Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Manek Urai Pengukur Penerimaan Rakyat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 28 Mei 2009

IMG_0346.JPG

YB.Dato' Mustapa Mohamed Sewaktu Di Majlis Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan Baru-Baru Ini 

PARLIMEN JELI 28 MEI 2009 – “Sekiranya berjaya saya percaya ianya akan membawa perubahan besar bahawa UMNO masih releven selain merubah persepsi rakyat Kelantan bahawa UMNO berkemampuan,”kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, YB.Dato’ Mustapa Mohamed baru-baru ini

Beliau menyifatkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan menjadi pengukur penerimaan rakyat Kelantan terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Katanya, beliau percaya bahawa ianya akan memberikan satu signifikan besar kepada  UMNO Kelantan seterusnya kepada Malaysia.

“Walaupun ada yang beranggapan bahawa ianya tidak akan membawa sebarang makna dan tidak akan mampu merubah Kelantan namun saya mempunyai pandangan berbeza.

“sekiranya kemenangan itu berpihak kepada BN maka ianya satu suntikan semangat
kepada UMNO.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata, BN mempunyai peluang untuk memenangi pilihan raya DUN berkenaan berdasarkan keputusan pilihan raya 2004 selepas memenanginya dengan majoriti 53 undi.

“Tidak mustahil untuk BN memenangi kerusi berkenaan walaupun ianya kubu Pas dan telah dimenangi mereka semula pada 2008.

Menurutnya, UMNO Kelantan akan menggunakan seluruh tenaga yang ada bagi merancang strategi untuk menawan kembali hati rakyat Kelantan menerusi pilihan raya itu nanti.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement