|
|
Program @ Jeli
|
 |
|
|
|
|
|
Pautan
|
 |
|
|
|
|
|
|
Berita Parlimen Jeli
|
 |
|
- DUN Bukit Bunga Anjur Pertandingan PDM Terbaik
 YB Adhan Kechik menyampaikan taklimat di PDM Panglima Bayu,
PANGLIMA BAYU, 18 APRIL 2012 - DUN Bukit Bunga mula mengatur langkah proaktif bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan menganjurkan pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN berkenaan. Pertandingan yang dianjurkan itu antara lain sebagai galakan kepada PDM di DUN Bukit Bunga supaya sentiasa bersiap sedia sebelum PRU 13 diumumkan. Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik berkata, pertandingan itu akan berlangsung dalam masa terdekat membabitkan 11 PDM di DUN tersebut. Menurutnya, bagi tujuan itu sebuah jawatankuasa penilai dibentuk bagi memastikan kelancaran pertandingan berkenaan. "Pertandingan tersebut antara lain bertujuan memulakan gerak kerja peringkat DUN Bukit Bunga bagi menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi,"katanya lagi. - Dato' Pa Jenguk Rakyat Tak Kira Masa
 Dato' Pa bersama rakyat di kedai kopi Pak Ta di Lawang.
JELI, 18 APRIL 2012 - Selesai sahaja Solat Subuh di Masjid Panglima Bayu, Ahli Parlimen Jeli, Dato' Pa terus menuju ke rumah penduduk kampung di Air Merah, Lawang menziarahi mereka yang sakit Sabtu lalu. Selesai menziarahi 4 buah rumah di sana, Dato' Pa singgah pula ke kedai kopi di Air Merah sebelum ke Darul Falah, Gemang, Kampus UMK Jeli dan merasmikan Karnival Sains dan Inovasi peringkat Pantai Timur anjuran Mosti. Balik sahaja ke parlimen Jeli, Dato' Pa itu antara rutinya di mana beliau akan berkunjung rumah ke rumah kerana setiap jam cukup berharga kepadanya kerana rakyatlah beliau dapat memimpin Jeli. Dato' Pa tidak pernah lupa sokongan dan kerjasama diberikan rakyat dan beliau sendiri cukup menghargai dan menghormati rakyat. - Masalah Penglihatan Jusoh Dapat Perhatian Dato' Abd. Aziz Derashid
Jusoh bersyukur dan gembira menerima sumbangan dari Dato' Abd. Aziz Dearshid.
LATA JANGGUT, 17 APRIL 2012 - Masalah kewangan yang menimpa Jusoh untuk menampung kos rawatan matanya mendapat perhatian ADUN Kuala Balah, Dato' Abd. Aziz Derashid. Beliau yang mendapat sumbangan berjumlah RM 1,000 dari ADUN Kuala Balah itu bersyukur dibantu seadanya oleh kepimpinan di parlimen Jeli. Menurut Abd. Aziz,sumbangan itu antara lain akan membantu mengurangkan bebannya memandangkan beliau golongan yang layak dibantu. "Apa yang kita harapkan selepas beliau dirawat nanti penglihatannya akan lebih baik dari sedia ada selain dapat menjalani kehidupan lebih baik,"katanya. - Carilah Yang Elok Dan Pandai.
Dato' Pa mengaminkan doa selepas mengimamkan solat Zohor di Ketereh.
JELI, 17 APRIL 2012 - Hubungan mesra, erat kepimpinan Jeli dengan rakyat tidak perlu dipertikaikan. Sekiranya melalui Jeli singgahlah dimana-mana kedai kopi, kedai makan dan mana-mana sahaja apabila anda bertanyakan orang ramai sudah tentu mereka mengenali kepimpinan Jeli terutama Dato' Pa, Dato' Abd. Aziz, Dato' Dr. Azmi dan YB Adhan Kechik. Kemesraan dan hubungan yang terjalin erat lebih 2 dekat yang lalu sentiasa di perbaharui dan ikatan terus kukuh walaupun ada golongan yang mempunyai fahaman politik berbeza. Bagi rakyat, semenjak Dato' Pa memimpin Jeli segala janji ditunaikannya dan beliau terus membantu rakyat selain kerap turun naik rumah tidak kira masa. Inilah pemimpin yang rakyat mahukan kerana mereka berpendapat pemimpin yang 'mudah baso sene kiro' selain mudah untuk didekati. Bagi rakyat, peluang perlu terus diberi kepada Dato' Pa kerana hadirnya membawa satu impak besar kepada Jeli bahkan ciri-ciri kepimpinannya bukan sahaja menjadikan parlimen Jeli cukup di kenali di Malaysia tetapi Jeli kini ikon pembangunan di Kelantan. Fikir-fikirkanlah memilih pemimpin, carilah yang elok dan pandai. - Jangan Padang Remeh PIBG - Dr. Azmi
Dato' Dr.Azmi cuba memainkan kompang bersama murid SK Gemang
GEMANG, 12 APRIL 2012 - Ibu bapa di parlimen Jeli diminta tidak memandang remeh terhadap kepentingan menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa berkata, mesyuarat PIBG merupakan medium penting kepada ibu bapa. "PIBG bukan sahaja medium untuk membincangkan perkembangan anak- anak di sekolah bahkan inlah waktunya ibu bapa untuk berjumpa dan berbicang dengan guru mencari kaedah meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak untuk kemajuan pendidikan anak-anak. Menurutnya, ibu bapa harus sedar mengenai pentingnya PIBG dalam perkembangan pendidikan anak-anak mereka. - RM 108,000 Untuk SK Gemang
Dato' Dr.Azmi menyampaikan bantuan kerajaan persekutuan kepada SK Gemang.
GEMANG, 12 aPRIL 2012 - Sejumlah RM 108,000 disalurkan kerajaan persekutuan kepada SK Gemang bagi membantu murid-murid pelbagai kategori di bawah program E Kasih,KWAMP, Wang Ihsan dan BAP. Setiausaha Politik Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa berkata, bantuan tanpa mengira fahaman politik itu antara bukti kerajaan 1Malaysia hari ini mendahulukan rakyat. Menurutnya, bantuan itu bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa golongan murid miskin bahkan usaha berterusan ini antara janji yang sentiasa ditunaikan kerajaan persekutuan hari ini. "Bantuan ini antara lain menjadi pemangkin kepada murid miskin untuk terus gigih menimba ilmu pengetahuan kerana hal ini sahajalah yang dapat membantu memajukan kehidupan mereka kelak,"katanya lagi di majlis perasmian PIBG SK Gemang dekat sini, semalam. - Datin Sri Khamarzan Ziarah PDM Tok Che Dol
Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah menziarahi keluarga Tok Wan Hamat di Kg Lalang, Tok Che Dol.
TOK CHE DOL, 10 APRIL 2012 - Isteri Ahli Parlimen Jeli, Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah Khamis lalu turun padang menziarahi penduduk di PDM Tok Che Dol bersama Wanita Jeli. Kunjungan mesra Datin Sri Khamarzan ke PDM itu antara lain dilihat mengukuhkan hubungan kemesraan yang sedia terjalin selama ini. Kunjungan tersebut pada masa yang sama turut diisi dengan perjumpaan bersama wanita-wanita Jeli di PDM berkenaan. Selain memberi ucapan semangat untuk memastikan sokongan rakyat terhadap kerajaan hari ini terus kukuh, Datin Sri Khamarzan pada masa yang sama turut meluangkan masa menziarahi kematian keluaraga Allahyarham Tok Wan Hamat di Kg Lalang bersama Naib Ketua Wanita Jeli, Pauziah Abd. Rahman. - Adik Puteri Salihah Dapat Perhatian Datin Sri Khamarzan
Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah bergambar dengan adik Puteri Salihah.
AIR MERAH, 10 April 2012 - Adik Puteri Salihah yang menderita sakit usus dekat sini terus mendapat perhatian Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah apabila beliau turun menziarahi kanak-kanak berkenaan. Ziarah Datin Sri Khamarzan bersama Wanita Jeli antara lain memberi semangat kepada ibunya untuk terus tabah menghadapi dugaan Ilahi. Penderitaan adik Puteri Salihah itu juga di beri perhatian Datin Sri Khamarzan yang mengusahakan bantuan untuk kanak-kanak berkenaan supaya penderitaan itu dapat dikurangkan. Bantuan itu nanti diharapkan akan membantu meringankan beban keluarga berkenaan sekaligus membantu mereka menjalani kehidpan lebih baik di masa depan. - Terima Kasih PDRM - Mustapa
Dato' Pa beramah mesra dengan anggota IPD Jeli.
BANDAR JELI, 3 APRIL 2012 - Sambutan Peringatan Hari Polis ke 205 peringkat daerah Jeli dekat sini berlangsung dengan meriah di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli baru-baru ini. Majlis yang dihadiri Ahli Parlimen Jeli, Dato' Pa itu disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Jeli, Tuan Sheik Azhar Sheik Omar dan anggota balai Polis daerah Jeli. Dato' Pa dalam ucapannya menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota dan kakitangan IPD Jeli yang sentiasa membantu menjaga keamanan dan keharmonian di daerah Jeli. Katanya, selaku kepimpinan di daerah Jeli ini apa yang kita harapkan ialah kerjasama ini akan berterusan dalam usaha mewujudkan suasana selamat, aman dan sejahtera di seluruh daerah ini - PM Tunai Janji, UMK Kampus Jeli Dapat RM 1 Juta
Dato' Pa menyampaikan mock cheque kepada Prof Ibarhim.
AYER LANAS, 3 APRIL 2012 - Janji YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk membina sebuah Pusat Islam di kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli semasa mengumumkannya di majlis Bersama Pemimpin 2 Mac lalu di tunaikan. Ahli Parlimen Jeli, Dato' Pa yang mewakili YAB Perdana Menteri menyampaikan sumbangannya kepada Pengarah UMK Kampus Jeli, Profesor Dr. Haji Ibrahim Che Omar dalam satu majlis di Masjid Ayer Lanas baru-baru ini. Pusat Islam yang mendapat sumbangan YAB PM berjumlah RM 1 juta itu dilihat akan menjadi pusat perkembangan ilmu dan kefahaman Islam di dalam kampus dan sekitarnya selain akan menjadi pusat rujukan dan khidmat nasihat berkaitan hal ehwal Islam dan nilai-nilai murni dikalangan warga kampus dan sekitarnya. - Pasar Baru Kuala Balah Hampir Siap Dinaiktaraf
Pasar Baru Kuala Balah yang sedang dinaiktaraf akan siap tidak lama lagi.
KUALA BALAH, 21 MAC 2012 - Sejumlah lagi projek untuk kemudahan orang ramai iaitu menaiktaraf Pasar Kuala Balah yang hampir siap tidak lama lagi dilihat antara keprihatinan kerajaan persekutuan. Projek menaik taraf pasar berkenaan akan menyediakan pasar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk lot niaga kondusif kepada peniaga. Wajah baru pasar itu dilihat akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada peniaga, malah paling utama terhadap orang ramai untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan keperluan pada harga berpatutan. Pentadbir Mukim DUN Kuala Balah, Rodzi Mohamed berkata, setiap minggu pasar komuniti menjadi tumpuan penduduk kampung DUN Kuala Balah untuk mendapatkan barangan keperluan dapur. Menurutnya, pelbagai barangan dijual di pasar ini antaranya barang keperluan harian, bahan mentah termasuk jualan makanan. "Adanya pasar baru ini hasil usaha Dato' Pa, maka diharapkan membuka lebih banyak peluang rezeki kepada penduduk di sini dan kita sangat berterima kasih kepada beliau"katanya - RM 150,000 Ganti Baru Bumbung Masjid Lawang
Masjid Lawang sedang diganti baru bumbungnya.
LAWANG, 20 MAC 2012 - Masjid Lawang dekat sini yang bocor diberikan perhatian Ahli Parlimen Jeli, Dato' Pa apabila bumbung baru masjid berkenaan di ganti baru. Peruntukan kerajaan persekutuan kira-kira RM 150,000 untuk mengantikan bumbung baru itu telah di mulakan sejak 4 minggu lalu Penduduk Jasapaty Setra berkata, kerja membaikpulih itu termasuk membaiki kebocoran bumbung serta meningkatkan rupa bentuk masjid berkenaan sedang rancak dilaksanakan. Menurutnya, peruntukan itu merupakan rahmat untuk penduduk di kawasan ini bagi memberi keselesaan kepada para jemaah semasa beribadat serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan. - Rais Bangga, Kagum Tuisyen Darul Falah Telah 15 Tahun Beri Khidmat
Rais (kedua kiri) bersama Dato' Pa di majlis ramah mesra di Darul Falah.
DARUL FALAH, 20 MAC 2012 - " Saya kagum dan banga kelas tuisyen percuma Darul Falah ini telah 15 tahun bergerak dan memberi khidmat kepada pelajar-pelajar parlimen Jeli dan Tanah Merah, satu usaha molek," kata Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim ketika memberikan taklimat di majlis ramah mesra bersama pelajar tuisyen percuma Darul Falah di Batu 11 baru-baru ini. Menurut Rais, usaha Dato' Pa ini dilihat antara gerakan ke arah melahirkan insan berkualiti sekali gus memenuhi keperluan modal insan negara. "Sudah ramai anak-anak kita mendapat manfaat daripada usaha Dato' Pa ini dan apa yang saya harapkan ianya terus memberi bakti kepada anak-anak bangsa,"katanya. - Dato' Pa Turun Jumpa Mata Dengan Penduduk Kuala Balah
Dato' Pa berucap di majlis mesra bersama penduduk Kuala Balah.
KUALA BALAH, 19 MAC 2012 - Ahli Parlimen Jeli, Dato' Pa dekat sini turun padang berjumpa mata mendekati rakyat sekitar DUN Kuala Balah. Ziarahnya ke DUN berkenaan antara rutin beliau setiap kali pulang ke parlimen Jeli menjenguk penduduk parlimen Jeli bersama ADUN Kuala Balah, Dato' Abd. Aziz Derashid. Bersikap sebagai hamba rakyat dan bukannya tuan rakyat, Dato' Pa menunaikan sebaik mungkin amanah yang diberikan rakyat tidak kira masa. - 82 Ahli PKR,PAS Sertai UMNO
Ahli pembangkang yang kecewa menyerahkan borang UMNO kepada Dato' Pa.KUALA BALAH, 19 MAC 2012 - Seramai 82 ahli PKR dan PAS dekat sini keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan dengan 2 parti berkenaan yang didakwa tidak menunaikan janjinya. Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Jeil, Dato' Pa dekat sini baru-baru ini. Jurucakap kumpulan itu berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang. " Saya harap lebih ramai lagi dapat bersama kami menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia,"katanya. - Dato' Pa Turun Jenguk Rakyat Di Hospital Jeli
Dato' Pa menziarah pesakit di Hospital Jeli.
BANDAR JELI, 18 MAC 2012 - Selaku pemimpin prihatin dan cakna, Ahli Parlimen Jeli, Dato' Pa mengeratkan lagi hubungan di antara pemimpin dan masyarakat di samping memupuk budaya ziarah menziarahi dikalangan masyarakat. Budaya ziarah menziarahi ini bukan sahaja memberi sinar keceriaan kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di hospital Jeli dengan adanya program lawatan sebegini bahkan program sebegini program tetap bulanan beliau setiap kali pulang ke parlimen Jeli. Ziarah Dato' Pa itu sekaligus dapat merapatkan silaturahim malah mengeratkan perpaduan tidak kira agama, bangsa dan keturunan. - Jam 12 Tengah Malam Tok Pa Masih Bersama Rakyat
Walaupun jam 12 tenngah mala, Dato' Pa meluangkan masa berjumpa dengan rakyat.
BUKIT BUNGA, 18 MAC 2012 - Duduk bersembang di kedai-kedai kopi parlimen Jeli berjumpa mata dengan rakyat antara rutin Dato' Pa di parlimennya. Tidak kira apa pun pangkat mahupun taraf setiap yang ada ditegur dan menyambut salam Dato' Pa kerana beliau cukup rapat dengan rakyat tanpa mengira fahaman politik. Bagi penduduk parlimen Jeli, itulah 'wajah' Dato' Pa, segenap ceruk di singgahinya berjumpa rakyat tidak kira waktu. - Jam 6.50 Pagi Dato' Pa Sudah Menziarahi Rakyat
Dato' Pa menziarahi Pak Ngah di HUSM Kubang Kerian seawal jam 7 pagi.
KOTA BHARU, 17 MAC 2012 - Ada sahaja rakyat Jeli yang sakit mahupun meninggal dunia walaupun berada di luar parlimen Jeli, Dato' Pa akan mencari luang 'mencuri masa' menziarahi mereka. Percaya atau tidak jam 6.50 pagi, Dato' Pa sudah terpacak di muka pintu HUSM Kubang Kerian menggerakkan Pengawal Keselamatan di sana untuk menziarahi Pak Ngah dan Mak Ngah dari Kg Air Papan, Batu Melintang, Jeli yang koma dan serius terlibat dalam kemalangan baru-baru ini. Biarpun sibuk, masa itu cukup berharga untuk Dato' Pa yang melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin masyarakat. - Dato' Pa Turun Padang Menghubungkan Silaturrahim
Dato' Pa berbual-bual dengan penduduk, Pak Da Wahab di Gemang
GEMANG, 17 MAC 2012 - Amalan ziarah amat dituntut dalam Islam dan dikatakan bahawa seseorang Muslim itu tidak sempurna imannya sekiranya ia tidak menghubungkan silaturrahim sesama mereka. Hal ini ditegaskanoleh Rasulullah SAW dalam Hadis Baginda yang berbunyi Maksudnya: Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah iamenyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah danhari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”Hadis Riwayat al-Bukhari. Di Jeli, budaya dan amalan ini salah satu wasilah Dato' Pa dengan rakyat dan sangat diberikan perhatian oleh Dato' Pa sejak dahulu lagin kerana cara inilah yang mengukuhkan hubungan yang terjalin sejak sekian lama. Dato' Pa dan rakyat terpisah tiada dan amalan ini telah digerakkannya lebih 15 tahun lalu sejak memimpin Jeli. - Klinik Kesihatan Kuala Balah Mula Beroperasi
Klinik Kesihatan Kuala Balah kini telah mula beroperasi sejak 3 minggu lalu.
KUALA BALAH,8 MAC 2012 - Klinik Kesihatan 5 (KK5) dan Kuaters Kesihatan Kuala Balah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah bernilai RM14 juta yang menjadi mercu tanda pembangunan di DUN berkenaan membanggakan penduduk-penduduk di sana. Tinjauan ke DUN berkenaan mendapati projek yang dijalankan ketika ini telah siap dan mula digunakan sejak 3 minggu lalu hasil usaha Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed. Pentadbir Mukim DUN Kuala Balah, Rodzi Mohamed berkata, penduduk dekat sini sangat bersyukur dengan pembangunan yang dibawa Dato' Pa kepada DUN Kuala Balah dan parlimen Jeli. Menurutnya, kemudahan baru yang di pertingkatkan ini antara lain akan memberi kemudahan dan keselesaan lebih baik kepada penduduk di sini untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. "Projek yang dibangunkan ini melengkapkan lagi kemudahan kesihatan sedia ada di sini dan keperluan ini adalah perkara utama bagi penduduk,"katanya. Beliau menambah,naik taraf tersebut pada masa yang sama akan menjimatkan masa dan tenaga penduduk untuk mendapatkan rawatan kesihatan memandangkan jarak Hospital Jeli dan Kuala Balah hampir 40 kilometer. "Selaku penduduk di sini ianya umpama projek mega kepada kami hasil sokongan rakyat kepada kerajaan pusat hari ini,"katanya. - Jangan Mudah Terpedaya - Abd. Aziz
Dato' Abd. Aziz menyampaikan bantuan BR1M kepada penerima.
SUNGAI LONG, 8 MAC 2012 - Seramai 245 orang Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Long dekat sini menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di SK Sungai Long. Majlis penyampaian oleh ADUN Kuala Balah, Dato' Abd. Aziz Derashid itu di jayakan mulai jam 3.30 petang dengan kerjasama kepimpinan UMNO Bahagian Jeli dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Dato' Abd. Aziz dalam ucapannya mengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan cakap-cakap politik pembangkang kerana banyak yang tidak betul di hamburkan mereka. "Mereka hanya mahu mencari populariti seterusnya memesongkan pemikiran rakyat, jadi kita perlu menilai mana yang baik dan buruk terutama bantuan BR1M yang dipolitikkan mereka sedangkan kerajaan ikhlas membantu meringankan beban rakyat,"katanya. - Projek Membatu Jalan Bantu Mudahkan Penduduk
Anuzi (kanan) turun padang meninjau keadaan jalan lama bersama penduduk kampung.
JELI, 7 MAC 2012 - Satu projek membatu jalan pertanian sepanjang 3 kilometer akan di bina dalam masa terdekat di Kg Hulu Kasir. Projek yang diusahakan peruntukannnya oleh Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dianggarkan berjumlah RM 100,000. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Bandar Jeli, Anuzi Mat Nordin berkata, projek membatu jalan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 30 pekebun di kawasan berkenaan. Menurutnya, usaha Dato' Sri Mustapa Mohamed ini bukan sahaja akan membawa manfaat kepada pekebun di sana membawa keluar hasil pertanian mereka. "Alhamdulillah selaku kepimpinan di sini saya bersyukur, gembira dan berterima kasih kerajan jalan ini nanti akan menjadi penghubung kepada penduduk,"jatanya - Jambatan Baru Buktikan Kerajaan Tidak Pernah Meminggirkan Nasib Penduduk
Jambatan baru dapat digunakan dengan selesa penduduk sekitar.
MASKURA, 7 MAC 2012 - Sebuah jambatan baru telah siap di bina dekat sini bagi memberi kemudahan penghubung kepada kira-kira 500 orang penduduk di kawasan terbabit. Jambatan baru untuk kemudahan penduduk di kampung Bendang Besar itu membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan sempadan. Pentadbir Mukim DUN Bukit Bunga, Adnan Hamid berkata, jambatan itu menjadi nadi penting dalam kehidupan seharian mereka. "Pembinaan jambatan tersebut sekali gus melancarkan aktiviti harian masyarakat selain menjamin keselamatan mereka berbanding sebelum ini," katanya. Katanya, projek kemasyarakatan itu antara lain dilihat penting untuk membentuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk "Terima kasih Dato' Sri Mustapa Mohamed atas usaha ini bagi membolehkan penduduk di kawasan jalani kehidupan lebih baik,"katanya - 755 Orang Dapat BR1M di SK Gemang
Dato' Dr. Azmi menyampaikan bantuan BR1M kepada warga emas di SK Gemang
GEMANG, 6 MAC 2012 - Seramai 755 orang penduduk di Pusat Daerah Mengundi (DPM) Gemang dekat sini hadir menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di SK Gemang. Majlis penyampaian di sampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Dr. Azmi Setapa. Pentadbir Mukim DUN Ayer Lanas, Shamsuddin Ismail berkata, tanpa mengira fahaman politik kesemua penduduk di kawasan ini menerima BR1M daripada kerajaan pusat. "Inilah bukti bahawa rakyat didahulukan, tak kira apa pun fahaman politik kita bagi dan rakyat dapat merasai penghargaan kerajaan. "Bagi mereka yang memerlukan, BR1M ini cukup berharga buat mereka dan rakyat sangat-sangat berterima kasih kepada kerajaan yang ada hari ini,"katanya. - Lebih 20,000 Sambut PM Di Kampus UMK Jeli
PM bersalaman dengan penduduk Jeli yang hadir menyambutnya di Kampus UMK Jeli.
GEMANG, 3 MAC 2012 — Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli dekat sini, semalam yang baru dibuka 25 Februari lalu penuh sesak dengan kehadiran lebih 20,000 orang sempena lawatan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak ke parlimen Jeli. Jumlah besar penduduk dari kampung-kampung berdekatan dan kakitangan kerajaan yang datang itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir 5 kilometer. Penduduk yang mulai berkumpul sejak jam 7.30 pagi lagi tetap setia menunggu ketibaan PM untuk melihat secara dekat pemimpin nombor satu negara itu. Najib yang tiba kira-kira jam 11 pagi, turut menyuarakan kekaguman melihat jumlah besar yang datang selain pembangunan pesat Jeli di bawah pimpinan Dto' Pa sejak 1994. Sambutan diberikan oleh masyarakat Jeli di sini amat hangat sekali Dato' Pa dan kehadiran yang begitu besar jelas menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Dato' Pa dalam ucapannya turut menyifatkan perhimpunan dengan rakyat hari ini sebagai ”luar biasa”, penuh khemah."katanya. - Rejimen Sempadan dapat RM600,000
Datuk Seri Najib bersama Dato Pa di RS Batu Melintang.
BATU MELINTANG, 2 MAC 2012 – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM600,000 kepada Batalion 1 dan Batalion 2 Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang untuk menjaga kebajikan semua anggota di situ. Najib berkata, kerajaan sentiasa memberi keadilan kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar mereka tidak tersisih daripada menikmati kemudahan yang disediakan. Katanya, bantuan kepada warga ATM tidak pernah putus malah atas inisiatif kerajaan sebelum ini telah berjaya mengubah kedua-dua kem tersebut daripada sebuah penempatan yang serba kekurangan menjadi kawasan yang dilengkapi segala kemudahan. Jelas beliau, atas sebab itulah semua warga ATM perlu memberi sokongan padu kepada pemimpin-pemimpin tempatan yang mewakili Kerajaan Pusat untuk memperjuangkan hak rakyat. “Saya pernah melawat kem ini ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2008 dan saya rasa sangat sedih dan menyayat hati melihat kem ini ketika itu. “Dalam hati saya ketika itu adalah mahu melakukan apa sahaja untuk menjadikan kem ini lebih bagus dan Alhamdulillah beberapa keputusan yang saya buat ketika itu telah menjadi kenyataan dalam tempoh beberapa bulan sahaja,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga Rejimen Sempadan di Batalion 2 Kem Batu Melintang di sini, hari ini.- Utusan online - Kem Rejimen Sempadan Berubah Hasil Inisiatif PM
PM, Dato Pa dan anggota RS menunjukkan issyarat 1Malaysia.
BATU MELINTANG, 2 MAC 2012 - Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batalion 2 Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang di sini hari ini membawa kenangan manis kepada anggota tentera di situ. Ini kerana, atas inisiatif beliau semasa menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2008, semua anggota kerahan yang bertugas di situ telah diserapkan menjadi anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, semua perkara yang dijanjikan Perdana Menteri di kem itu ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan juga telah ditunaikan, termasuklah membawa kemajuan kepada dua kem Rejimen Sempadan di situ. Sehubungan itu katanya, semua warga ATM di negara ini perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan kerajaan kerana hanya dengan cara itu nasib mereka mampu dibela. "Orang-orang lama di sini masih ingat bahawa saudara yang sebelum ini merupakan anggota kerahan telah diserap menjadi anggota tetap malah Batalion Siri 300 turut diserap menjadi angkatan tetap di bawah naungan Rejimen Sempadan. "Saya masih ingat dengan jelas, itu adalah janji Perdana Menteri kepada kita dan semuanya telah ditunaikan, justeru ingatlah hanya beliau yang mampu berjuang demi kebajikan kita semua," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga Rejimen Sempadan di Batalion 2 Kem Batu Melintang di sini hari ini. - Utusan - Pemuda Jeli Pacak, Pasang Bendera Sambut PM, 2 Mac Ini
Pemuda Jeli sedang memasang bendera sekitar Bandar Jeli, Lakota dan Gemang.
Gemang, 29 Februari 2012 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dekat sini telah mula memasang 3,500 bendera Barisan Nasional sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 2 Mac ini. Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, pemasangan bendera itu bagi menyemarakkan masyarakat untuk menyambut Perdana Menteri nanti. Katanya, kunjungan Perdana Menteri merupakan sejaka buat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli kerana inilah kali pertama UMK menerima tetamu negara. "Pemuda Jeli akan mengerahkan hampir 2,000 Pemuda di seluruh parlimen untuk sambut YAB PM nanti dan kita harap lebih ramai Pemuda dan orang kampung dapat keluar bersama-sama PM nanti,"katanya. - 300 Sertai Senamrobik Perdana Di Ayer Lanas
Warga emas tidak ketinggalan menyertai Senamrobik Perdana.
AYER LANAS, 29 FEBRUARI 2012 - Usaha UMNO Bahagian Jeli dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Jeli mewujudkan masyarakat sihat mendapat sambutan baik apabila lebih 300 orang berkumpul menjayakan Senamrobik Perdana. Program bermula jam 8 pagi di Padang Awam Kg Kolam dekat sini sekaligus menyedarkan mereka dan orang ramai mengenai kehidupan masyarakat sihat. Setiausaha Bahagian Jeli, Zahari Che Mahmood berkata, program kali pertama di anjurkan itu mendapat sambutan cukup baik. Katanya, memandangkan kejayaan ini, kita merancang menjayakan program ini setiap bulan di DUN Ayer Lanas mahupun di kesemua DUN di parlimen Jeli. - Penawar Sumbangan RM 2,000 PDK Kuala Balah
Datin Sri Khamarzan menyampaikan sumbangan Penawar kepada PDK Kuala Balah.
KUALA BALAH, 28 FEBRUARI 2012 - Sejumlah RM 66,000 di sumbangkan Persatuan Isteri-isteri dan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (Penawar) kepada 33 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantantahun ini. Menurut Yang Di Pertua Penawar, Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah, sumbangan Penawar itu antara lain antara keprihatinan membantu anak-anak istimewa di PDK seluruh Kelantan. "Sumbangan ini bukan sahaja untuk keperluan golongan istimewa bahkan diharap menceriakan lagi suasana PDK di seluruh Kelantan,"katanya ketika berucap dimajlis penyampaian sumbangan Penawar kepada PDK Kuala Balah. Pada majlis tersebut sejumlah RM 2,000 disumbangkan kepada PDK Kuala Balah di SK Kuala Balah yang turut dihadiri ADUN Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid. - BR1M Tak Kira Fahaman Politik - Dr. Azmi
Dato. Dr.Azmi Setapa menyampaikan bantuan BR1M kepada penerima di SMK Jeli.
JELI, 28 FEBRUARI 2012 - "Bantuan ini bertujuan membantu rakyat, tak kira fahaman politik, mereka yang layak dapat,"kata Dato' Dr. Azmi Setapa di majlis penyampaian BR1M DUN Ayer Lanas di SMK Jeli petang, semalam. Katanya, kerajaan pusat sentiasa memikirkan kaedah terbaik dalam usaha untuk membantu rakyatnya supaya kehidupan mereka terutama golongan berpendapatan rendah lebih baik dan selesa. "Banyak perancangan kerajaan pusat untuk membantu rakyat jadi tidak timbul isu rakyat diabaikan kerana di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak rakyat cukup didahulukan,"katanya lagi. - 50 Anak-Anak Muda Pendok Ikuti Kem Jatidiri Anjuran Pemuda Jeli
Dato' Aziz berucap dimajlis penutup.
TASIK PERGAU, 27 FEBRUARI 2012 - Seramai 50 orang anak -anak muda PDM Pendok dekat sini menyertai program jatidiri di Taman Santuari Tasik Pergau. Program 2 hari 1 malam anjuran Pemuda UMNO bahagian Jeli itu dirasmikan penutupnya oleh ADUN Kuala Balah, Dato' Abd. Aziz Derashid. Dato' Abd. Aziz Derashid dalam ucapannya berkata, kem ilmu meliputi aspek kepimpinan, kreativiti merancang dan kenegaraan itu antara lain memberi pendedadahn ke arah gaya hidup sihat. "Program sebegini bukan sahaja kaedah terbaik untuk menarik minat masyarakat khasnya golongan muda menyertainya bahkan memberikan input berguna kepada mereka,"katanya Hadir sama ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari. - BR1M - Buat Rayuan Sebelum 15 Mac Ini di LHDN
YB Adhan menyampaian BR1M kepada seorang penduduk Air Chanal dekat sini.
AIR CHANAL, 27 FEBRUARI 2012 - Sejumlah 223 orang PDM Air Chanal dekat sini semalam menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di SK Air Chanal. Majlis penyampaian jam 3.30 petang itu disampaian ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik. Menurut Adhan,pengagihan bantuan bernilai RM500 itu dibuat secara berjadual mengikut DUN. "Pengagihan mengikut DUN itu meliputi DUN Bukit Bunga, Ayer Lanas dan Kuala Balah. Kata beliau, bagi permohonan BR1M yang ditolak pula, pemohon terlibat boleh membuat semakan dan rayuan dibuat ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Mac ini,"katanya ketika berucap di majlis penyampaian BR1M. - 731 Terima BR1M Peringkat Ke 3 DUN Ayer Lanas
Dato' Dr.Azmi menyampaikan BR1M DUN Ayer Lanas.
AYER LANAS, 26 FEBRUARI 2012 - Majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat ke 3 DUN Ayer Lanas, petang semalam berjalan lancar.
Majlis disampaikan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi, Dato' Dr. Azmi Setapa di SMK Ayer Lanas itu dihadir seramai 731 penerima DUN berkenaan.
Dato' Dr. Azmi dalam ucapannya berkata, bantuan kerajaan persekutuan ini tidak mengikut bermusim sebaliknya terus menerusi membantu rakyat setiap masa.
Menurutnya, bantuan BR1M ini bukti kesungguhan kerajaan persekutuan membantu rakyat terutama dikalangan golongan berpendapatan rendah.
- Terima Kasih PM, Terima Kasih Dato' Pa
Dato' Abd.Aziz bersalaman dengan peenrima BR1M DUN Kuala Balah di SK Kuala Balah.
KUALA BALAH, 26 FEBRUARI 2012 - Rata-rata penerima BR1M yang ditemui selepas majlis penyampaian bersyukur dan tersenyum gembira menerima bantuan kerajaan persekutuan. Kebanyakan penerima mempunyai kemahuan untuk menyimpan wang batuan tersebu selain membelanjakan untuk persekolahan anak-anak mereka. Penerima Limah Mamat, 79 ketika ditemui tersenyum gembira dan menadah kesyukuran menerima bantuan tersebut. "Duit ini besar sungguh (banyak), syukur sangat-sangat, lega boleh beli gula, milo, beras,"katanya yang membahasakan diri dengan "Mak". "Terima kasihlah Dato Pa, Perdana Menteri kito 'Wei' (bagi) duit ni,"katanya lagi. - Nilailah Dengan Bijak Bantuan Diberi Kerajaan Pusat - Adhan
 YB Adhan menyampaikan bantuan BR1M kepada penerima DUN Bukit Bunga. BUKIT BUNGA, 25 FEBRUARI 2012 - Malis penyampaian BR1M peringkat ke 3 DUN Bukit Bunga di SMK Bukit Bunga dekat sini lancar.
Majlis penyampaian oleh YB Adhan Kechik, ADUN Bukit Bunga itu di sampaikan kepada 425 peenrima Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Bunga.
Adhan dalam ucapannya meminta rakyat menilai dengan bijak dan baik (molek) bantuan yang diberi kerajaan.
Katanya, bantuan ini bukan sahaja memberi kesejahteraan kepada rakyat bahkan bukti kerajaan tidak pernah berbohong apabila berjanji.
"Bantuan ini bukti bahawa ekonomi kita terus kukuh dan semua antaranya usaha ahli parlimen kita, Dato Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang terus bekerja kuat mengukuhkannya,"katanya.
- Pemuda Jeli Turun Padang Bersama Pemuda Buloh
 Khairul Ikhwaniza menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada Pemuda.
KAMPUNG BULOH, 25 FBERUARI 2012 - Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jeli di ketuai Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari dekat sini turun padang bertemu mata dengan Pemuda Kg Buloh.
Majlis bermula jam 9 malam itu turut sama dihadiri Ketua Penerangan Bahagian Jeli, Bakri Daud dan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Jeli.
Pada majlis tersebut Pemuda Jeli turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada Pemuda di kawasan berkenaan sebagi langkah mewujudkan golongan muda yang sihat menerusi riadah.
Ketua Pemuda Jeli, Khairul Ikhwaniza berkata, Pemuda Jeli akan terus turun ke bawah sehingga pilihan raya umum di umumkan sebagai langkah menguatkan lagi kepimpinan Pemuda di cawangan.
- Kerajaan Hari Ini Mendahulukan Rakyat
Dato' Abd.Aziz menyampaikan bantuan basikal kepada penerima.
Kubur Datu, 19 Januari 2012 - Kesejahteraan rakyat sentiasa diberikan perhatian kerajaan persekutuan bagi memastikan rakyat negara ini hidup selesa. ADUN Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid berkata, perhatian dan kecaknaan yang diberikan itu meliputi semua kaum yang ada,1Malaysia. Menurutnya,apa yang diusahakan ini bukan sahaja untuk lebih selesa tetapi bukti bahawa kebajikan mereka sentiasa di jaga dan kerajaan yang ada pada hari ini mendahulukan rakyat. "Jadi seharunya rakyat terus menyokong kerajaan yang ada pada hari ini dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai dakyah yang dilempar pembangkang. "Saya percaya sekiranya rakyat terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan yang ada hari ini, Insya Allah semua perkara diambil berat,"katanya pada majlis penyampaian bantuan JKM dekat sini. Pada majlis tersebut 130 orang pelbagai peringkat umur hadir menerima bantuan. - 115 Murid Orang Asli Sungai Rual Terima Bantuan Persekolahan
Tok Pa bergambar dengan murid masyarakat Orang Asli Sungai Rual yang menerima bantuan.
Sungai Rual, 16 Januari 2012 - Seramai 115 murid Orang Asli suku kaum Jahai di Sekolah Kebangsaan Sungai Rual dekat sini menerima bantuan beg, pakaian,kasut dan wang tunai daripada Yayasan 1MDB. Dato' Zahari Sulaiman, Pengarah Media Yayasan 1MDB berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga masyarakat Orang Asli dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna. Menurutnya, kesemua kelengkapan dang wang tunai yang diagihkan ini bukan sahaja membantu murid yang memerlukan bantuan bagi meneruskan persekolahan bahkan menceriakan lagi mereka. "Bantuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dihulurkan ini diharap dapat membantu meningkatkan pendidikan masyarakat Orang Asli di negara ini "katanya. Hadir sama ke majlis ialah Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed dan Pentadbir Mukim DUN Ayer Lanas, Shamsuddin Ismail. Sementara itu, seoang murid SK Sungai Rual, Asmawi Jamal,7 berkata, dia sangat gembira kerana mendapat kelengkapan baru persekolahan "Saya rasa sungguh bersemangat dan tidak sabar untuk ke sekolah. Terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan kepada kami," katanya. Guru SK Sungai Rual, Othmanizam Othman berterima kasih kepada Yayasan 1MDB atas sumbangan bakti mereka kepada masyarakat Orang Asli di sini. - Terus Bekerja,Dampingi Rakyat - Mustapa
To' Pa bersama kepimpinan bahagian Jeli.
Air Merbo,16 Januari 2012 - Lebih 1,000 hadir ceramah isu-isu semasa peringkat DUN Bukit Bunga dekat sini. Program anjuran UMNO Bahagian Jeli turut sama dihadiri Ketua UMNO Bahagian Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed,Timbalannya, Dato' Abd.Aziz Derashid,Naib, Dato' Dr.Azmi Setapa dan YB Mohd Adhan Kechik. Kehadiran memberangsangkan itu antara bukti cukup bahawa bahagian Jeli kini bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menghadapi PRU 13 nanti. Mustapa dalam ucapannya menggesa kepimpinan supaya terus mendampingi rakyat tanpa rasa jemu selain terus menyokong perjuangan parti. Katanya, rakyat sememangnya mahupun 'sentuhan' dan tanggugjawab kita perlu terus dimainkan dengan merapati mereka berterusan. - Kelantan Tidak Dianaktirikan
Dato' Dr.Azmi menyampaikan baucer kepada pelajar Politeknik Jeli.
Ayer Lanas,12 Januari 2012 - Kelantan sama sekali tidak dianaktirikan kerajaan persekutuan biarpun Serambi Mekah ini di bawah kuasa pembangkang. Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang sama sekali tidak benar. Menurutnya, tahun lepas dibawah RMK 9 sahaja Kelantan menerima peruntukan RM5.7 bilion. "Kesemua peruntukan itu digunakan untuk rakyat dan bukti ini jelas menunjukkan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Kelantan cukup diberikan perhatian biarpun tidak sealiran fahaman politik,"katanya pada majlis penyampaina Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar Politeknik Jeli. - Gunakan Sebaik Mungkin Baucer
Sebahagian penduduk sekitar Ayer Lanas yang hadir di majlis.
Ayer Lanas,12 Januari 2012 - Pelajar-pelajar diingatkan supaya menggunakan sebaik mungkin baucer buku 1Malaysia yang diberikan kerajaan.
Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa berkata, baucer hasil keprihatinan kerajaan persekutuan sekaligus membantu meringankan kos kewangan golongan berkenaan.
Menurutnya, kerajaan persekutuan hari ini sangat cakna kepada rakyat, pelbagai golongan diambil perhatian dan mendapat manfaat.
"Pemberian baucer ini bukan sahaja membantu pelajar dalam isu kenaikan kos termasuklah kos buku tetapi pada masa yang sama memberikan kegembiraan untuk mereka menuntut ilmu,"katanya.
Pada majlis tersebut 80 pelajar Politeknik Jeli menerima Baucer Buku 1Malaysia yang berjumlah RM 16,600.
Hadir sama ke majlis ialah Pengarah Politeknik Jeli, Hj Wan Azlan dan Ketua Polis Jeli, Sheik Azhar. - YB Adhan Turun Sembang Petang Bersama Penduduk Panglima Bayu
YB Adhan turun padang mendekati penduduk sekitar Panglima Bayu.
Panglima Bayu, 11 Januari 2012 - Lebih 130 penduduk dekat sini menghadiri sembang petang bersama ADUN Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik di kedai kopi Kak Da. Program bermula jam 4.45 petang itu turut sama dihadiri kepimpinan UMNO Bahagian Jeli dan penduduk kawasan sekitar. Program turun padang untuk mendekati rakyat itu dilihat budaya sejak sekian lama di Jeli dan antara pendekatan yang berkesan bagi menyelami masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat. Menurut Adhan, program tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa selaras kehendak dan kemahuan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed yang mahukan rakyat terus didampingi setiap masa. - YB Dato' Abd. Aziz Rai 800 Anggota RS 2
Dato' Abd.Aziz bergambar dengan anggota RS 2 Batu Melintang.
Batu Melintang, 11 Januari 2012 - Kira-kira 800 anggota Rejimen Sempadan (RS) 2 Batu Melintang dekat sini diraikan ADUN Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid. Kumpulan anggota itu baru sahaja selesai operasi mereka di sempadan dan kepulangan mereka itu diraikan menerusi majlis makan besar di kem berkenaan. Majlis meraikan mereka itu sentiasa dihadiri Dato' Abd.Aziz dan hubungan erat yang telah terjalin sekian lama itu sentiasa diperbaharui setiap masa. - Dato' Abd.Aziz Ziarah Hospital Jeli
Dato' Abd.Aziz menziarahi pesakit di Hospital Jeli.
Bandar Jeli, 10 Januari 2012 - Penduduk parlimen Jeli cukup bertuah kerana setiap bulan kepimpinan bahagian Jeli turun padang menziarahi mereka. Program turun padang kepimpinan bahagian Jeli bukan sahaja memberi tumpuan di kampung-kampung bahkan mereka yang uzur dan sakit turut diziarahi. Selain menjadi acara bulanan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed, budaya turun padang menjenguk mereka yang sakit di parlimen Jeli turut ikuti ADUN Kuala Balah, Dato' Abd.Aziz Derashid. Terbaru, Dato' Abd.Aziz Derashid turun menjenguk pesakit di Hospital Jeli dan menyampaikan sumbangan kepada mereka/ - 482 Murid Tahun 1 DUN Ayer Lanas Dapat Beg Sekolah Percuma
Sebahagian murid tahun 1 yang menerima beg sekolah.
Ayer Lanas,5 Januari 2012 - Seramai 482 orang murid tahun 1 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas dekat sini mendapat perhatian Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa. Kesemua murid tahun 1 itu menerima beg sekolah setiap seorang sebagai suntikan semangat dan menceriakan kanak-kanak terbabit memulakan sesi persekolahan 2012. Menurut Dato' Dr.Azmi Setapa, bantuan yang disampaikan diharap dapat menaikkan semangat murid di DUN ini untuk terus tekun dan fokus dalam pendidikan, seterusnya mengejar impian masing-masing. "Bantuan yang diberi selain meringankan beban ibu bapa terutama dikalangan yang miskin tetapi pada masa yang sama memberi bantuan tambahan demi keselesaan mereka untuk ke sekolah,"katanya. - Pemuda Jeli Agresif Turun Ke Bawah Menjelang PRU 13 Nanti
Khairul menyampaikan sumbangan papan karom kepada Pemuda Cawangan Bendang Besar dekat sini.
