerajaan