
Barisan Belia Tomoi Lakota
LAKOTA 09 JUN 2009 – “ kini belia-belia kampung telah mula bergiat aktif dalam menceburi bidang seni mempertahankan diri terutama silat dan tomoi” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikwaniza Zahari sewaktu ditemui, dekat sini, baru-baru ini.
“ saya berbangga kini mereka semakin sedar aktiviti sihat seumpama ini harus diceburi sekali gus perkara-perkara negative yang selalu menghantui golongan muda dapat di bendung.
“ negara kita kini sedang memerangi musuh nombor satu negara iaitu dadah, oleh sebab itu kami Pemuda UMNO Bahagian turut sama membantu generasi belia memerangi gejala terbabit” katanya sewaktu hadir ke Majlis Tamat Belajar Seni Tomoi dekat sini.
Katanya, jika –tiada pihak yang cakna dan bersungguh-sungguh mengambil berat generasi muda pada hari ini, beliau yakin misi kerajaan untuk memerangi dadah hanya akan tinggal angan-angan.
Menurutnya, kerjasama yang baik dari semua anggota masyarakat adalah penting sekali gus misi kerajaan untuk bebas dari dadah akan menjadi kenyataan.
“aktiviti-aktiviti sukan serta aktiviti lain yang sihat adalah amat perlu, persatuan-persatuan belia terutamanya memperhebatkan lagi aktiviti belia sekali gus dapat melahirkan belia yang sihat serta bebas dari dadah” tambahnya.