Bendang Besar,4 Januari 2012 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dekat sini kerap turun ke bawah mendekati pemuda di peringkat cawangan selaras dengan pelan tranformasi politik. Ketuanya,Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata,usaha berkenaan akan dipertingkatkan dan lebih agresif menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti. Beliau berkata,Pemuda akan melakukan kerja keras mendekati mereka dan peranan ini akan berterusan. "Peranan ini antara lain usaha menyokong dan membantu segala apa yang dilakukan oleh Dato' Sri Mustapa Mohamed,kita tidak akan berdiam diri,"katanya selepas ditemui menyerahkan kelengkapan karom kepada Pemuda cawangan berkenaan. Pada majlis tersebut lebih 100 orang hadir bertemua mata dengan kepimpinan Pemuda Bahagian Jeli. - Gerak Kerja Tawan DUN Ayer Lanas
Dato' Dr.Azmi mempengerusikan mesyuarat di bilik gerakan PDM Gemang.
Gemang,4 Januari 2012 - Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Dr.Azmi Setapa semalam mempengerusikan mesyuarat jentera Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gemang. Mesyuarat bermula jam 9 malam itu antara lain membincangkan pelbagai perancangan program tersusun dan terancang untuk menghadapi PRU 13 nanti. Perbincangan yang terarah kepada usaha merampas kembali DUN Ayer Lanas dari Pas itu akan dilaksanakan dengan kerja keras bagi mengekal dan meraih sokongan pengundi terhadap BN dengan mengadakan program untuk orang ramai. - Kuarters Hospital Jeli Bukti Keprihatinan Kerajaan Persekutuan Dan To Pa
Kuarters Hospital Jeli ini boleh diduduki pada bila-bila masa.
Jeli,3 Januari 2012 - Usaha dan keprihatinan kerajaan persekutuan menyediakan kemudahan terbaik kepada kakitangan Hospital Jeli hasil usaha Ahli Parlimen Jeli,Dato' Sri Mustapa Mohamed mengembirakan mereka. 3 blok bangunan yang akan menempatkan keluarga kakitangan Hospital Jeli itu kini telah siap dan boleh diduduki pada bila-bila masa sahaja. Projek yang dianggarkan bernilai hampir RM 9 juta itu selain membantu meringankan beban kakitangan Hospital Jeli pada masa yang sama membuktikan kesungguhan To' Pa membantu kakitangan kerajaan di Jeli. Penduduk, Roslan Mat Nordin,45 berkata, kemudahan terbaik itu cukup membuktikan kakitangan kerajaan ini dibela kerajaan persekutuan. Menurutnya, paling penting kemudahan yang dibina ini dapat menjimatkan masa dan kos terutama dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. "Inilah lambang keprihatinan yang diberikan kerajaan persekutuan dan Dato' Sri Mustapa Mohamed hasil sokongan dan kerjasam yang diberikan,terima kasih To' Pa,"katanya. - YB Dato' Abd.Aziz Adakan Pertemuan Dengan JR Kuala Balah
Dato' Abd.Aziz mengadakan pertemuan dengan JR DUN Kuala Balah.
Lubok Bongor,3 Januari 2012 - ADUN Kuala Balah,Dato' Abd.Aziz Derashid dekat sini turun mengadakan pertemuan dengan Jalinan Rakyat (JR) DUN Kuala Balah. Perjumpaan itu antara lain mengadakan perbincangan bagi menggerakkan program-program terancang dan tersusun menjelang pilihan raya umum nanti. Dato' Abd.Aziz dalam pertemuannya itu turut menggesa JR supaya terus turun ke bawah mengeratkan hubungan dengan masyarakat.
|
|
"Sayangkan Jeli dan caknakan Jeli"
- To' Pa ketika berucap di Taklimat Pembangunan Jeli RMK9 di MRSM Jeli
|
|
|
Terkini umno-online
|
 |
|
Pas Sukar Kikis Imejnya Sebagai ‘Pak Turut’ Dalam Pakatan Pembangkang
KUALA LUMPUR, 17 April – Pas dilihat sukar untuk mengikis imejnya sebagai ‘Pak Turut’ di dalam pakatan pembangkang walaupun cuba menonjolkan diri sejak akhir-akhir ini sebagai parti yang sentiasa dihormati rakan.
Tempoh Rayuan BRIM Dilanjutkan Sehingga 3O April
KUALA LUMPUR, 17 April – Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih dibuka sehingga 30 April, demikian menurut Kementerian Kewangan.
Pelajar Tuntut Pemansuhan PTPTN Diperalat Pembangkang – Mohd Ali
MELAKA, 17 April – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan segelintir pelajar yang mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) diperalat parti pembangkang.
Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan Dilulus Tanpa Pindaan
KUALA LUMPUR, 17 April – Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang bertujuan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini tanpa sebarang pindaan.
Penyaluran Dana Asing Satu Bentuk Penjajahan Asing Secara Halus Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 17 April – Tidak hairanlah kalau hari ini malah pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, pihak pakatan pembangkang khususnya PKR mempunyai banyak dana dan bahan kempen yang hebat, rupanya mereka mendapat dana dari pihak asing sebagaimana yang didedahkan oleh bekas Ahli Parlimennya sendiri, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Hashim.
|
|
|
|
Pengumuman
|
 |
|
WAKTU-WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA - 29 Julai 2011WAKTU-WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA 1. Malam Lailatulqadar 2. Hari kesembilan Zulhijjah 3. Pada bulan Ramadan 4. Malam Jumaat dan harinya 5. Di tengah-tengah keheningan malam 6. Pertengahan malam yang kedua 7. Satu pertiga malam yang pertama 8. Satu pertiga malam yang akhir 9. Pada waktu Sahur 10. Satu saat daripada hari jumaat 11. Di antara duduk imam pada khutbah Jumaat hingga ditunaikan solat 12. Pada hari Tasyrik 13. Hari Asyura 14. Ketika matahari gelincir 15. Di antara Maghrib dan Isyak
|
Daftarlah - 15 Mei 2011Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi? Daftarlah Dan Jalankan Kewajipan Kita.Daftarlah Di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli Di Bukit Nangka.
|
|
|
|
|
Talian Bantuan
|
 |
|
|
|
Bantuan |
No Telefon |
|
|
Balai Bomba Daerah Jeli |
09 9440444 |
|
|
Balai Polis Daerah Jeli |
09 9440403 |
|
|
Hospital Daerah Jeli |
09 9440092 |
|
|
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jeli |
09 9470586 |
|
|
|