YB. Dato` Mustapa Mohamed (kedua kanan) menyampaikan cenderahati kepada guru Al-Quran Hasnah Minal
BUKIT NANGKA 13 JUN 2009 – Masyarakat di ajak menjadikan Al-Quran sebagai sumber dan rujukan segalanya berhubung soal dunia dan akhirat.
Ahli Parlimen Jeli, YB.Dato` Mustapa Mohamed berkata, ilmu-ilmu Al-Quran seharusnya di jadikan asas kepada pembentukan diri dan pembinaan masyarakat.
Menurutnya, Al-Quran adalah petunjuk dan pedoman kepada manusia, seharusnya ilmu yang terdapat di dalamnya dapat di manfaat serta di gunakan sepenuhnya.
“Ilmu-ilmu di dalam Al-Quran dapat memandu manusia berada di landasan terbaik dan benar seperti yang di gariskan oleh Islam.
“Sumber daripada Allah ini memberi petunjuk dan hidayah untuk manusia mencari makna kehidupan sebenar,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian khatam Al-Quran kawasan Parlimen Jeli dekat sini, anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.
Hampir 400 peserta hadir ke majlis tahunan yang di adakan di Kompleks UMNO Bahagian Jeli itu.
Hadir bersama ialah Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Mohd Shah Baweh
Beliau berkata, ilmu-ilmu di dalam Al-Quran turut menjadi asas pembangunan ummah terutama pembentukan generasi baru.
“Guru-guru Al-Quran dan penggerak masyarakat seharusnya memainkan peranan penting ke arah pembentukan ini.
Katanya, usaha kerajaan melahirkan generasi berilmu pengetahuan agama sebagai benteng mengekang gejala tidak sihat pada hari ini tidak akan berjaya sekiranya amanah serta tanggungjawab tidak di jalankan dengan baik.